Skincare & makeup Argania | Done shopping keperluan raya, sekarang fokus buat muka raya je, eh! Bukan laser bagai tau, semuanya organik dengan produk dari Argania gituw. Kali ini CN nak cerita sikit tentang produk skincare Argania yang CN guna. Semuanya best-best & sangat berbaloi untuk dibeli. Harganya juga murah. Paling penting organik & selamat ye.
CN suka dengan produk skincare Argania, memang best ! |
Setiap wanita mesti ada skincare organik Argania
Dalam kotak exclusive Argania ini mengandungi 4 produk Argania yang best seller iaitu Argania Facial Wash, Argania Light, Argania Wonder Oil & Argania Face Mist. Jom baca apa yang best pada keempat-empat produk Argania ini.
Argania Wonder Oil
Produk paling laris ini memang best sangat! Wonder Oil ini adalah 100% nature argan oil. Berkesan sangat untuk memudarkan parut pada wajah & badan. CN akan sapu Argania Wonder Oil pada kesan parut di perut dan badan. Almaklumlah, kulit CN ni senang naik rashes sampai jadi parut, mujur ada Argania Wonder Oil ini, memang dapat memudarkan parut pada badan CN tau. Selain itu, CN juga sapukan Argania Wonder Oil ini pada kulit kepala yang gatal serta rambut. Kesannya rambut akan glowing & kemas je.
Argania Light
Argania Light ini pula adalah upgrade dari Argania Wonder Oil dimana Argania Light ini lebih wangi dengan bauan aromaterapi iaitu campuran olive & bergamot oil yang dapat membantu dalam masalah pimples serta rashes. Bagusnya ia 40% lebih menyerap. CN jadikan rutin dengan menyapu Argania Light pada wajah setiap kali pada pagi & sebelum tidur. Kesannya wajah rasa lebih lembab serta glowing. Makeup pun 'in' hokay. Syok lah!
Argania Facial Wash
Cleaser Argania ini mengandungi Argan Oil & Hylouronic Acid yang bukan sahaja berfungsi sebagai pembersih wajah, malah boleh dijadikan sebagai makeup remover. Jimat kan, 1 botol ada 2 fungsi? CN suka cleanser ni sebab ianya membersihkan muka secara menyeluruh dimana tidak menyebabkan muka rasa ketat atau kering selepas basuh. Muka rasa lembab je tau. Bestnya Argania Facial Wash ini hanya menggunakan bahan organik yang boleh menjana sel kulit secara efektif tau. Bila sebut organik, sudah tentu ianya bebas bahan kimia & tidak mengandungi Paraben & SLS hokay.
Argania Face Mist
Antara produk wajib ada dalam handbag CN adalah Argania Face Mist. Face Mist ini mengandungi argan oil, bergamot oil & damask rose water. Untuk pengetahuan anda, damask rose water ini membantu menyeimbangkan Ph kulit tau. Seperti Argania Facial Wash yang mempunyai 2 fungsi, Argania Face Mist juga mempunyai 2 fungsi iaitu sebagai toner & base makeup. CN akan spray face mist ini sebelum makeup untuk melembabkan kulit wajah & spray sekali lagi selepas makeup untuk kekalkan makeup tersebut & memberi impak glowing. Selain itu, jika CN rasa kulit CN kering, face mist ini memang membantu untuk melembabkan kulit. Sangat sesuai untuk anda yang selalu berdepan dengan aircond yang lama serta dibawah panas mentari.
Berminat untuk mencuba skincare & makeup dari Argania?
Anda boleh dapatkan pelbagai produk Argania di lamanweb rasmi iaitu https://argania.my/ . Untuk sebarang promosi terkini, boleh kunjungi Facebook Argania HQ & Instagram @arganiahq.
Kotak set Argania ni pun cantik berbunga-bunga, sesuai dijadikan sebagai hadiah buat tersayang ye. Oh ya, sebagai hantaran perkahwinan pun sesuai sangat disebabkan kotaknya yang berbunga-bunga. Kena sangat dengan tema hantaran kan?
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~