Bantuan Khas Madani RM200 untuk Pengguna Diesel | Adakah anda pengguna kenderaan yang menggunakan minyak diesel? Daftar sekarang Budi Madani untuk mendapatkan subsidi RM200 untuk kenderaan individu.
Budi Madani: Bantuan Khas Madani RM200 untuk Pengguna Diesel |
Apakah Budi Madani?
BUDI MADANI ialah wadah Kerajaan MADANI memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak. Belanjawan 2024 yang diumumkan, komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.
Bagi memastikan kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara, BUDI MADANI diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada yang memerlukan. Kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup.
Terdapat tiga kategori untuk bantuan Budi Madani
1. MySubsidi Diesel
2. BUDI Agri-Komuniti
3. BUDI Individu