Angullia Beach Resort Marang
Terletak di Marang, Terengganu dan berhadapan dengan Pulau Kapas. Resort yang selesa dan sesuai untuk aktiviti family day. Yang paling penting, mempunyai pantai yang landai dan bersih sesuai untuk si kecil mandi sepenuh hati pagi dan petang bersama mama kerana si ayah sibuk mencari rezeki mencandat sotong !
Cuti kali ni CN berkesempatan mengikut Encik Suami bersama geng pasar malam berkonvoi ke Terengganu ! Sebelum ni Encik Suami n the geng pernah konvoi ke Terengganu untuk mencandat sotong, tapi CN tak dapat join sebab dorang buat masa hari kerja. Dah la dekat skolah lama susah nk apply cuti, tak dapat la CN join. Tapi kali ni CN dah paksa Encik Suami plan masa hari cuti, kalau dorang buat hari kerja gak, memang Encik Suami DILARANG PERGI ! huhu.. Ok, berbalik kepada Angullia Beach Resort yang best tu. Serius CN memang berpuas hati dengan facilities di sini.
Masuk jer ke Angullia Beach Resort, anda akan disajikan dengan lanskap yang cantik. Cuma jalan agak kecil menyukarkan kereta gemok2 untuk lalu di situ. CN sampai ke Angullia Beach Resort pada petang ahad. Terus check in ke bilik sementara sebab kami datang awal dari geng2 lain. Bilik yang ditempah awal hanya boleh check in pada keesokan harinya. Its ok, asalkan ada bilik untuk tidur. So nombor bilik adalah 16 (rujuk peta dibawah) berharga RM100 semalam. Ada beranda dan berhadapan dengan taman dan playground. Serius tak jejak kaki ke playground sebab mandi pantai lagi best ! Hehehe. Esoknya, check in ke bilik sebenar kami iaitu nombor 29 berharga RM160 semalam. Bilik ni lagi luas dan ada 2 katil beso. Malam Encik Suami pergi mencandat sotong, CN dan Irfan tidur sorang 1 katil !
[ Bilik Nombor 16 ]
Irfan landing di katil sambil melentokkan kepala tanda comel
Beranda depan bilik bertangga tinggi menyukarkan Irfan untuk berlari gembira. Pokok kelapa depan bilik pun agak menggerunkan untuk parking kereta. Pastikan tiada buah kelapa yang tua jika anda memarking kereta dihadapan bilik.
[ Bilik Nombor 29 ]
Berjiran dengan 29A iaitu bilik bff Encik Suami.
Setakat ni CN tak pernah pegi hotel atau resort yang provide hanger dengan banyak. Inilah keistimewaan Angullia Beach Resort
Berbaloi dua malam di bilk beso ni. Memang selesa !
Beranda yang selesa untuk si kecil bermain-main. Kat beranda ni gak la tempat kitorang menjamu selera sambil menikmati pemandangan laut disapa angin pantai yang sepoi2.
Irfan berdiri gagah sambil perut buncit ke hadapan ! Hehehe
Pantai yang cantik berhadapan dengan Pulau Kapas.
Haruslah bergambo..huhu
Kami di Angullia Beach Resort!
Mama2 bersama anak2 yang aktif, cergas & cerdas ! Huhuhu
Encik Suami, Irfan, Abang Ami (bff Encik Suami) & Adam. Irfan & Adam sebaya, tapi Adam tinggi ikut papa dia. Irfan 'comel' ikut ayahnya ! Hehehe