Me'nate Steak Hub Ramadan 2019 | Sebut sahaja Me'nate Steak Hub, sememangnya sudah terkenal dengan restoren berkonsepkan makanan barat antara terbaik menjadi pilihan rakyat Malaysia. Sempena Ramadhan kali ini, Me'nate Steak Hub juga tidak ketinggalan turut serta dalam memeriahkannya dengan promosi Ramadhan. Kali ini Me'nate Steak Hub masih mengekalkan bufet Ramadan untuk berbuka puasa yang menawarkan dan menyajikan sehingga 40 menu hidangan dari pelbagai pilihan makanan!
Me'nate menawarkan menu steak dan barat sebagai pilihan utama sajian dengan Kambing Golek Istimewa yang menjadi taruhan untuk memuaskan pelanggan Me'nate Steak Hub.
Selain menu masakan barat, Me'nate Steak Hub juga menawarkan menu makanan tempatan seperti Nasi Briyani, Nasi Tomato, Mee Kari, Laksa, Mee Goreng/Kueh Teow Goreng yang digoreng panas ala carte dan sebagainya selain pelbagai pilihan pencuci mulut kuih tempatan yang pasti memuaskan hati pelanggan.
Bagi memeriahkan kempen ramadan kali ini, Me'nate Steak Hub juga telah melantik 2 selebriti sebagai Ikon Me'nate untuk membantu dan mempromosikan Me'nate Pakej Ramadan Bufet dan Family Platter. Selebirit tersebut ialah Syuk Raja Lawak dan Elly Mazlein yang juga dikenali sebagai Kak Lina Pompom.
Me'nate Steak Hub juga menjemput para syarikat atau badan-badan korporat, syarikat persendirian dan individu yang ingin bekerjasama dengan pihak Me'nate untuk menganjurkan sebarang bentuk majlis sosial korporat seperti majlis berbuka puasa dengan anak yatim dan sebagainya sepanjang Ramadhan ini. Diskaun korporat akan diberikan kepada syarikat yang berminat.
Berita baik untuk anda, sempena Me'nate Ramadan Berbuka Special Buffet Special cuma RM79.90 sahaja untuk dewasa & RM39. 90 untuk kanak-kanak berumur 6-11 tahun. Bawah 5 tahun PERCUMA sahaja! Ada banyak menu steak & barat yang super sedap tau. Puas hati sangat lah. Buffet Ramadan ini sehingga 8.30 malam sahaja tau.
Jika anda tidak berkesempatan untuk menyertai Bufet Ramadan untuk berbuka puasa tetapi ingin menikmati stik dan makanan barat di Me'nate, jangan risau kerana selepas jam 8.30 malam, restoren akan meneruskan operasi ala carte seperti biasa.
Bagi memenuhi permintaan pelanggan yang menggemari daging premium, Me'nate memperkenalkan pakej makanan barat premium iaitu Family Platter dengan 2 pakej iaitu Set A premium family package RM450 dan Set B super premium family package RM650 dimana 1 set boleh dimakan 5 hingga 6 orang. Terdapat sehingga 11 menu bagi setiap hidangan dalam Family Platter ini. Syoknya hidangan ini, pelanggan juga diberikan akses percuma ke dessert buffet! Berbaloi bukan?
Tawaran Menarik di Me'nate Steak Hub Ramadan 2019 |
Pelbagai Pilihan Menu Untuk Me'nate Pakej Bufet Ramadan
Me'nate menawarkan menu steak dan barat sebagai pilihan utama sajian dengan Kambing Golek Istimewa yang menjadi taruhan untuk memuaskan pelanggan Me'nate Steak Hub.
