Bahagianya rasa cuti sekolah seminggu ni. Aktiviti CN dipenuhi bersama anak-anak, memang seronok sangat! Sebagai penutup cuti sekolah, CN bawa anak-anak ke Little Vive Green Market di The Parenthood, Sunway Pyramid. Little Vive Green Market ini cuma berlansung selama 2 hari sahaja iaitu dari 25 hingga 26 Mac yang bermula 10 pagi hingga 8 malam. Ada macam-macam di Little Vive Green Market ni tau.
Little Vive Green Market |
Pelbagai aktiviti menarik di Little Vive Green Market
Sepanjang 2 hari program Little Vive Green Market ini, ada pelbagai aktiviti menarik seperti Loo Loo Soap Workshop, Yenzi Cre-Art Story Teller, batik painting, DIY craft dan macam-macam lagi. Sudah tentu paling menarik adalah pelbagai jualan barangan organik, homemade chocolate, kek serta cookies dan macam-macam lagi. Meh tengok gambar-gambar yang sempat CN snap semasa CN di sana.
Antara vendor di Little Vive Green Market |
Pelbagai barangan dari vendor di Little Vive Green Market |
Gerai favourite CN iaitu cocoraw sebab sedap sangat coklat handmade di sini |
Vive snack yang super yummy ! Sedap sangat cocoa salted nibs tu, makan macam tu saja pun dah sedap tau. Facebook : Vive snack by Vie Verte |
CN dah cuba homemade aiskrim gula melaka, memang sedap |
Natural & organic cake |
Homemade veggie pasta dari Foodies with Love, colorful pasta yang dibuat dari ekstrak color sayur-sayuran, memang sedap ! Facebook : Foodies with Love |
Anda patut cuba chili garlic ni. Pedas dan sedap dimakan bersama nasi panas. Facebook : Daily's chiligarlic |
Homemade natural food powder dari Mommy J. Hanya masukkan powder ke dalam masakan bayi seperti bubur dan taraa, sangat sedap ! Cepat & mudah. Facebook : MommyJ Healthy Homemade |
Pelbagai barangan dari Huskslife seperti sudu, mangkuk, cawan dan macam-macam lagi
Facebook : Huskslife Malaysia
Homemade Loo Loo soap |
Antara hasil batik painting di gambar sebelah kanan. Cantik kan? |
Setelah penat bermain dan meronda di Little Vive Green Market ini, anda boleh menjamu selera di Lillipilli, The Parenthood. Sedap sangat nasi lemak ayam rendang di sini. Nasi goreng kampung pun sedap tau. Sorry ye takde gambo makanan sebab lapo sangat, tak sempat snap gambo! Hehehe
Sudah tentu tempat paling menarik di The Parenthood Sunway Pyramid ni adalah Playland. Next entry CN cerita tentang Playland ni ye.
CN, Irfan Hensem & Dhia Zahra di The Parenthood Playland |
The Parenthood, Sunway Pyramid
Walaupun program Little Vive Green Market telah berakhir, anda boleh juga bawa anak-anak ke The Parenthood, Sunway Pyramid untuk pelbagai aktiviti menarik di sana.
The Parenthood
1st Floor, Sunway Pyramid West, Sunway Pyramid
(Masuk Padini dulu untuk ke The Parenthood ni)
Produk-produk di atas juga boleh didapati di outlet Be Bold, di The Parenthood, Sunway Pyramid. Anda juga boleh membeli secara online di facebook yang telah CN nyatakan di atas.
Oh, ya. Anda boleh layari facebook Vive Green Market untuk melihat gambar-gambar menarik sepanjang program tersebut. Rugi tau tak join !
Facebook : Vive Green Market
Instagram : @vivegreenmarket
Organizer Little Vive Green Market & rakan Blogger |
#theparenthood #sunwaypyramid #vivemarket #ParentingBlogger #LifestyleBlogger
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~