7 Tanaman Bersihkan Udara Dalam Rumah | Jom kita lihat tanaman penapis udara yang bukan sahaja cantik, tetapi bertindak meningkatkan kualiti udara di sekeliling. Udara kotor yang mengandungi benzena, formaldehyde, ammonia dan sebagainya memberikan impak buruk kepada kesihatan. Tapi perlu diketahui ada sesetengahnya BERTOKSIK! Bagi mama dan papa yang ingin menanamnya, pastikan ia diletakkan pada tempat yang jauh dari capaian si kecil. Misalnya tempat yang tinggi seperti di atas almari, meja atau kabinet dapur. Kebanyakan tumbuhan ini mudah dijaga walau pun anda memiliki jadual yang sangat padat! Jadi apa tunggu lagi, jom tanam tanaman bersihkan udara dalam rumah ini.
Sumber : Majalah Pa&Ma
Sumber : Majalah Pa&Ma
Tanaman Bersihkan Udara Dalam Rumah
1. Dracaena
Pokok dracaena |
Spesis dracaena menjadi penapis kepada udara yang berkuap. Bagi anda yang tidak berpeluang membuka tingkap dengan kerap, memiliki dracaena di dalam rumah boleh membantu menyegarkan udara dalam rumah
2. Spider plant
Pokok spider plant |
Salah satu kelebihan spider plant ialah ia memiliki daya serap yang sangat tinggi terhadap racun-racun di udara. Dalam masa dua hari, tanaman ini mampu menyerap racun di udara sehingga 90% !
3. Lidah mertua
Pokok lidah mertua |
Walaupun namanya agak unik, ia memberikan manfaat yang sangat baik dengan menyerap racun dalam udara. Ia mampu menyerap racun dan menyegarkan udara
4. Monstera deliciosa
Pokok monstera deliciosa |
Tumbuhan ini mampu memperbaiki kualiti udara dengan menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen pada waktu malam. Ia juga mampu menyerap formaldehyde dalam udara
5. Pakis boston
Pokok pakis boston |
Spesis ini mampu membersihkan dan melembapkan udara. Sesuai diletakkan di dalam bilik tidur agar kulit tidak kering.
6. Aloe vera
Pokok aloe vera |
Tumbuhan yang turut dikenali dengan nama lidah buaya ini mampu membunuh kimia berbahaya di udara seperti benzene dan formaldehyde. Elok ditanam dalam pasu kecil dan diletakkan pada sudut bilik.
7. Sirih gading
Pokok sirih gading |
Tumbuhan yang turut dikenali dengan nama Devi's ivy ini sangat cantik di tanam dalam pasu kecil yang digantung. Ia menyerap formaldehyde dan toksin-toksin berbahaya lain.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~