SNP Prep Cicaronic | Duduk rumah dengan aircond 24 jam memang menyebabkan kulit menjadi kering & kusam. Mujur CN diperkenalkan dengan Prep Cicaronic dari SNP. CN telah mencuba produk dari Korea ini selama 2 minggu & kesannya memang menakjubkan pada kulit wajah CN.
SNP Prep Cicaronic, best ke? |
Apa itu CICARONIC?
CICA (Centella asiatICA) + Ronic (HyaluRONIC acid). Fungsi Centella Asiatica dalam dunia perubatan untuk mengelakkan kerosakan pada kulit. Manakala, bahan utama yg lain iaitu Hyaluronic Acid mempunyai 3 lapisan HA yang bertindak memberi 1000 kali lebih kesan kelembapan kulit.
SNP Prep Cicaronic review |
Maka, gabungan CicaRonic ini mampu memberi kesan yang menenangkan, meningkatkan kolagen kulit supaya kulit lebih tegang, membaikpulih kulit yang letih & sensitif bagi membantu nemulihkan kulit dengan lebih pantas.
CN sudah guna SNP Prep Cicaronic, anda bila lagi? |
5 Produk SNP Prep Cicaronic Yang Mesti Anda Cuba
CN telah pun mencuba 5 produk SNP Prep Cicaronic skincare ini.
1. Cicaronic Cleansing Foam
Cicaronic Cleansing Form |
Percaya tak CN dan Encik Suami berkongsi cleansing form yang sama? Hah, bukan sahaja CN yang suka cleansing form Cicaronic ni, malah Encik Suami juga sukakannya. Gabungan hebat trio Cica Trio dan Triple Hyaluronic Acid yang sangat membantu melegakan dan melembabkan kulit. Bestnya cleansing form ni membersih secara lebih mendalam dan kesan selepas menggunakannya, walla! Kulit menjadi lebih segar dan lembab.
2. Cicaronic Toner Essence
Cicaronic Toner Essence |
Selepas mencuci muka dengan Cicaronic Cleansing Form, 'dap'kan muka dengan Cicaronic Toning Essence. Toning essence ini membantu melembabkan kulit. Kulit akan rasa lebih lembab selepas menggunakan toner ini.
Cicaronic Ampoule
Cicaronic SOS Ampoule |
Cicaronic SOS Ampoule ini memang unik. Dengan saiz kecil, diformulasi dengan Centella Asiaticabagus membantu untuk melegakan kulit sensitif dan merawat kulit berjerawat. Mengandungi Hyaluronic Acid yang membantu untuk melembabkan kulit.
Teksturnya cair dan jernih, sangat mudah untuk meresap ke dalam kulit. Digunakan selepas pemakaian toner. Anda boleh gunakan pada keseluruhan wajah dan leher atau hanya sapukan pada kawasan bermasalah seperti jerawat, parut dan sebagainya.
Cicaronic Soothing Cream
Cicaronic Soothing Cream |
Cicaronic Soothing Cream menjadi kegemaran CN setelah kali pertama menggunakannya. Kebetulan masa pertama kali menggunakan soothing cream ini, CN mengalami masalah kulit kering. Sapu je krim ni, terus rasa lega kulit muka. Seronok sangat!
Jika anda mempunyai masalah jerawat, sapu sahaja pada kawasan berjerawat tersebut. Krim ini membantu mengurangkan masalah jerawat dan parut jerawat.
Cicaronic Daily Mask
Cicaronic Daily Mask |
SNP Prep Cicaronic Daily Mask boleh digunakan setiap hari tau. Sheet mask ni mempunyai kain yang agak nipis tapi teksturnya kuat, tidak mudah terkoyak. Baunya wangi dan menyegarkan. Sangat sesuai digunakan pada waktu malam untuk melegakan kulit terutama ketika kulit terdedah dengan panas pada siang harinya. Hanya pakai dalam tempoh masa 15 hingga 20 minit sahaja, memang rasa relax.
Video Review SNP Prep Cicaronic
Best ke SNP Prep Cicaronic?
Apa yang CN rasa sepanjang hampir 2 minggu menggunakan SNP Prep Cicaronic ini adalah membantu melembabkan kulit CN, kulit menjadi lebih lembut & lebih hidrasi. Paling best, kulit kering pun dah kurang. Kulit CN sepanjang masa terasa lembap, tiada kegatalan kulit dan yang paling bestnya kulit jadi lebih tegang. Rasa seronok pegang kulit muka sendiri!
Kesan kemerahan pada kulit berkurang & kulit menjadi lebih lembab |
SNP Prep Cicaronic skincare ni sesuai bagi mereka yg mempunyai kulit sensitif terutamanya dan juga sesuai untuk jenis kulit yang mengalami jerawat & kulit kering.
Kesan jerawat pasir di dahi juga semakin berkurang selepas 2 minggu menggunakan SNP Prep Cicaronic skincare |
Kalau anda ingin mencuba SNP Prep Cicaronic, boleh dapatkannya di rangkaian Guardian seluruh Malaysia.
Maklumat lanjut mengenai SNP Prep Cicaronic Skincare ⤵️
Facebook : www.facebook.com/snpmalaysiaofficial
Instagram : www.instagram.com/snpmalaysia
SNP Prep Cicaronic |
#snpmalaysia #kbeauty #prepandglow #cicaronic
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~