Dalam hiasan dekorasi rumah, ruang tamu memainkan peranan paling penting bukan sahaja sebagai tempat beriadah untuk sekeluarga, malah memberikan first impression kepada tetamu yang bertandang ke rumah. Disini CN kongsikan 10 gambar ruang tamu tema turquoise sebagai panduan kepada anda yang sedang mencari idea untuk warna ruang tamu anda. Warna tema turquoise ini bukan sahaja memberikan impak ruang yang luas, malah turut memberikan emosi yang relax kepada tuan rumah dan tetamu yang bertandang.
Terapi stress paling membahagiakan adalah makan benda manis. Antara benda manis faveret CN adalah donat Big Apple. Tapi disebabkan Big Apple di Banting ni kebanyakan pekerjanya abang La, memang terbantut nak beli. Mujur donat Tesco Jenjarom ni sedap. Bukan sahaja sedap dah macam donat Big Apple, harga pulak separuh daripada Big Apple hokay ! Untuk donat 6 pieces yang CN beli dibawah ni, cuma berharga RM6.29 sahaja. Murah kan? Maaf ye, gambar donat cuma tinggal 5 pieces sebab Irfan Hensem dah bedal sebijik ! Hehehehe..
Rupa dan rasa sama seperti donat Big Apple tau donat di Tesco Extra Jenjarom ni |
Donat Tesco cuma berharga RM6.29 sahaja |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Berita baik untuk mereka yang tinggal di selatan tanah air, IKEA Tebrau kini dibuka secara rasminya pada hari ini iaitu 16 November 2017. Dah tak perlu ke IKEA Damansara lagi hokay, di Johor pun dah ada Ikea tau. Sudah pasti pelbagai tawaran menarik di Ikea Tebrau sempena hari pembukaannya hari ini. Jadi warga Johor dan kawasan yang berdekatan, cepat-cepat ke Ikea Tebrau hokay !
IKEA Tebrau kini dibuka secara rasminya pada hari ini iaitu 16 November 2017 |
Lokasi Ikea Tebrau
Inilah rupa anak-anak CN apabila mamanya sibuk berurusan di bank dan Encik Suami mengambil tugas menjaga anak. Senang betul si ayah nak bagi anak diam. Bagi je Happy Meal Mc Donald sorang satu, terus boleh duduk diam mengunyah hokay !
Irfan Hensem & Dhia Zahra dengan Happy Meal sorang satu hokayy |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
CN merupakan pelanggan setia nasi lemak Cik Bedah. Nasi lemak jualan Cik Bedah sangat sedap dengan nasi nya yang wangi dan lembut serta all time faveret CN sudah tentu sambalnya yang umph! Nasi lemak paru di bawah cuma RM3 sahaja dengan kuantiti yang banyak dan mengenyangkan. Nasi lemak Cik Bedah ini terletak di Kampung Jenjarom Kuala Langat, Selangor. Memang recommended. Dibuka seawal jam 6.45 pagi dan biasanya pukul 8 nasi lemak dah habis ! Dasyat kan?
Nasi Lemak Murah di Jenjarom
Kebanyakan pelanggan nasi lemak Cik Bedah adalah pelanggan setia yang sudah jatuh hati dengan keenakan nasi lemaknya. Bukan sahaja sedap, malah murah dan banyak ! Sangat puas hati hokayy. Selain nasi lemak, ada juga bihun goreng, mee goreng, nasi goreng dan pelbagai jenis kuih. Antara kuih faveret CN di gerai nasi lemak Cik Bedah adalah karipap sardin yang penuh dengan inti karipap selain kuih getas yang menjadi rebutan antara CN dan Encik Suami ! Hehehe..
Lokasi Kedai Nasi Lemak Cik Bedah
12 November yang lalu telah berlangsung Majlis Pelancaran Buku The Three Village Boys oleh Liza Mydin di Pusat Kreatif Tuanku Bainun, TTDI. Dengan hasrat untuk memberi ingatan kepada generasi muda bahawa hidup ni punyai misi yang lebih besar, Liza Mydin, ibu kepada tiga anak itu menzahirkan harapan agar buku The Three Village Boys ini dapat menjadi wadah perbualan antara ibu bapa dan anak mereka tentang persoalan nilai-nilai murni, keadilan sosial berkenaan agihan pendapatan antara golongan masyarakat dan etika dalam kehidupan.
