Sambutan Hari Guru 2014 peringkat SMKTPG : Alhamdulillah, akhirnya boleh juga CN buat entry tentang sambutan hari guru 2014 di sekolah baru CN. Kali pertama menyambut Hari Guru di SMKTPG, agak meriah sebab sekolah dua sesi digabung menjadi 1 sesi. Yang paling best, takyah mengajar masa hari guru ! Almaklumlah, tahun lepas di St. Mary dapat surat dari PPD yang mengarahkan supaya pihak sekolah tidak dibenarkan untuk membuat sambutan Hari Guru seharian, mesti ada p&p sampai waktu rehat ! Dasyat kan? Tapi kat SMKTPG ni, kita enjoy !! No more p&p ok ! Hehehe
Walaupun masih dianggap guru 'baru' di SMKTPG, alhamdulillah, rezeki sambutan Hari Guru masih meriah. Walaupun hadiah tak semeriah di sekolah lama dalam entry Saya Sayang St. Marian, CN bersyukur sangat2 sebab tak pernah lak dapat dress maxi masa Hari Guru. Inilah kali pertama dapat dari bebudak kecoh kelas 3A yang suka benor mengusik CN dalam kelas. Tahun ni pun, sempena Hari Guru, CN dapat 2 shawls & 1 tudung bawal ! Best ! Bertambahla koleksi CN..hehe