Sebenarnya dah lama CN nak update entry tentang rawatan slimming di Dorra yang CN dapat PERCUMA sempena birthday CN pada April yang lalu.
Macam mana CN dapat percuma?
CN terima email tentang rawatan slimming Dorra iaitu 1 Spa Capsule Treatment dan 1 Slimming Kit yang berharga RM436 secara PERCUMA jika CN mengisi borang online yang disediakan. Lepas isi tu, dalam beberapa hari CN terima panggilan telefon dari Dorra untuk set appointment.
Macam mana CN dapat percuma?
CN terima email tentang rawatan slimming Dorra iaitu 1 Spa Capsule Treatment dan 1 Slimming Kit yang berharga RM436 secara PERCUMA jika CN mengisi borang online yang disediakan. Lepas isi tu, dalam beberapa hari CN terima panggilan telefon dari Dorra untuk set appointment.
Goodies dari Dorra |
Apa yang menarik di Dorra ini adalah rawatan slimming mereka hanyalah untuk wanita. Jadi semua pekerja adalah wanita. Memang best ! Sudah tentu paling bahagia di dalam Spa Capsule dengan badan berbalut macam mumia. Rasa selesa je tau dalam tu.
Dan selepas habis rawatan, CN diberi goodies di dalamnya ada slimming cream yang memang panas serta kit mandian. Best dan puas hati ! PERCUMA kan? Hehehe..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Nasihat dari kubur untuk kita semua :
>> Saya adalah tempat paling gelap maka terangilah saya dengan tahajjud
>> Saya adalah tempat paling sempit maka luaskanlah saya dengan silaturahim
>> Saya adalah tempat paling sepi maka ramaikanlah dengan membaca al-quran
>> Saya tempat binatang yang menjijikkan maka racunilah dengan amal sedekah
>> Saya tempat munkar & nankir bertanya maka persiapkanlah jawapanmy dengan perbanyak mengucapkan kalimah Laailalaillallah
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Antara hidangan kegemaran CN ketika berbuka puasa adalah daging bakar. Bukan sahaja mudah disediakan, malah daging bakar ikut resepi CN ini sedap dan membuatkan selera bertambah lagi-lagi apabila dimakan bersama sambal pencicah. Tak percaya? Meh cuba dulu.
Hidangan Kegemaran CN ketika berbuka puasa
Untuk membuat daging bakar ini, paling penting adalah tempoh masa perapan. Lagi lama perapan lagi sedap daging tu. Nak senang hidup, CN saja perap daging ini sekali banyak. Nanti senang bila nak masak lagi dah ada daging perap. Ok, jom cuba resepi mudah dari CN ini.
Daging bakar mudah dan sedap |
Resepi Daging Bakar Sedap
Bahan-bahan membuat Daging Bakar
1. Bawang putih 3-4 ulas - dicincang halus
2. Serai 2 batang - dipotong dan ditumbuk sedikit
3. Kicap pekat (manis) 3-4 sudu
4. Sos tiram 1 sudu
5. Sedikit lada hitam
6. Sedikit garam
7. Beberapa ketul daging saiz sederhana
Daging bersama bahan perapan |
Cara-cara membuat daging bakar :
1. Letakkan daging didalam bekas berpenutup untuk memudahkan disimpan semasa memerap daging
2. Taburkan bawang putih, serai, kicap pekat, sos tiram, lada hitam dan sedikit garam.
3. Gaulkan kesemua bahan agar menyaluti daging
4. Tutupkan bekas dan perap minimum 3 jam.
5. Selepas diperap, bolehlah dibakar daging tersebut di dalam kuali ajaib. Sangat mudah !
6. Agak-agak daging sudah masak dan lembut, potong nipis dan dihidangkan bersama sambal pencicah.
Sempena Marhaban Ya Ramadhan by Lazada ini, anda bukan sahaja boleh dapatkan kuali ajaib murah, malah pelbagai lagi barangan dari pelbagai jenama sehingga diskaun 90%! Tempoh promosi ini bermula hari ini sehingga 15 Jun. Riang Ria Raya Sale pula berakhir pada 30 Jun. Cepat-cepat ke Lazada untuk pelbagai tawaran menarik !
