Sempena cuti sekolah yang lalu, CN berkesempatan membawa anak-anak ke Farm In The City yang terletak di Seri Kembangan. Jarak dari rumah ke Farm In The City lebih kurang 35 minit sahaja. Sebenarnya dah lama CN dengar tentang tempat ni, cuma kali ini baru berkesempatan membawa anak-anak disebabkan ada event sempena Pertandingan Public Speaking anjuran Johan Speaking Academy di sana.
CN & keluarga di Farm In The City, Seri Kembangan |
Farm in The City adalah Mini Zoo dengan pelbagai haiwan yang jinak
Apa yang menarik di Farm In The City adalah anda berpeluang ber'mesra' dengan haiwan di sini. Kura-kura bergerak bebas dan anda boleh bagi makan serta bergambar peluk-peluk dengan kura-kura kalau anda mahu. Sudah tentu si kecil akan lebih excited bila dapat bagi binatang-binatang ini makan.
Antara pelbagai spesis kura-kura di Farm In The City |
Anak bujang CN si Irfan Hensem sampai merajuk sebab keldai takmau makan daun yang diberikannya. Nak buat macam mana, kekenyangan binatang ini asyik disumbat makan je !
Irfan Hensem bergambar dengan burung kakak tua dan burung hantu |
Antara haiwan yang paling menjadi perhatian orang ramai untuk bergambar adalah burung hantu dan burung kakak tua. Macam gambar Irfan di atas ni, kemain excited dapat bergambar berlatarbelakangkan burung hantu. Paling best, si burung hantu tu steady je tunjuk muka macho bila bergambar.
CN pun excited bergambar dengan burung hantu |
Bukan sahaja kanak-kanak, orang dewasa pun turut excited bila dapat pegang burung kakak tua dan bergambar. Cuma burung kakak tua di Farm In The City ni tak berapa kecoh berbanding di Zoo Taiping. Dia penat kot..hehehe
CN bergambar dengan burung kakak tua & Dhia Zahra hanya memandang sebab takut ! |
CN bergambar dengan burung kakak tua sampai tak perasan tudung senget-senget! |
Longkang Fishing?
Hah, Longkang Fishing juga menjadi perhatian ramai kanak-kanak. Disini anda boleh menangkap anak ikan menggunakan jaring yang disediakan. Tapi anak-anak ikan ni sangat laju tau. Sampai give up anak bujang CN tak dapat tangkap walhal sekor anak ikan pun. Sabar jela ye.
Bergambar di Longkang Fishing |
CN & Dhia Zahra asyik bergambar manakala abang Irfan Hensem gigih menangkap ikan di Longkang Fishing |
Memberi ikan makan di Fish Feeding
Selain tangkap anak ikan di Longkang Fishing, anda juga boleh memberi ikan makan di Fish Feeding. Anda boleh membeli makanan ikan di mesin token yang terletak berdekatan dan bebas memberi makan kepada ikan-ikan kolam yang gemok-gemok disitu.
Welfie dengan Encik Suami sambil berlatarbelakangkan ikan-ikan gemok yang sentiasa lapar |
Encik Suami & anak-anak di Fish Feeding |
Muka puas hati Irfan Hensem dapat jalan-jalan di Farm In The City |
Sijil kehadiran untuk semua pelancong yang datang ke Farm In The City |
Harga tiket Farm In The City
Harga tiket masuk ke Farm In The City untuk warganegara Malaysia adalah RM32 untuk dewasa manakala RM27 untuk kanak-kanak. Manakala untuk pelancong asing harga tiket masuknya adalah RM48 dewasa dan RM38 untuk kanak-kanak.
Waktu operasi pula adala dari 10.00 pagi hingga 6.00 petang untuk hari biasa manakala dari 9.30 pagi hingga 6 petang untuk hari cuti sekolah/umum.
Lokasi Farm In The City
Untuk ke Farm In The City, landmark utama adalah Giant Seri Kembangan. Memang mudah ke sini. Cuma bila cuti sekolah biasanya parking penuh dan anda terpaksa parking di tepi jalan.