Ubat gigi Halagel keluaran HPA, 100% bumiputera Islam. Boleh didapati di pasaraya2 besar seluruh negara dan juga kedai2 Bumiputera seperti Az-zain, SRM dan lain-lain. Marilah bertukar ke Ubat gigi Halagel !
JOM SOKONG PRODUK TEMPATAN
~ Segmen JOM SOKONG PRODUK TEMPATAN dari Cikgu Norazimah ~
~ Segmen JOM SOKONG PRODUK TEMPATAN dari Cikgu Norazimah ~
Umur bukan penghalang ;)
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Mana satu dulu : Sarapan atau olahraga? Persoalan ini sering timbul kerana ada yang berpendapat bahawa mesti bersarapan dulu sebelum olahraga untuk mendapatkan tenaga dan ada juga yang berpendapan berolahraga dulu baru bersarapan supaya perut tidak terganggu semasa proses olahraga.Apakah turutan yang betul sebenar-benarnya?
Menurut kajian yang dilakukan oleh Universiti Glasgow, UK, olahraga sebelum bersarapan sebenarnya berupaya membantu seseorang yang sedang dalam usaha menurunkan berat badan. Para penyelidik menyatakan bahawa berolahraga sebelum bersarapan bukan sahaja dapat membantu tubuh lebih cepat membakar kalori namun aktiviti tersebut juga boleh menurukan risiko pengumpulan lemak di pembuluh darah.
Dr. Jason Gill, salah seorang daripada kumpulan penyelidik tersebut mengatakan bahawa olahraga sememangnya bagus. Tetapi adalah lebih bagus sekiranya ia dilakukan sebelum bersarapan. Ini kerana tubuh akan bergantung kepada penghasilan tenaga dari lemak yang tersimpan di dalam tubuh dari makan sebelumnya.
Jadi, terjawab sudah persoalan di atas. Berolahlaga dahulu diikuti dengan bersarapan. Tapi tak perlulah bersarapan dengan makanan yang tinggi kalori, tak berbaloi lak berpeluh-peluh masa berolahraga tadi. Hehehe
~Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~