Alhamdulillah rezeki awal tahun 2017. CN terpilih antara 3 pemenang bertuah penginapan 2D1N di Hotel Armada, Petaling Jaya dengan buffet breakfast & dinner bernilai RM500 anjuran 100comments.com! Tidak sia-sia CN join contest anjuran 100comments.com ni tau. Memang seronok join contest anjuran 100comments ni, hanya review produk dengan jujur dan gaya tersendiri.
Penginapan 2D1N di Hotel Armada, Petaling Jaya dengan buffet breakfast & dinner bernilai RM500 secara PERCUMA |
Setakat ni CN dah dapat produk kecantikan CNP Laboratory Invisible Peeling Booster dan Lavigato Awekening Hair Loss Prevention Shampoo dari 100comments.com untuk direview. Best sangat sebab kedua-dua produk ni beratus harganya.
Berminat untuk review pelbagai produk dari 100comments.com?
Layari facebook mereka >> 100comments.com >> untuk update terkini.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Istilah gemuk bagi perempuan !
>> Berat naik 2kg
>> Dagu berlapis
>> Perut buncit
>> Peha dan betis besar
>> Kawan lagi kurus!
Orang lelaki mesti kena tahu benda ni. Jangan duk merungut bila dengar orang perempuan duk merungut "Isy, aku dah gemuk la !" hokay.
Alamak, jerawat ! Pasti bergegar rumah dengan jeritan CN bila sang jerawat datang menyerang. Walaupun sebijik, tapi dengan besar seketul memang bikin stress ! Memang menyampah sebab jerawat ni besar dan merah. Bila picit sakit owhhhh ! Mujur CN diperkenalkan dengan 1 produk yang sangat serasi dengan CN iaitu Avera Acne Serum. Oles sikit je lepas mandi atau cuci muka. Jerawat surut dengan cepat dan 3 hari dah hilang jerawat tu. Avera Acne Serum ni memang serasi dengan kulit CN.
Apakah Avera Acne Serum?
Produk Avera Acne Serum mula dijual sejak November 2016 dan 97% daripada penjualan pertama mendapat tindak balas positif dari pengguna ! Produk ini keluaran syarikat Adleenur Beauty HQ yang terletak di Paka,Terengganu. Paling penting, telah mendapat kelulusan dari KKM (NOT161102807K
SSM : UA 0005529-M)
SSM : UA 0005529-M)
Eh, jangan tak tahu, satu botol Avera Acne Serum ini mampu bertahan 1 hingga 2 bulan dengan penggunaan 3 hingga 4 kali sehari. Jimat kan? Saiznya juga kecik dan mudah dibawa ke mana-mana. Macam CN, sumbat je Avera Acne Serum ni dalam handbag. Bila tangan gatal nak picit jerawat, terus oles tempat jerawat tu dengan benda ni. Senang betul !
"CN, ibu mengandung atau menyusukan bayi boleh guna ke Avera Acne Serum ni?
Sudah tentu boleh sebab ianya tiada bahan kimia berbahaya tau. Malah kanak-kanak yang baru baligh dan ada jerawat tu pun boleh guna ye.
Saiz Avera Acne Serum ni kompak dan boleh dibawa ke mana-mana |
"CN, ibu mengandung atau menyusukan bayi boleh guna ke Avera Acne Serum ni?
Sudah tentu boleh sebab ianya tiada bahan kimia berbahaya tau. Malah kanak-kanak yang baru baligh dan ada jerawat tu pun boleh guna ye.
Pengalaman CN setelah seminggu menggunakan Avera Acne Serum
Kebetulan abang posmen hantar parcel yang mengandungi Avera Acne Serum ni ketika CN diserang jerawat seketul di kening. Cuak beb sebab nak bukak sekolah. Imej mesti dijaga sebab pelajar-pelajar CN ni amatlah peka dengan kehadiran jerawat pada muka CN.
