Kad Ceria | Adakah anda penduduk atau pekerja di Wilayah Persekutuan? Jika ya, anda layak untuk memohon Kad Ceria. Kad Ceria merupakan kad diskaun atau kad pemotongan terus harga ke atas pembelian di premis-premis dan lokasi terpilih. Pemegang Kad Ceria berpeluang mendapat diskaun sehingga 30% bagi pelbagai barangan, makanan dan perkhidmatan di lebih 300 premis rakan dagang! Selain itu, pemegang kad juga berpeluang menikmati kadar istimewa penyewaan fasiliti milik DBKL, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan. Program ini adalah satu inisiatif dalam usaha menangani kos sara hidup yang tinggi terutamanya bagi warga Wilayah Persekutuan.
Untungnya warga Wilayah Persekutuan kan? Empat tahun CN tinggal di KL semasa baru posting guru memang faham sangat liefestyle di sana yang seakan-akan semua mahal. Dengan adanya Kad Ceria ini CN pasti akan meringankan beban penduduk serta penjawat awam yang bekerja di Wilayah Persekutuan.
Untungnya warga Wilayah Persekutuan kan? Empat tahun CN tinggal di KL semasa baru posting guru memang faham sangat liefestyle di sana yang seakan-akan semua mahal. Dengan adanya Kad Ceria ini CN pasti akan meringankan beban penduduk serta penjawat awam yang bekerja di Wilayah Persekutuan.
Kad Ceria untuk warga Wilayah Persekutuan |
Apakah Kelebihan Kad Ceria?
Dengan Kad Ceria anda boleh mendapat keistimewaan seperti di bawah :
- diskaun sehingga 30% bagi setiap barangan, makanan atau perkhidmatan
- beli belah pada harga istimewa di lebih 3798 premis/rakan dagang
- diskaun di fasiliti milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan
- membantu menangani kos sara hidup yang tinggi terutamanya di Wilayah Persekutuan
- info terkini promosi melalui telefon pintar dan laman sesawang Kementerian Wilayah Persekutuan
- membantu keluarga dalam membuat perancangan perbelanjaan harian
- panduan, maklumat serta info terkini berkenaan cadangan atau komen orang ramai tentang barangan, makanan atau perkhidmatan yang istimewa ditawarkan dengan harga berpatutan atau lebih murah!
Kad Ceria Untuk Penjawat Awam
Kini semua penjawat awam di Wilayah Persekutuan adalah LAYAK untuk membuat permohonan Kad Ceria Wilayah Persekutuan. Sebarang pertanyaan boleh emelkan kepada kadceria@kwp.gov.my.
Antara rakan dagang Kad Ceria yang pasti mengujakan anda adalah KK Mart, BHPetrolmart, Secret Recipe, Astro, Kamdar, Pusat Pakaian Hari-Hari, Focus Point, Mydin, Wendy's, Berjaya Hotel & Resorts, Borders, Kenny Rogers Roasters serta banyak lagi !
Dibawah antara tawaran istimewa untuk pemegang Kad Ceria.
Tawaran diskaun di myhotel Bukit Bintang |
Pakej umrah oleh Tradewinds Travel Travel Services Sdn. Bhd. |
10% di cawangan donutes |
12% diskaun di Garing Petcara |
Bagaimana, adakah anda teruja untuk memiliki Kad Ceria ini?
Jom memohon Kad Ceria
Syarat Kelayakan Permohonan Kad Ceria adalah :
1. Berumur 18 tahun ke atas
2. Warganegara Malaysia
3. Pemohon lahir di Wilayah Persekutuan ATAU menetap di Wilayah Persekutuan ATAU
4. Pemohon adalah Penjawat Awam yang bertugas di Wilayah Persekutuan
Jika anda memenuhi syarat kelayakan permohonan Kad Ceria di atas, anda boleh terus memohon secara online di << https://kadceria.kwp.gov.my/permohonan.php >>
Untuk maklumat lanjut mengenai Kad Ceria, layari : kadceria.kwp.gov.my
Atau terus ke Urusetia Kad Ceria
Kementerian Wilayah Persekutuna
Aras G-7, Blok 2, Menara Seri Wilayah, Presint 2, 62100 Putrajaya.
Emel : kadceria@kwp.gov.my
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~