Rupa daging bakar yang dibakar menggunakan kuali ajaib murah |
Kuali Ajaib Murah di Lazada
Untuk membuat daging bakar, paling senang guna kuali ajaib. Ada pelbagai jenama kuali ajaib di pasaran. Sempena Marhaban Ya Ramadhan by Lazada ini, terdapat pelbagai jenama kuali ajaib atau non stick pan yang murah. Antaranya adalah jenama Happy Call dari Korea. Cuma RM98.90 sahaja. Murah kan?
Kuali Ajaib Murah jenama Happy Call |
Ramadhan Raya Blogger Contest
Untuk blogger kaki contest, jom ramai-ramai join Ramadhan Raya Blogger Contest by Lazada. Lagi ramai join lagi meriah hadiah yang ditawarkan tau.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Tarikh 16 Mei setiap tahun adalah tarikh yang ditunggu-tunggu oleh warga pendidik. Maklumlah, "Hari Kita" katakan. Apakah Hari Kita itu? Sudah tentulah Hari Guru ! Seronok sangat dapat sambut Hari Guru tahun ini yang bertemakan Kesultanan Melayu Melaka. Tahun lepas sambutan Hari Guru bertemakan "Kembar" tapi CN tak dapat join sebab cuti bersalin. Mujur tahun ini dapat join dan sudah tentu aktiviti wajib adalah memenuhkan galeri henfon dengan gambar-gambar aktiviti. Jangan menyampah noo bila tengok entry CN kali ini penuh dengan gambo-gambo 😉
Hari Guru 2017 : Tema Kesultanan Melayu Melaka
Tema Hari Guru 2017 sangat unik dengan tema Kesultanan Melayu Melaka. Ramai rakan-rakan guru yang sporting dengan mengenakan busana zaman kesultanan melayu Melaka lengkap dengan aksesori bagi guru wanita dan rambut palsu untuk guru lelaki. CN tak sempat pula ambil gambar best busana iaitu Pahlawan & Srikandi yang menang pada hari tu. Tapi memang sporting dorang ni. CN? CN cuma mengenakan baju songket bersama aksesori kain di kepala sahaja, tu pun sekejab, last-last simpang je ! Tak sempat pula mencari aksesori dokoh bagai semua tu sebab sibuk sangat di sekolah konon-kononnya..hehehe
Haruslah bergaya konfiden di tengah padang di bawah panas mentari |
CN & #GengBasSekolah bergambar bersama Pengetua & Penolong Kanan 1 yang segak bergaya dengan busana 'Sultan' |
Sempat bergambar sebelum berarak masuk ke dalam dewan |
#GengBasSekolah bergaya sakan di padang |
Kemain gelak sakan weoulss tau |
Apabila #GengBasSekolah bergaya gediks, omel kan? hehehe |
Dah macam Mak Jemah gayanya tuh |
Okay, ini gaya special dari weoulss #GengBasSekolah |
Bersama calon SPM 2017 iaitu Ezwanni yang merupakan salah seorang instafamous dari SMKTPG gituww |
CN bersama kembar iaitu Cikgu Izyan |
CN bersama bff Cikgu Syuhada |
CN bersama Kak Fifi kesayangan iaitu geng cikgu ICT |
Permainan Rakyat sempena Hari Guru 2017
Ada pelbagai permainan rakyat yang dipertandingkan sempena Hari Guru 2017 ini. Antaranya adalah batu seremban. CN pun join pertandingan ini tapi seperti biasa, pusingan awal dah kalah sebab tangan keras ! Hehehehe..
Harus bergaya ketika bermain batu seremban hokay |
CN bersama rakan-rakan guru yang join pertandingan batu seremban. Juaranya adalah Cikgu Arifah yang pakai tudung kaler kuning tu |
Hadiah Hari Guru 2017
Alhamdulillah, murah rezeki CN setiap kali hari guru ada je hadiah dari pelajar. Kali ini CN dapat paling banyak coklat dan kek. Seperti biasa, kalau melibatkan coklat dan kek coklat, automatik akan habis di perut Irfan Hensem! CN mampu tengok dan cubit sikit je coklat, selebihnya habis dekat dia dengan alasan "Irfan lapar!".