Apa lagi, gigihlah CN duk mengoles Avera Acne Serum ni pada tempat jerawat. Pada hari pertama CN guna, jerawat baru tu terus membesar dengan jayanya. Sekejab tau jerawat ni 'masak'. Esoknya dah boleh picit. Apa lagi, oles dan terus mengoles pada tempat jerawat tu. Alhamdulillah, jerawat surut dengan cepat dan 3 hari dah hilang jerawat tu. Memang serasi dengan kulit CN.
Testimoni penggunaan Avera Acne Serum
Selain CN yang berpuas hati dengan Avera Acne Serum, ada ramai lagi yang berpuas hati dengan produk ni.
Testimoni 1 – Jerawat surut dan parut jerawat makin pudar |
Testimoni 2 – Parut jerawat hilang tanpa tinggalkan kesan hitam.Jerawat cepat surut. |
Testimoni 3 – Serum tidak berminyak, boleh nampak perubahan selepas 3 hari penggunaan. |
Ingin mencuba Avera Acne Serum?
Hubungi :
Whatsapp : 017 924 5937 / +60 11 1091 1745
Facebook : Avera Beauty
Instagram : Acne Serum by Avera Official
Atau beli terus dari HQ.
Adleenur Beauty HQ, Paka, Terengganu.
Peluang untuk stokis/agen dibuka sekarang !!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Zaman sekolah dulu, bila duduk kat padang, tangan automatik cabut rumpur. Bila duduk dekat tapak perhimpunan, tangan automatik main batu kecil! Tapi budak zaman sekarang, bila duduk atas tapak perhimpunan, confirm kena viral ! Hehehehe
Hokayla, sesi persekolahan 2017 kini bermula. Jangan asyik nak viral sangat la ! Tak elok menjatuhkan aib sekolah, tu tempat mencari ilmu. Apa salahnya buat baik dengan cikgu-cikgu, berkat ilmu tu tau.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hah ! Inilah rupa ayah CN masa umur belasan tahun dulu. Ayah CN yang tinggi sebelah kiri tu. Hensem kan? Kalau buat gaya sekarang confirm budak-budak panggil hipster ! Hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Fuh! Dalam duk sibuk-sibuk menyiapkan fail rekod mengajar dengan Rancangan Pengajaran Tahunan subjek Geografi & Sains Komputer, sempat juga CN menyiapkan name tag buku Irfan. Simple je siap dengan gambar Irfan, kemain eksited budak tu tengok semua buku dia ada name tag ni.
Sebenarnya CN yang terlebih eksited Irfan mula sekolah tahun ni. Sekolah di mana? Nanti CN cerita dalam next entry ye 😍😍😍
DIY name tag Irfan |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Okay, stok makanan Dhia Zahra in da house lagi ! Inilah rutin CN bila cuti, buat stok makanan si kecik ni banyak-banyak. Kalau nak masak hari-hari memang bercinta tau. Jadi bila buat sekali banyak macam ni, boleh la tahan seminggu. Senang je, frozen kan. Bila nak makan defross je. Bubur nasi kali ni adalah campuran bubur nasi + daun seleri + ayam + daun sup. Memang wangi tau.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sama ada ikan atau ayam masak kicap pedas memang menjadi kegemaran anak bujang CN si Irfan Hensem. Bukan Irfan sahaja, ayah Irfan pun suka masakan jenis ni. Sebenarnya simple je masakan kicap masak pedas ni. Biasanya untuk ikan masak kicap pedas, sedap kalau guna ikan tenggiri atau tongkol. Tapi bagi CN, belasah je asal boleh makan. So CN guna je ikan kembung yang digoreng rangup tu.
Ikan Masak Kicap Pedas
Bahan-bahan membuat ikan masak kicap pedas
>> Ikan digoreng dahulu
>> 3 batang serai
>> 2 tangkai daun kari
>> 1 batang kayu manis saiz kecil
>> 2 biji bunga cengkih
>> 2 sudu gili kering yang diblender halus
>> kicap pekat
>> 1 biji bawang besar, 4 ulas bawang putih & sedikit halia diblender halus
>> 1 biji bawang besar dipotong bulat-bulat
Cara-cara membuat ikan masak kicap pedas
1. Tumis serai, daun kari, kayu manis dan cengkih.
2. Agak layu sikit daun kari tu, masukkan bawang yang diblender dan tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan cili blender dan kaca rata sehingga pecah minyak.