Penulis buku The Three Village Boys - Dr Liza Mydin |
The Three Village Boys : Sebuah buku yang dapat menanam rasa keadilan sosial dalam diri kanak-kanak
Liza Mydin percaya nilai-nilai murni perlu dipupuk dari kecil lagi. "Ajaran nilai-nilai murni yang diterapkan pada anak-anak kecil ini akan melahirkan masyarakat yang lebih ampuh di generasi akan datang", ujar beliau.
Ucapan oleh penulis buku The Three Village Boys - Dr Liza Mydin |
Beliau menegaskan bahawa buku tersebut ditulis dengan dua tujuan utama. Pertamanya, untuk meningkatkan keupayaan daya imaginasi kanak-kanak bagi mengasah minda kritis semasa mereka mengembara bersama karakter tiga kanak-kanak kampung bernama Youssef, Zayyed dan Omar dalam kisah pengembaraan mereka. Dan keduanya, bagi menyingkap persoalan perbezaan dalam masyarakat di masa terdapat jurang agihan pendapatan dan juga ketidakadilan yang berlaku.
CN bersama buku The Three Village Boys |
Buku The Three Village Boys mempunyai 26 mukasurat yang dipaparkan dengan ilustrasi berwarna untuk menjadikan kisah pengembaraan tersebut lebih menarik dan menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Keluaran pertamanya telah diterbitkan pada tahun 2012 dan telah dijual hingga kini di Amazon UK, US dan kedai Barnes & Noble bagi memenuhi permintaan pasaran antarabangsa.
Bagi edisi terkini, The Three Village Boys didatangkan dengan versi kulit tebal dan boleh dibeli secara online di www.thetvb.com.
Dhia Zahra eksited 'membaca' buku The Three Village Boys kerana sukakan ilustrasi pada buku ini yang menarik |
Dhia Zahra & Aqilah membincangkan 'sesuatu' sambil tak lekang di tangan buku The Three Village Boys |
Anak-anak yang turut merasai pelbagai pengalaman menarik semasa pelancaran buku The Three Village Boys |
Pelbagai Aktiviti sempena Pelancaran Buku The Three Village Boys
Majlis telah dilancarkan oleh tetamu kehormat, Prof Abbas Mirakhor, pakar ekonomi dan cendiakawan tersohor dan seorang yang sangat mementingkan hak keadilan sosial. Turut hadir pada majlis tersebut ialah rakan media, para blogger, keluarga serta sahabat handai.
Ucapan oleh Prof Abbas Mirakhor (First Holder- International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF) Chair of Islamic Finance |
Pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak semasa majlis perasmian buku tersebut turut diadakan seperti aktivti story telling, seni pasir dan dekorasi topi tarbus.
Story telling oleh Shena & the Team |
Lokasi Pusat Kreatif Kanak-kanak Tuanku Bainun, Taman Tun Dr Ismail
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Tiada idea untuk membawa anak bercuti sempena cuti sekolah yang akan tiba tak lama lagi? Apa kata bawa anak-anak anda meneroka dunia pekerjaan sebenar di KidZania KL. Paling best Irfan Hensem yang berumur 5 tahun dapat merasa menjadi Junior Tax Officer di Pejabat LHDN tau. Ini sempena event Scott's Bright Little Explores di KidZania KL. Memang menarik kad Junior Tax Officer ni. Nampak 'profesional' bila anak bujang CN pakai bersama vest & tie.
Kad Junior Tax Officer milik Irfan Hensem |
Irfan Hensem bertambah hensem dengan vest & tie sebagai Junior Tax Officer di pejabat LHDN KidZania KL |
Lokasi KidZania KL
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Encik Suami CN adalah kaki pancing. Selain Encik Suami, ayah mertua CN juga merupakan seorang kaki pancing. Jadi banyaklah ikan-ikan besar hasil pancingan yang dibawa balik. Antara ikan hasil pancingan yang mahal dibawa balik adalah ikan kerapu. Bagi Encik Suami, ikan kerapu sangat sedap dibuat masak stim atau kukus. Dengan rasa manis ikan tu, memang umphh apabila dijadikan ikan kerapu masak stim. Sebenarnya mudah je untuk buat ikan kerapu masak stim ni. Dibawah CN kongsikan resepi ikan kerapu masak stim yang sangat mudah untuk dicuba !