Antara hadiah Hari Guru 2017 |
Anak-anak CN kelas 3 Amanah yang paling banyak bagi hadiah, terima kasih uoullss ! |
Anak-anak CN kelas 3 Amanah |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hai, weuolss antara adik beradik afb.my yang bermata sepet iaitu Kak Linda & Cik Mijah ! Saja je nak share gambo lama ketika food review di Bangi Golf Resort ni bulan lepas. Seronok sangat bila bertemu adik beradik afb.my. Sayangnya lupa pulak nak berwelfie dengan hakak kesayangan Kak Parizan @ Suria Amanda. Next event ye.. ;)
CN bersama Mijah & kak Azlinda |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Python adalah bahasa pengaturcaraan yang akan diajar untuk matapelajaran Asas Sains Komputer (ASK) pelajar tingkatan 2 bermula tahun 2018. Jadi sebagai guru Sains Komputer (SK) merangkap bakal guru ASK untuk 2019 nanti, CN perlu persiapkan diri untuk belajar bahasa pengaturcaraan ini. Selain itu, CN wajib menyediakan satu program ringkas menggunakan python untuk melengkapkan kursus CTCT yang CN hadiri 2 minggu lepas.
Step by step using Python
Introduction to Python by Cekgu Norazimah on Scribd
Bagi mereka yang sudah biasa dengan Java, CN percaya anda akan cakap Python ini senang ! Cuma CN masih belum explore untuk memasukkan elemen grafik di dalam python ini. Kena belajar dengan Mr Google ni !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ingat lagi entry CN tentang kursus CTCS di UiTM Shah Alam? Sempena kursus 4 hari tu, setiap peserta diberi bilik penginapan di Hotel Best Western I-City Shah Alam. Memang best menginap di hotel ni. Sempat la CN bawa family menginap di hotel ni pada hari terakhir kursus sebab roomate dah balik. Kebetulan masa minggu kami menginap di sana, ada promosi Zero Deals dimana masuk PERCUMA untuk sesuatu tempat. Sempena Zero Deals ni sempat la CN masuk ke House of Horror, dating dengan adik ipar naik Giant Ferris Wheel dan bawak anak-anak serta Encik Suami naik Circus Travel.
Zero Deals di i-City Shah Alam |
Bayaran Masuk i-City Shah Alam
Ada pelbagai tarikan di I-City Shah Alam. Anda boleh ke Water World, Snowwalk, City-Walk atau pun berjalan-jalan dan mengambil gambar di City Of Digital Light.
Bayaran masuk i-City Shah Alam boleh rujuk di lamanweb rasmi < http://themepark.i-city.my/ >
Bergambar berlatarbelakang Red Carpet pun jadilah |
Antara tarikan menarik di City-Walk adalah Red Carpet. Tapi disebabkan CN bawak askar, macam tak barbaloi masuk ke sana. House of Horror pulak CN dapat masuk free sempena Zero Deals. Berdebar-debar jantung gak masuk dalam tu. Lagi-lagi masuk dengan adik ipar yang kaki mengusik. Sabo jela. Tapi best tau. Cuma kalau dibandingkan dengan Scream Park di Sunway Lagoon, memang jauh beza kot. Hehehe..
CN & Irfan Hensem bersilang kaki di hadapan pintu masuk Itsy Bitsy |
Terdapat juga tarikan menarik untuk kanak-kanak iaitu Itsy Bitsy. Ada pelbagai permainan untuk kanak-kanak di sini. Mujur kami datang pagi, tiada permainan yang beroperasi, kalau tak habislah duit mama !
CN suka di Itsy Bitsy ni sebab sangat kalerful. Dah macam Alice in the Wonderland gituw.. |
Dhia Zahra agak bermuka ketat sebab awal pagi kot jalan-jalan. Enjin masih belum panas..hehe |
Pada malam 5 May, CN berkesempatan bawak family naik Circus Travel sempena Zero Deals. Masuk PERCUMA. Best jugak naik keretapi tu pusing berapa kali entah, tak ingat tapi agak lama la. Memang terpancar muka puas hati Irfan Hensem tau. Selepas naik Circus Travel, anak bujang CN sibuk ajak masuk City Of Digital Light. Tapi sebab dah malam, suami tak bagi masuk sebab tempat tu terkenal dengan tempat 'keras'.