4. Agak-agak cili blender dah masak, masukkan ikan yang digoreng tadi dan masukkan kicap sehingga menjadi warna gelap macam dalam gambar. Biasanya CN tunggang kicap tu sampai habis suku botol!
5. Masukkan sedikit air kalau rasa kuah tu pekat sangat. Kemudian tambahkan garam sedikit.
6. Taburkan bawang besar yang dipotong bulat-bulat.
7. Ok, siap ! Sedia dimakan bersama nasi panas ! Walla !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kalau tengok gambar-gambar ni, Irfan Hensem mesti sibuk duk ajak pegi "Kampung Upin Ipin" ! Gambar ni diambil di MAHA 2016 iaitu di Kampung Durian Runtuh. Seronok sangat Irfan pergi tempat ni sampaikan asyik ajak pegi sini lagi je. Alahai la anak, bila cakap tempat ni dah tak ada dia marah-marah, sabo jela.
Irfan & Atuk di Kampung Durian Runtuh atau Kampung Upin Ipin katanya |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Musim cuti sekolah ni memang berebut orang buat majlis kenduri kahwin atau dalam bahasa jawa kondangan. Kali ini CN ingin berkongsi dengan anda gambar-gambar di kondangan sepupu Encik Suami di Kampung Endah, Banting. Memang seronok bila kondangan sedara ni, masa ni la dapat berjumpa saudara mara yang jarang jumpa.
Okay, layankan jela beberapa keping gambar yang sempat disnap oleh henfon murah CN ni. Tak larat nak type cerita panjang-panjang sebab batuk. Musim orang demam sekarang ni. Bertabahlah....
Okay, layankan jela beberapa keping gambar yang sempat disnap oleh henfon murah CN ni. Tak larat nak type cerita panjang-panjang sebab batuk. Musim orang demam sekarang ni. Bertabahlah....
Sepupu Encik Suami adalah pengantin perempuan iaitu Nurul Syuhada, cantik kan pengantin sampai Dhia Zahra berpaling tengok ;) |
Ayah pengantin iaitu adik kepada ayah mertua CN bersama Irfan Hensem & Dhia Zahra |
Lauk kenduri yang nyam nyam nyam |
Encik Suami 'melatih' anak-anak bermain gamelan, sebenarnya team gamelan ni dibawah bimbingan ayah mertua CN. Kalau berminat nak menggunakan khidmat gamelan di majlis anda, roger-roger je CN ye |
Seronok budak-budak ni dapat 'main' gamelan ....hehehehe |
Susah betul nak bergambar 4 orang, tengoklah dapat tangkap gambar dengan belakang Irfan saja ! |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Irfan hensem & Aqila Firzanah closely indeed. Tengokla, until the clothes were approximately Kaler. If you are berkepit dorang je to forget that there are brothers! Oh la children ..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Walaupun masih dalam cuti sekolah akhir tahun, minggu ni dah sibuk datang sekolah hari-hari untuk mesyuarat guru awal tahun. Seperti biasa, CN akan sediakan makanan homemade yang difrozenkan untuk baby Dhia. Alhamdulillah, sampai sekarang baby Dhia masih menyusu badan sepenuhnya dan makan makanan homemade air tangan mama tersayang.
Simple je bubur untuk baby Dhia ni, yang penting ada nasi, sayur dan ikan. HIGH PRESSURE guna periuk Noxxa, blender dan simpan untuk difrozenkan. Untuk bubur di bawah ini, CN cuma campurkan nasi bersama lobak, daun seleri dan ikan bilis. Memang wangi dan menyelerakan. Biasanya Baby Dhia akan makan 2 kali sehari. Sebekas dadih ini untuk sekali hidangan.