Me'nate Kambing Golek Istimewa yang mesti dicuba! Sedap sangat ! |
Me'nate Kambing Golek Istimewa yang mesti dicuba! Sedap sangat ! |
Pilihan utama CN di Me'nate sudah tentu Me'nate BBQ Beef Rib, yang sangat lembut dengan perapan yang marvelous |
Me'nate Beef Meatball in creamy pepper sauce juga patut dicuba, recommended ! |
Me'nate Roasted Chicken |
Jika anda pencinta nasi, jangan risau ada pilihan nasi di sini ye |
Antara pilihan menu tempatan di Me'nate Steak Hub Ramadan |
2 Ikon Me'nate iaitu Syuk Raja Lawak dan Elly Mazlein
Bagi memeriahkan kempen ramadan kali ini, Me'nate Steak Hub juga telah melantik 2 selebriti sebagai Ikon Me'nate untuk membantu dan mempromosikan Me'nate Pakej Ramadan Bufet dan Family Platter. Selebirit tersebut ialah Syuk Raja Lawak dan Elly Mazlein yang juga dikenali sebagai Kak Lina Pompom.
Ikon Me'nate Steak Hub Ramadan iaitu Elly Mazlein & Syuk Raja Lawak bersama chef dan tokey Me'nate |
CN sempat bergambar bersama Fara Fauzana yang menjadi host semasa Me'nate Steak Hub Ramadan Preview |
Me'nate Steak Hub juga menjemput para syarikat atau badan-badan korporat, syarikat persendirian dan individu yang ingin bekerjasama dengan pihak Me'nate untuk menganjurkan sebarang bentuk majlis sosial korporat seperti majlis berbuka puasa dengan anak yatim dan sebagainya sepanjang Ramadhan ini. Diskaun korporat akan diberikan kepada syarikat yang berminat.
Me'nate Lamb Shabu, hidangan ala masakan Taiwan yang patut anda cuba |
Bukan sahaja hidangan daging dan ayam, ada juga Me'nate Black Mussel |
Harga Promosi Me'nate Steak Hub Ramadan 2019
Berita baik untuk anda, sempena Me'nate Ramadan Berbuka Special Buffet Special cuma RM79.90 sahaja untuk dewasa & RM39. 90 untuk kanak-kanak berumur 6-11 tahun. Bawah 5 tahun PERCUMA sahaja! Ada banyak menu steak & barat yang super sedap tau. Puas hati sangat lah. Buffet Ramadan ini sehingga 8.30 malam sahaja tau.
All time favourite CN iaitu Spaghetti Arabiata |
Me'nate Fettuchini & Mushroom Carbonara yang super creamy |
Jika anda tidak berkesempatan untuk menyertai Bufet Ramadan untuk berbuka puasa tetapi ingin menikmati stik dan makanan barat di Me'nate, jangan risau kerana selepas jam 8.30 malam, restoren akan meneruskan operasi ala carte seperti biasa.
Seronok meratah Me'nate Chicken Drummet ni tau |
Me'nate BBQ Chicken Wing pun best untuk meratah, bahagia je rasa |
Antara pilihan dessert di Me'nate Steak Hub Ramadan |
ABC yang menyegarkan di bahagian dessert Me'nate Steak Hub Ramadan |
Antara pilihan dessert di Me'nate Steak Hub Ramadan |
Antara pilihan dessert di Me'nate Steak Hub Ramadan |
Oh ya, jangan lupa tempah awal untuk Me'nate Buffet & Family Platter kerana anda berpeluang untuk mendapatkan diskaun 5% untuk early bird tau.
Ada pelbagai pilihan minuman di Me'nate Steak Hub Ramadan |
Cawangan Me'nate Steak Hub
Restoren Me'nate Steak Hub mempunyai 5 cawangan yang terletak di Setapak, Bangi, Ampang, Shah Alam serta di selatan iaitu Johor Bahru. Kesemua cawangan ini menghidangkan pakej menu dan konsep yang sama untuk pelanggan berbuka puasa. Restoren Me'nate Steak Hub juga menyediakan surau yang selesa untuk para pelanggan menunaikan ibadah solat dengan selesa.
#MenateSteakHub #MenateRamadan2019 |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~