Apabila cuti sekolah, pasti ramai ibubapa duk runsing fikir nak bawak anak pergi bercuti ke mana. Dan apabila pergi bercuti jauh-jauh pasti memerlukan bajet yang banyak bukan? Disini CN ingin berkongsi 5 tempat menarik yang tidak jauh dari KL yang menjimatkan. Tempat percutian menarik ini bukan sahaja dekat malah tidak memerlukan bajet yang besar.
Tempat menarik yang tidak jauh dari KL
1. Taman Botani Shah Alam
Taman Botani Shah Alam |
Tempat wajib datang bila cuti sekolah hujung tahun kerana bulan 12 ada musim salji tau. Bayaran masuk cuma RM3 sahaja dan untuk Rumah 4 Empat Musim ketika musim salji pula perlu bayar RM5 sahaja. Tempat percutian menarik yang wajib bawak anak-anak ke sini kerana terdapat zoo mini dan pelbagai jenis tumbuhan untuk pembelajaran anak-anak. Berpeluh-peluh Irfan berjalan-jalan di sini tau. Tapi bila ditanya best ke tak, dengan senyuman lebar Irfan cakap best !
2. Pantai Bagan Lalang
Pantai Bagan Lalang |
CN sememangnya suka sangat dengan pantai. Tenang je hati tengok ombak. Kebetulan anak bujang CN pun suka sangat dengan pantai. Jadi Pantai Bagan Lalang ini adalah antara tempat menarik yang wajib datang bukan sahaja ketika cuti sekolah, tapi juga di hujung minggu kerana tidak jauh dari rumah.
3. Pantai Morib
Pantai Morib |
Pantai Morib pun sama. Tempat wajib bawak anak-anak dihujung minggu kerana disini bukan sahaja ada pantai, malah ada pelbagai permainan seperti giant buble. Kedai makan di Pantai Morib juga menawarkan pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap tau.
4. Colmar Tropicale Bukit Tinggi
Colmar Tropicale Bukit Tinggi |
Bukit Tinggi yang terletak di Bentong, Pahang ini tidak jauh dari KL. Terletak di kawasan bukit, Colmar Tropicale Bukit Tinggi ini menawarkan pemandangan yang indah dan cantik untuk sesi photoshoot. Selain 'bandar Perancis mini', di sini juga terdapat Taman Mini Jepun tau. Bak kata Encik Suami, dah macam Naruto boleh pergi Perancis, lepastu pegi Jepun lepastu balik Malaysia daa..hehe
5. Lost World of Tambun
Lost World of Tambun |
CN ke Lost World of Tambun pada tahun 2014 ketika mengikut rombongan kelas 3KRK1. Memang best sangat taman tema ni. Tapi disebabkan bawak si Irfan yang suka buat perangai bila ngantuk, CN tak dapat explore sepenuhnya tempat ni. Paling rugi tak sempat merasa mandi air kolam panas tau. Its ok, akan direpeat ke sini lagi. Tak kira !
Selain 5 tempat percutian menarik di atas, terdapat banyak lagi tempat menarik yang tidak jauh dari KL tau.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~