Cuti sekolah kini bermula, tak tahu nak bawa anak-anak ke mana sempena
cuti sekolah ni? Apa kata bawa anak-anak anda ke Citta Mall yang terletak di
Ara Damansara. Senang je nak kesini, anda cuma perlu mencari laluan ke Airport
Subang. Untuk ke Citta Mall anda perlu membuat pusingan U sahaja. Apa yang
membuatkan CN suka di Citta Mall adalah mall ini tidak sesak. Sangat besar dan
lapang pulak tu. Di Citta Mall ini terdapat pelbagai tarikan menarik untuk
anak-anak sempena cuti sekolah. CN sendiri dah bawa anak-anak CN ke Citta Mall
sabtu lepas, memang enjoy budak-budak tu. Bukan sahaja anak-anak enjoy, malah
mak dan ayah pun dapat enjoy sekali kerana di Citta Mall terdapat pelbagai
aktiviti untuk keluarga.
Tengok wayang di MBO Citta Mall
Berbeza dengan MBO tempat lain, MBO Citta Mall mesra kanak-kanak.
Kenapa CN cakap macam tu? Sebab sampai sahaja ke depan MBO, terdapat wall yang
penuh dengan lego. Kemain eksited Irfan Hensem bila nampak lego ni tau. Kusyuk
betul dia main.
Kemudian yang membuatkan CN dan anak-anak teruja adalah laluan
masuk ke hall. Pintu masuk sahaja penuh dengan blok yang dibina berkonsepkan
Alice in the Wonderland. Memang menarik. Setiap hiasan dinding di MBO Citta
Mall penuh dengan hiasan yang pasti membuatkan anak-anak teruja.
Menjadi Saintis Muda di iDiscovery World
IDiscovery World ini terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 12
tahun. Pelbagai aktiviti berkonsepkan Sains untuk anak-anak. Irfan Hensem sendiri dah cuba aktiviti ikan
di dalam botol, gunung berapi, sate belon, glue stick dan macam-macam lagi.
Paling menarik, mereka dipakaikan coat saintis. Sangat comel tau ! Aktiviti
sains ini terbahagi kepada 3 kumpulan umur iaitu 4-6 tahun, 7-9 tahun dan 10-12
tahun. Aktiviti sains yang dijalankan adalah bersesuaian dengan kumpulan umur
kanak-kanak ini.
Untuk keterangan lanjut, hubungi :
I-Discovery World Citta Mall
011-23848788/012-2815086
Email : ArtisticScienceMY@gmail.com
Membeli pelbagai barangan di Kedai buku Times
Kedai buku Times yang terletak bersebelahan dengan surau ni memang
besar. Terdapat pelbagai jenis buku yang dijual dari pelbagai genre. Di
bahagian luar pulak terdapat pelbagai buku dijual dengan harga yang murah.
Bukan sahaja buku, malah permainan dan alat tulis turut dijual. Memang best.
Berbuka puasa di Mr Dakgalbi
Hah, jangan tak percaya, CN berbuka puasa pertama bermenukan makanan
korea tau. Mr Dakgalbi yang terletak di Citta Mall ini memang luas dan meriah.
Bukan sahaja menu orang dewasa, terdapat juga menu kanak-kanak yang sangat
sedap di Mr Dakgalbi ini. Menu kanak-kanak habis licin tau sebab mama dan ayah turut makan sekali.
Anak dara CN si Dhia Zahra dari mula kami berbuka siap pakej bergambar bagai
tidak bergerak duk menghayati kesedapan makanan korea di Mr Dakgalbi. Nampak
sangat peminat makanan korea anak dara CN sorang ni!
Bukan sahaja makanan
korea, malah halwa telinga anda disajikan dengan lagu-lagu kpop. Apa lagi, suka
la anak-anak CN sebab mereka ni peminat kpop macam mama mereka ! Hehehe
Berminat untuk ke Citta Mall?
Apa lagi, cuti sekolah 2 minggu ni apakata bawa anak-anak anda ke Citta
Mall. Selepas penat beraktiviti, boleh berbuka puasa di pelbagai jenis restoran
yang terdapat di Citta Mall. Memang mudah.
Jom layari Facebook Citta Mall & Instgram Citta Mall untuk pelbagai update terkini
Disini CN kongsikan peta laluan ke Citta Mall. Jom ke Citta Mall !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~