Gambar family di dalam City Of Digital Light, macam biasa Irfan Hensem akan spoil kan gambo..waaa |
Untuk memenuhi permintaan anak bujang CN si Irfan Hensem untuk berjalan-jalan di City of Digital Light. Selepas bersarapan di Hotel Best Western I-City Shah Alam, terus packing bag dan berphotoshoot di City of Digital Light. Best tau bergambar di sini pagi-pagi. Orang pun tak ramai, boleh buat suka hati gituw..
Jom la layan beberapa gambo kami sekeluarga bergambar di City of Digital Light di awal pagi.
Eksited pulak weolss bergambar di hadapan pintu masuk City Of Digital Light |
CN & Irfan Hensem dah habis eksited, Dhia Zahra boleh pulak buat muka seposen |
Kitorang masih lagi eksited bergambo dengan dinosour |
Okay, kali ni si bambam dah menjerit takut dengan kingkong belakang tu |
Encik Suami konon-konon tak mau bergambar tapi last-last dia yang paling hover ! |
Konon-konon belai harimau..hehe |
Hokay, aksi ini agak hover, mohon jangan viralkan ye gambo ni..heheh |
Lokasi i-City Shah Alam
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sempena Hari Ibu semalam, CN berkesempatan menghadiri event A Memorable Mother's Day with Simon Yam di IOI City Mall Putrajaya anjuran Gintell Malaysia. Memang best sebab dapat bertentang mata dengan aktor terkenal dari Hong Kong iaitu Simon Yam yang merupakan duta Gintell. Meriah sangat event Gintell ni tau dan sudah tentu perkara yang paling best adalah CN dapat mencuba pelbagai jenis kerusi urut dari Gintell. Tergoda betul dengan produk Gintell ni !
Simon Yam duta Gintell di IOI City Mall Putrajaya |
A Memorable Mother's Day with Simon Yam
Bersempena dengan Hari Ibu, pelakon terkenal Hong Kong, Simon Yam membuat penampilan khas sebagai duta Gintell di IOI Mall Puchong dan IOI City Mall Putrajaya pada 14 Mei 2017. Memang awesome tengok Simon Yam ni yang peramah dan mesra dengan peminat.
Close up Simon Yap di IOI City Mall Putrajaya, kredit photo kepada rakan blogger > Wendy Pua |
Antara aktiviti di IOI City Mall Putrajaya sempena kehadiran Simon Yam |
CN dan Encik Suami yang mencuba pelbagai jenis kerusi urut sempena A Memorable Mother's Day with Simon Yam di IOI City Mall Putrajaya |
Kerusi Urut GINTELL De' Space U.F.O
Kehadiran Simon Yam ini juga untuk memperkenalkan Kerusi Urut GINTELL De' Space U.F.O yang direka secara ergonomik dengan ciri-ciri teknologi urutan yang canggih kepada orang ramai. Ia memenuhi keperluan setiap orang dengan menawarkan urutan yang terbaik untuk melegakan keletihan dan tekanan melalui urutan yang selesa setiap hari. Dengan ini, Kerusi Urut GINTELL De' Space U.F.O adalah hadiah Hari Ibu Bapa yang paling sesuai untuk ibu bapa tersayang.
GINTELL De'Space U.F.O Massage Chair |
Encik Suami dan Dhia Zahra yang seronok manjakan diri dengan kerusi urut Gintell |
Kebahagiaan Berganda dengan Pakej Beli 1 Percuma 1 Sempena Hari Ibu Bapa
Bersempena dengan sambutan Hari Ibu Bapa bulan Mei dan Jun ini, GINTELL menawarkan Pakej Beli 1 Percuma 1 dengan harga dari RM4,988*. Kunjungi lebih daripada 100 cawangan GINTELL sekarang untuk menikmati tawaran yang hebat ini ! Tertakluk kepada terma dan syarat.
Dhia Zahra yang tak berapa sporting tapi nak juga duduk di salah satu kerusi urut Gintell |
Irfan Hensem yang berbahagia dapat duduk di kerusi urut Gintell |
Hadiah Hari Ibu dari Gintell Malaysia |
Untuk maklumat lanjut mengenai produk GINTELL, kunjungi mana-mana cawangan GINTELL di seluruh negara. Anda juga boleh hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-6332 atau layari facebook - Gintell Malaysia, WeChat - GINTELL MALAYSIA atau laman web rasmi GINTELL di www.gintell.com.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~