Resepi ikan kerapu masak stim mudah |
Bahan-bahan untuk kerapu masak stim
>> 1 ekor ikan kerapu (saiz ikut pilihan anda, sedap jika bersaiz sederhana)
>> 1 biji bawang holland atau bawang besar biasa dihiris
>> 4 ulas bawang putih dihiris
>> 2 batang serai diketuk
>> 4 biji cili padi, jika taknak pedas, boleh gantikan dengan cili merah dihiris
>> 2 inci halia ditumbuk kasar
>> 2 sudu jus lemon/perahan air limau/perahan air asam jawa
>> 1 cawan air kosong sebagai kuah
Cara-cara membuat kerapu masak stim
1. Masukkan ikan di dalam bekas kukusan, gaulkan rata dengan garam dan jus lemon/air asam jawa serta semua bahan-bahan di atas.
2. Kukus dalam 20 minit atau sehingga ikan masak. Biasanya ikan kerapu bersaiz besar memerlukan masa yang lama untuk dikukus.
3. Apabila telah siap, taburkan dengan daun ketumbar.
4. Taraa ! Siap dah ikan kerapu masak stim yang sangat simple.
Selamat mencuba resepi mudah ini, ikan kerapu masak stim !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Jika anda pengkut setia CN di instagram @cekgunorazimah, pasti anda mengikuti perkembangan CN tentang perancangan untuk berlari di The Music Run 2017 di KL Sports City Bukit Jalil. Memang meriah dengan penglibatan lebih 20k peserta. Penuh stadium dengan peserta The Music Run 2017 dengan pelbagai aksesori. Memang havoc. Ditambah lagi dengan konsert, fuh, release stress gituw.
The Music Runner 5km
CN dan Encik Suami join The Music Runner 5km, tak mampu 10km. Semput mak ! Tapi sebenarnya 5km ni pun dah semput. Maklumlah, dah 'tua', badan tak berapa fit. Syukur Alhamdulillah, dalam masa tak sampai sejam, berjaya gak CN ditemani Encik Suami menamatkan larian 5km kami. Oklah, taknak cerita panjang, layankan je beberapa keping gambar yang sempat CN snap sepanjang program The Music Run 2017 anjuran AIA Vitality.
Pouch Nation di mana anda boleh topup untuk shopping pelbagai barangan di The Music Run 2017 |
Encik Suami get ready untuk The Music Run 2017 |
CN pun sama eksited untuk lari. Tapi sebenarnya agak leceh berlari dengan beg tu, nyesal lak bawak beg ! Hehehe.. |
Lepak dalam stadium sambil dengar konsert sebelum mula larian 5km |
CN bergambar di photobooth AIA Vitality |
CN dan Encik Suami bersama medal untuk finisher The Music Runner 5km |
Encik Suami dinner di tepi kereta sebab kelaparan setelah berjaya habiskan larian 5km ! Hehehe |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Semangat pagi !
Semoga pagi ini penuh barakah & senyuman...
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Awas kepada Keyboar Warrior, salah typing di media sosial, denda dan penjara la habuannya. Baru-baru ini seorang pemilik akaun Facebook N9RTER atau nama sebenarnya Muhammad Naim Zelkifle, 21 telah didenda RM2000 kerana menuduh polis meminta wang daripada orang ramai 6 September lalu.
Tertuduh melakukan kesalahan itu dengan memuat naik satu kenyataan “Roadblock polis selepas bhp baru Mahsan, check saman lampau hati2 kalau boleh lalu tompek lain lah yo, dah saman org mkn duit paw lg tak patut betul” di laman Facebook.
Dia yang memakai baju kemeja dan bersongkok, tiba di mahkamah diiringi ahli keluarga pada 8.40 pagi. Dalam perbicaraan itu, tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah. Tertuduh bagaimanapun merayu hukuman diringankan disebabkan menjaga ibu bapa selain adik beradik dan berjanji tidak mengulangi kesalahan itu lagi.
Sumber : myMetro
Berhati-hati di Alam Maya
Guru Penolong Kanan 1 di sekolah CN selalu mengingatkan cikgu-cikgu supaya sentiasa berhati-hati di media sosial. Apa yang kita type di media sosial boleh dijadikan sebagai bahan bukti untuk mendakwa kita jika disabitkan kesalahan. Berhati-hati di alam maya katanya katanya.
Lagi-lagi jika cikgu terlibat dengan Lembaga Peperiksaan, lagilah pelu berhati-hati kerana segala bahan adalah dalam istilah TERHAD dimana hanya orang tertentu sahaja yang boleh mengakses bahan tersebut. Tiada istilah SHARE di media sosial hokay.
