Kacang Panggang Ayam Brand | Makanan super ialah makanan yang kaya dengan
nutrien dan memberi manfaat dan kesejahteraan kepada tubuh badan manusia.
Biarpun begitu, makanan super ini biasanya mengikut trend. Masih ingat ketika
kale menjadi begitu popular, kemudian avocado, kini benih chia dan benih flax
pula ada di mana-mana sahaja. Satu persamaan ketara makanan super ini ialah ia
merupakan makanan eksotik dan biasanya mahal.
Adakah anda sedar bahawa terdapat makanan
yang sangat mampu milik, mudah diperolehi dan super klasik di dapur anda?
Sebagai contoh, ikan tuna, telur, mil oat,
bayam, sardin, yogurt dan makanan kegemaran ramai, kacang panggang. Kacang panggang didatangkan dalam sos tomato
enak di dalam tin, satu kombinasi yang padat dengan nutrisi. Ayam Brand™
menghasilkan antara kacang panggang kegemaran rakyat Malaysia yang menggunakan
kacang haricot utara terbaik yang diimport dari Amerika Syarikat.
Makanan Super Sangat Mampu Milik
yang
Ada di Dapur Anda
Ini
senarai ringkas tentang kenapa Ayam Brand™ Baked Beans di dalam sos tomato
patut menjadi pilihan makanan super anda yang sangat mampu milik.
Kacang
panggang padat dengan serat, protein, besi, likopena dan folat. Kandungan serat yang tinggi di dalam kacang
panggang membantu memperlahankan penyerapan gula dalam darah, memberikan rasa
kenyang dan tenaga sepanjang hari.
Satu tin kacang panggang boleh memberi tenaga sepanjang hari!
Berikut ialah perbandingan pantas mengenai
jumlah serat di dalam 100gram quinoa vs 100gram kale vs 100gram
kacang panggang dan harganya.
Makanan Super
|
Kandungan Serat bagi setiap 100gm
|
Harga bagi setiap 100gm
|
Quinoa
|
2.8gm
|
RM3.36
|
Kale
|
4.1gm
|
RM11.47
|
Kacang panggang
|
5.3gm
|
RM2.20
|
Kandungan
protein di dalam kacang panggang membantu pertumbuhan, meningkatkan kekuatan,
pemulihan dan membaiki otot selepas bersenam. Ia boleh menjadi snek yang ideal untuk kanak-kanak yang
sedang membesar, wanita mengandung atau mereka yang fokus kepada kesihatan,
terutama selepas bersenam.
Kacang
panggang sebenarnya bebas daripada lemak tepu – satu cara yang enak untuk mengurangkan risiko penyakit
jantung.
Memandangkan ia mempunyai kandungan protein
yang tinggi, kacang panggang boleh
menjadi alternatif terbaik kepada daging buat golongan vegetarian. Secawan
kacang panggang (240grams) mengandungi 10 gram protein yang sama dengan protein
di dalam 50 gram daging stik.
Kacang panggang di dalam sos tomato merupakan
sumber yang kaya dengan zat besi. Ideal untuk golongan vegetarian, vegan dan
wanita yang mempunyai tahap zat besi rendah.
Zat besi membantu tubuh kita untuk
menghasilkan darah yang lebih sihat. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan rasa
penat, kurang fokus dan tahap tenaga yang rendah, dalam kes yang serius pula
boleh menyebabkan masalah anemia. Siapa sangka dengan menambah kacang panggang
ke dalam diet anda boleh memberi begitu banyak kebaikan?
Ia kaya dengan likopena – sejenis anti
oksidan yang diekstrak daripada tomato. Likopena boleh mengurangkan sel rosak
melalui manfaat anti oksidannya. Bagi wanita yang merancang kehamilan, menambah
kacang panggang ke dalam diet mereka tiga bulan sebelum hamil boleh membantu
menambah folat yang dapat meningkatkan tahap vitamin B secara semula jadi. Folat terbukti dalam mengurangkan kemungkinan
kerosakan tiub neural pada bayi.
Anda boleh mendapatkan makanan super daripada
kedai runcit berhampiran kerana Ayam Brand™ Baked Beans ditawarkan pada harga
sangat mampu milik iaitu RM2.20 setin.
Cadangan
hidangan
Ayam Brand Baked Beans ialah snek yang mudah
dan boleh dimakan terus daripada tin.
Untuk makanan super yang sangat murah dan
mudah dimasak, tiada apa yang dapat menandingi gabungan kacang panggang dengan
telur. Di sini adalah beberapa cadangan hidangan:
Untuk sarapan hujung minggu yang
menyeronokkan, apa kata sediakan hidangan berprotein tinggi, kaya serat dan
rendah karbohidrat iaitu Kacang Panggang di dalam kuali dengan Telur – yang
dimakan terus daripada kuali kecil, pada hari Ahad untuk mode sarapan di atas
katil.
Kacang panggang dengan telur di atas roti
bakar ialah hidangan yang boleh dinikmati pada bila-bila masa.
Ayam
Brand™ Baked Beans didatangkan dalam dua saiz – saiz keluarga 425g dan 230g.
Pilih daripada kacang panggang di dalam sos tomato, atau sos tomato dengan keju
parmesan sebenar untuk rasa lebih berkrim atau Ayam Brand™ Baked Beans in Light
Tomato Sauce yang menawarkan rasa hebat, tetapi diformulasi dengan 54% kurang
gula dan 28% rendah garam.
Ayam Brand™ Baked Beans boleh didapati di
seluruh negara dan ditawarkan pada harga RM2.20 untuk satu tin 230g dan RM3.30
bagi tin 425g.
Untuk lebih banyak resepi, sila layari laman
web http://www.ayambrand.com.my/recipe atau
kunjungi laman Facebook kami di https://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes bagi mengetahui lebih banyak cara menikmati
kacang panggang!
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~