Simple je bubur untuk baby Dhia ni, yang penting ada nasi, sayur dan ikan. HIGH PRESSURE guna periuk Noxxa, blender dan simpan untuk difrozenkan. Untuk bubur di bawah ini, CN cuma campurkan nasi bersama lobak, daun seleri dan ikan bilis. Memang wangi dan menyelerakan. Biasanya Baby Dhia akan makan 2 kali sehari. Sebekas dadih ini untuk sekali hidangan.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Cuti sekolah ni CN memang rajin memasak. Lagi-lagi bila masak, Irfan makan sampai habis. Seronok sangat tengok! Salah satu makanan kegemaran Irfan adalah mee goreng kicap pedas. Hah! Jangan terkejut, anak jawa yang baru berumur 4 tahun tu memang makan pedas. Tapi tak boleh lah terlalu pedas, just nice untuk budak kecik macam dia. Kalau ikut CN mau tambah cili padi, tapi sebab anak nak makan, cili padi potong letak tepi jela ye.
Mee Goreng Kicap Pedas
Bahan-bahan membuat mee goreng kicap pedas
>>1 paket mee kuning (dibasuh dan ditoskan)
>>Beberapa ketul ayam yang dipotong kecil
>>1 bungkus fish ball (optional)
>>3 keping fishcat (optional)
>>Beberapa batang daun sawi
>>1 biji bawang besar & 5 ulas bawang putih (diblender)
>>2 sudu besar cili kisar
>>2 sudu besar cili sos
>>4 sudu besar kicap (sukatan bergantung kepada jenis kicap)
Cara-cara membuat mee goreng kicap pedas
>> Tumis bahan blender sehingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar dan kacau rata sehingga pecah minyak
>> Masukkan ayam, fish cat dan fish ball dan kacau rata.
>> Masukkan sos cili dan kicap serta garam secukup rasa. Tambahkan air untuk bagi mee berkuah.
>> Masukkan mee kuning dan kacau rata sehingga mee masak. CN suka masak mee lama sikit untuk menghilangkan rasa kapur dan bagi kuah meresap masuk ke dalam mee.
>> Tara ! Siap mee goreng kicap pedas.
Selamat mencuba !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Inilah anak dara CN. Walaupun suka ketawa dan ceria, bila masa bergambar suka berlagak kekwat macam supermodel. Dah macam CN syok sendiri je bila bergambar dengan Dhia Zahra ni. Yela, CN kemain tengok kamera control ayu, budak bambam ni pulak boleh takmo pandang kamera posing ala-ala instafamous tu ! Alahai la anak....
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Pernah dengar tentang jenama baru lampin pakai buang iaitu BabyLove Playpants? CN baru mencubanya pada Dhia Zahra dan serius, memang best ! Si bambam yang aktif tu memang susah bila dipakaikan lampin pakai buang yang biasa sebab sangat aktif. Pantang dibaringkan pasti terus nak merangkak. Mujur dengan BabyLove Playpants, senang sangat nak pakai. Sarung seperti seluar dah siap !
Dhia Zahra dan BabyLove Playpants |
BabyLove Playpants ini diformulasi dengan nano power plus dimana ia menyerap basahan dengan cepat. Diperbuat daripada Nano Gel Bead dan lapisan penyerapan 2 lapis menjadikan kulit si bayi sentiasa kering. Sesuai dipakai sepanjang malam tanpa perlu menukarnya. Best kan?
Lapik getahnya juga elastik dan selesa. Fit pada punggung Dhia Zahra. Malah tahan bocor pulak tu. CN suka sangat dengan tekstur pada lapik dalam BabyLove Playpants ni, ianya lembut dan nampak baby Dhia selesa dan seronok.
Terdapat lima pilihan saiz iaitu S untuk 4-8 kg, M untuk 7-12 kg, L untuk 9-14 kg, XL untuk 12-17 kg dan XXL untuk 15-25 kg.
Dhia Zahra yang berat 7 kg tu pakai saiz M. Memang fit dan cantik terletak je. Satu bungkus BabyLove Playpants ni mengandungi 20 helai dan berharga dari RM25.90.