Berbalik kepada kisah keyboard warrior di atas, jika hendak menuduh, pastikan ada bukti dan hujah yang menyokong tuduhan anda kerana screenshot dari Facebook boleh dijadikan bukti di makkamah. Jangan semborono tuduh polis tu buat ni, doktor tu buat tu, dan cikgu terutamanya selalu menjadi mangsa fitnah di media sosial. Lagi-lagi cuti sekolah yang akan datang nanti, pasti akan ada fitnah "cikgu makan gaji buta, cuti sekolah duduk rumah je, Baik pergi sekolah jaga anak kami!"
Helllloooo..cuti sekolah pun cikgu kena keje tau. Menanda paper SPM, prepare Rancangan Pelajaran Tahunan, program tu, program ni. Kalau ikutkan dalam 1 minggu je betul-betul cuti. Yang lain cuti palsu hokay ! Eh, termeroyan pulok !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Seronoknya menanti cuti yang akan tiba tak lama lagi. Pastinya anda teringin untuk menghadiahkan buat tersayang sesuatu yang boleh meninggalkan memori untuk si Dia. Meh CN share satu lamanweb yang menawarkan pelbagai pilihan hadiah serta anda boleh design sendiri dengan harga yang amat berpatutan. Bayangkan anda hadiahkan si Dia mug yang mempunyai gambar anda berdua. Sudah tentu di Dia tersenyum manis dan rasa 'sayang' nak guna mug tu kan? Paling best, manalah tahu tiba-tiba ada salah faham, bila si Dia lihat mug yang anda hadiahkan sudah pasti hatinya akan lembut.
Menjadikan hadiah lebih bermakna di Printcious.my
Printcious.my adalah satu lamanweb yang menawarkan pelbagai pilihan hadiah yang comel-comel serta harga yang berpatutan. Ada pelbagai pilihan hadiah untuk lelaki, wanita malah kanak-kanak juga. Pendek kata semua ada disini. Anda boleh memilih hadiah sempena Birthday, Hari Ibu, Hari Bapa malah sempena Tahun Baru 2017 juga boleh. Ada pelbagai design menarik yang boleh anda pilih.
Christmas Gift Ideas |
Hadiah DIY buat tersayang
Apa yang menarik di Printcious ni adalah anda boleh design sendiri hadiah untuk tersayang. Selain template yang dicadangkan, anda juga boleh menggunakan gambar sendiri untuk item yang anda pilih.
Sebagai contoh, CN nak hadiahkan baby rompers untuk babyDhia. CN pilih Create -> Baby Rompers -> Customise It.
Hah ! Anda boleh upload gambar atau pilih saja mana-mana gambar dari Facebook/Instagram anda. Mudah bukan? Sudah siap design bolehlah Add to Cart.
Selain untuk baby, ada juga hadiah pelbagai pilihan hadiah menarik untuk si Dia. Tidak perlu pening kepala untuk memikirkan hadiah buat si dia. Pilih sahaja pelbagai jenis hadiah menarik untuk si Jejaka dan juga si Gadis.
Christmas Gift Ideas |
Best Christmas Gift Idea
Ada pelbagai pilihan hadiah dengan corak menarik yang cool dan comel-comel sesuai untuk Christmas Gift untuk anda yang menyambut perayaan Christmas. Anda boleh pilih sama ada untuk menghadiahkan si Jejaka sama ada T-Shirt dengan design yang cool, bantal comel untuk dibuat peluk ataupun mug sebagai peneman setiap pagi? Oh ya, apa kata cuba benda baru dengan menghadiahkan si Jejaka casing henfon yang rare?
Christmas Gift Ideas |
Seperti untuk Jejaka, untuk si Gadis juga terdapat pelbagai pilihan T-shirt yang comel-comel, bantal peluk, mug serta casing henfon. Memang rambang mata untuk memilih !
Berminat untuk mendapatkan hadiah DIY untuk tersayang?
Tak suka dengan design sedia ada? Tiada masalah, anda boleh design sendiri menggunakan gambar pilihan anda. Malah anda boleh menambah perkataan dan ayat gituww. Jom daftar di Printcious untuk mendapatkan hadiah DIY yang menarik untuk yang tersayang.
Apa tunggu lagi, tempahlah sekarang hadiah peribadi anda untuk yang tersayang di Printcious. Ianya akan menjadi lebih bermakna hanya di Printcious.my - "Precious Gift From Your Heart"
Oh ya, jangan lupa subcribe ke Channel Youtube Printcious untuk pelbagai promosi menarik. Jangan terlepas !
Oh ya, jangan lupa subcribe ke Channel Youtube Printcious untuk pelbagai promosi menarik. Jangan terlepas !
Untuk keterangan lanjut, sila layari -->>
Website : http://www.printcious.com/my
Facebook : https://www.facebook.com/printcious
Twitter : https://twitter.com/printcious
Youtube : Channel Youtube Printcious
Instagram : https://www.instagram.com/printcious/
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Betul ke ada statement menyatakan selfie itu satu penyakit? Bagi CN, orang yang suka berselfie dan share gambarnya di media social adalah orang yang berani. Konfiden hokay share gambar dia 'perasan' cantik tu dekat public. Itu pun penyakit ye? Ops !
Biar apa pun orang kata, bagi CN selfie itu satu terapi. Rasa bahagia dapat selfie tau. Siapa ada perasaan yang sama masa berselfie macam CN meh sep sikit !
Biar apa pun orang kata, bagi CN selfie itu satu terapi. Rasa bahagia dapat selfie tau. Siapa ada perasaan yang sama masa berselfie macam CN meh sep sikit !
Cikgu Norazimah suka berselfie |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sempena Hari Mencuci Tangan Sedunia
Ke-10, sabun kesihatan terkenal Lifebuoy keluaran Unilever Malaysia
menganjurkan perayaan terbesarnya dengan kempen #High5forhandwashing untuk menggalakkan tabiat mencuci tangan di
seluruh dunia. Kempen #High5forhandwashing bertujuan untuk menggalakkan orang
ramai menjaga kebersihan tangan dan memuat naik gambar ‘High 5’ (saling menepuk
tangan di udara) ke platform media sosial mereka bagi meningkatkan kesedaran dalam
kalangan rakyat Malaysia tentang tabiat mencuci tangan yang betul.
Muat naik gambar High 5 ke media sosial dengan tag #High5forHandwanshing
Lifebuoy bertekad untuk
mengajar tabiat baik yang boleh menyelamatkan nyawa – iaitu mencuci tangan
dengan sabun – kepada 5 kanak-kanak untuk setiap gambar yang dimuat naik ke
media sosial dengan tag #High5forHandwashing.
“Menerusi program ‘High 5’untuk mencuci tangan, kami berhasrat untuk mengumpul 200,000 High 5 dan akan mengajar 1 juta kanak-kanak mencuci tangan pada 2018,” kata Vincent Chong, Pengarah Pemasaran Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd.
Lifebuoy telah bekerjasama dengan
lebih 140 selebriti dan tokoh pemimpin penting untuk menonjolkan mesej mencuci
tangan dan lebih 5,000 kakitangan Lifebuoy telah melawat sekolah-sekolah untuk
mengajar kanak-kanak cara mencuci tangan dengan betul. Kempen ini juga telah
memecahkan Rekod Dunia Guinness bagi bilangan ‘High 5’ terbanyak.
Ibu bapa adalah ejen
perubahan tabiat yang penting bagi kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa perlu
memperlihatkan dan memperkukuh tabiat ini di rumah kerana kanak-kanak belajar
dengan memerhatikan apa yang dilakukan oleh orang tua mereka. Oleh yang
demikian, matlamat kempen ini adalah untuk menggalakkan tabiat mencuci tangan dalam
kalangan kanak-kanak seawal yang boleh agar ia menjadi amalan harian mereka.
Irfan Hensem bersama #High5forHandwashing kit dari Lifebuoy |
Hari Mencuci Tangan Sedunia
Hari Mencuci Tangan Sedunia merupakan hari peringatan
sedunia tahunan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang pentingnya
amalan mencuci tangan dengan sabun sebagai cara mudah, berkesan dan termampu
untuk mencegah masalah kesihatan berkaitan dengan penjagaan kebersihan. Hari Mencuci Tangan Sedunia diasaskan oleh Global Public-Private Partnership for
Handwashing dan dirayakan pada 15 Oktober setiap tahun, ialah peluang untuk
mengilhamkan, menguji, dan mengulangi cara kreatif untuk menggalakkan orang
ramai mencuci tangan mereka dengan sabun pada waktu penting.
Hari Mencuci Tangan Sedunia bertujuan untuk:
·
Memupuk dan menyokong budaya
mencuci tangan dengan sabun secara global dan tempatan
·
Memperlihatkan amalan dan
tabiat mencuci tangan di seluruh dunia
·
Meningkatkan kesedaran
tentang manfaat mencuci tangan dengan sabun
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Lifebuoy, sila ke
laman www.unilever.com ATAU www.facebook.com/LifebuoyMalaysia.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~