Dapatkan BabyLove Playpants di Lazada
CN dan Lazada memang tidak dapat dipisahkan. Sampaikan beli lampin pakai buang anak pun di Lazada tau. Okay, apa kata cuba BabyLove Playpants yang boleh didapati di Lazada pada harga cuma RM25.90.
Eh, nanti dulu. Ada promosi la di Lazada. Anda boleh beli borong dengan BELI 6 PERCUMA 6 pada harga cuma RM155.40
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hujung-hujung cuti baru nak bawak anak-anak berjalan. Tu pun tak sampai 1/2 jam dari rumah ! Gold Coast Morib memang dekat je dengan rumah, tapi tak pernah pulak bermalam di sana. Kali ni CN beli voucher 2D1N stay di Studio Suite dengan private jacuzzi serta 4 tiket masuk water theme park dengan hanya RM150 ! Murah kan? Tapi disebabkan sekarang cuti sekolah, jadi CN kena tambah RM50. Hokayla, masih lagi murah siap pakej 2 orang breakfast gituww.
Irfan Hensem yang super eksited. |
Tempah bilik di Gold Coast Morib di sini
Sudah tentu bila bercuti ni, anak-anak yang paling eksited lagi-lagi Irfan. Masa tunggu nak masuk bilik tu adalah dalam 1 jam lebih kena tunggu sebab CN tak tahu check in pukul 3, kitorang sampai pukul 1 lebih. Bayangkan lamanya nak tunggu tu? Irfan asyik merengek je nak masuk dalam water theme park tu. Kalau masuk air dulu, leceh pulak nak angkat barang bagai naik ke bilik. Jadi pujuk anak bawak ke tepi laut. Mujur pukul 2 lebih dah boleh masuk bilik. Fuh!
Review Gold Coast Morib
Kalau ikut harga semasa, 1 studio suite di Gold Coast Morib berharga paling murah pun RM243 di Agoda. Jadi, dengan menggunakan voucher memang boleh jimat banyak. Meh CN cerita sikit pengalaman CN 2 hari 1 malam di Gold Coast Morib dengan Package A RM150.
Voucher Package A untuk weekday special cuma berharga RM150 sahaja |
Lobi Gold Coast Morib
: Ruang lobi yang luas dan banyak kerusi. Memang bagus sebab kalau musim cuti sekolah, memang ramai orang datang ke sini. Sementara tunggu nak beratur untuk check in, anak-anak atau orang tua boleh duduk berehat dulu. Cuma bahagian pendaftaran, ramai staff yang baru menyukarkan CN untuk bertanya macam-macam sebab dia tak tahu! Nak jumpa manager pulak susah, alahai..
Ruang bilik air, Irfan eksited tengok jakuzi besar. |
Studio Suite dengan Jakuzi
: Bilik kitorang di tingkat 4 nombor 2436. Mengadap water theme park, memang best. Masuk bilik je, memang terasa mewah. Cuma kurang bersih. Mangkuk singki kotor, Meja TV berdebu. Bawah katil jangan cakap la, memang berdebu. Dah la Dhia Zahra tu jenis explore semua tempat, jadi CN perasan la tahap kedebuannya. Untuk International Resort seperti Gold Coast Morib ni memang tak patut tahap kebersihan macam tu. Mangkuk singki tu la paling mengecewakan. Geli tau sebab dorang tak sediakan gelas untuk letak berus gigi semua, jadi kena letak macam tu je sebelah mangkuk singki.
Mujur ada jakuzinya yang memang best. Serius antara mandi di water theme park dengan jakuzi, CN pilih jakuzi paling best. Pertama, sebab air di water theme park agak kotor sedangkan jakuzi direct dari paip, air panas gituww. Kedua, perkataan 'private jacuzzi'. Dalam bilik tak payah share dengan orang. Fuh, heaven !
Baby Dhia landing dulu kasi rasmi itu katil |
Okay, selain tu ada juga mini fridge, hair dryer, security locker (tak boleh guna sebab bateri habis), TV serta katil king yang super selesa. Siap ada tiang lagi katil ni, kalau ada langsir mesti lagi klasik gituw.
Tertidur keletihan setelah penat main air |
Ruang balkoni pulak luas dan disediakan 2 kerusi serta meja kecil. Cuma bilik kitorang tak ada pulak tempat menyangkut baju macam sesetengah bilik. Dah hilang kot..hehe
CN dan Encik Suami snap by Irfan Hensem di ruang balkoni Gold Coast Morib |
Pemandangan dari balkoni water theme park Kiri : Ketika awal pagi Petang : Ketika hampir magrib |
Ini je yang sempat CN snap gambar mandi Irfan dari balkoni bilik |
Bersarapan di Gold Coast Morib
Dalam package CN beli termasuk dengan bersarapan untuk 2 orang. Kalau nak add on kena bayar RM21. Disebakan Encik Suami memang tak suka bersarapan di hotel, jadi CN bersarapan berdua dengan Irfan seawal pukul 7.30 pagi. Ni nak cerita, baru pukul 7.30 pagi cafe dah penuh tau. Itulah penangan cuti sekolah! Mujur pihak Gold Coast Morib sediakan tempat lain untuk bersarapan iaitu di dewan serba guna tepi laut. Dewan ni CN syak untuk buat majlis macam kenduri kahwin ke, event ke sebab ada air cond lagi tau. Cuma meja bulat besar-besar 10 kerusi. Bayangkan CN cuma makan bedua dengan Irfan dekat meja besar macam tu. Hehehe..
Untuk menu utama adalah nasi lemak, serius memang kureng dengan tekak CN. Sambal nasi lemak macam sambal dalam tin jenama Adabi je. Tapi hidangan lain memang best. CN suka muffinnya yang lembut. Puding roti memang kena dengan tekak CN. Sedap sangat ! Siap ada dim sum yang dihidang panas-panas tau. Sedap !
Irfan pulak bila nampak honeystar, dah tak pandang lain ! Sorry ye tak sempat ambil gambar menu lain sebab sibuk duk jaga anak bujang ni yang biasa bila bangun pagi, nak kencing la, nak berak la, spoil betul mood bersarapan! Hehehe..
Irfan muka selenga tak mandi lagi terus turun breakfast..hehe |
Adakah CN akan datang lagi ke Gold Coast Morib?
Kalau dengan menggunakan voucher Package A yang berharga cuma RM150, sudah tentu CN akan kesini lagi. Berbaloi-baloi untuk percutian bersama keluarga kecil. Oh ya, untuk dinner anda boleh cari pelbagai jenis kedai seafood area Kancong Darat. Kalau malas, boleh je dinner di Pantai Morib atau CN dan Encik Suami memilih dinner di kedai seafood di Kampung Tali Air. Sedap dan murah gituw. Lupa nama kedai, tapi kena masuk dalam sikit dekat dengan Homestay yang bentuk unik tu.
Tempah bilik di Gold Coast Morib di sini
Lokasi Gold Coast Morib
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Nasihat dari kubur untuk kita semua :
>> Saya adalah tempat paling gelap maka terangilah saya dengan tahajjud
>> Saya adalah tempat paling sempit maka luaskanlah saya dengan silaturahim
>> Saya adalah tempat paling sepi maka ramaikanlah dengan membaca al-quran
>> Saya tempat binatang yang menjijikkan maka racunilah dengan amal sedekah
>> Saya tempat munkar & nankir bertanya maka persiapkanlah jawapanmy dengan perbanyak mengucapkan kalimah Laailalaillallah
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Cikgu, please cikgu, satu markah je lagi nak dapat 'A' ni, cikgu...
Hehehe..inilah situasi yang selalu dialami oleh cikgu-cikgu ketika menyemak markah test atau exam. CONFIRM akan ada beberapa orang pelajar yang datang menyendeng mintak markah kesian. Alahai..kalau tak mintak pun setakat 1 markah tu biasanya cikgu bagi diam-diam je. Kesian....
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~