Ketika awal kehamilan, seeloknya dielak dari memakan 12 jenis makanan di bawah ini. Bukan sahaja ketika awal kehamilan, makanan ini juga perlu dielak ketika berpantang tau. Air tebu tu, dari preggy duk teringin nak minum. Orang cakap kena pantang minum air tebu dan kelapa ni sampai setahun, alahai...
Makanan Perlu Dielak Ketika Hamil
12 Makanan Perlu Dielak Ketika Hamil |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Jika ditanya, kebanyakan ibu yang mengandung pasti mahukan kelahiran yang normal. Walau bagaimanapun, ada keadaan yang menyebabkan kelahiran normal tidak dapat dilakukan. Contoh adalah kedudukan baby yang songsang. Bila berlaku keadaan ini, kelahiran normal tidak dapat dijalankan dan pilihan yang ada adalah czer. Ada juga keadaan di mana bayi yang dikesan songsang boleh kembali ke posisi normal jika melakukan perkara di bawah ini. Apa-apapun, kita hanya mampu berusaha, selebihnya Allah SWT yang menentukan.
Kawan CN sendiri berjaya mengelakkan kelahiran songsang ini dengan berurut. Tapi ia berisiko jika berurut pada orang yang tidak mahir. Mak saudara Encik Suami adalah tukang urut, setakat ini ramai yang berjaya tau.
Ok, dibawah ini adalah 9 cara hindari kelahiran songsang selain berurut yang boleh dicuba.
9 Cara Hindari Kelahiran Songsang |
9 Cara Hindari Kelahiran Songsang |
9 Cara Hindari Kelahiran Songsang |
9 Cara Hindari Kelahiran Songsang |
9 Cara Hindari Kelahiran Songsang |
9 Cara Hindari Kelahiran Songsang |
9 Cara Hindari Kelahiran Songsang |
9 Cara Hindari Kelahiran Songsang |
9 Cara Hindari Kelahiran Songsang |
9 Cara Hindari Kelahiran Songsang |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Aktivti Bayi Di Dalam Kandungan
Momen indah kepada seorang wanita apabila dapat mengandung. Walaupun penuh cabaran ketika hamil, tetapi sangat indah untuk dikenang. Segala kesakitan dan kesulitan ketika hamil dan proses bersalin hilang serta merta apabila bayi yang dikandung itu diletak di atas dada sejurus selepas bersalin.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Meroyan atau kemurungan posnatum
Meroyan atau kemurungan posnatum ialah masalah yang biasa dialami oleh ibu selepas bersalin. Ini disebabkan oleh perubahan hormon secara mendadak dalam badan. Walau bagaimanapun, dengan bantuan yang sesuai, masalah meroyan ini dapat diatasi. Apa yang penting, ketahui jenis-jenis meroyan itu dan sokongan keluarga merupakan ubat mujarab untuk atasi meroyan ini.
Jenis-jenis meroyan atau kemurungan posnatum |
Apakah tanda bahawa anda menghidapi meroyan atau kemurungan posnatum?
Tanda dan simptom adalah berbeza bagi setiap ibu, tetapi kebanyakan akan merasa :
- muram
- sering menangis
- sunyi
- gelisah
- perasaan putus asa
- bersalah
- amat letih
Kebanyakan wanita selepas bersalin merasakan satu atau lebih dari perasaan ini pada masa tertentu. CN juga ada merasakan beberapa perasaan di atas ketika ditinggalkan berdua bersama baby tanpa orang lain disisi. Disebabkan itu orang tua sering berpesan supaya jangan biarkan wanita selepas bersalin tinggal bersendirian ! Walau bagaimanapun, jika perasaan di atas tidak reda-reda walaupun masa terus berlalu, anda mungkin menghidap meroyan atau kemurungan posnatum.
Jenis-jenis meroyan atau kemurungan posnatum
Jenis-jenis meroyan atau kemurungan posnatum |
Jenis-jenis meroyan atau kemurungan posnatum |
Jenis-jenis meroyan atau kemurungan posnatum |
Jenis-jenis meroyan atau kemurungan posnatum |
Jenis-jenis meroyan atau kemurungan posnatum |
Jenis-jenis meroyan atau kemurungan posnatum |
Jenis-jenis meroyan atau kemurungan posnatum |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
37 Minggu Kehamilan
Menantikan saat-saat untuk bersalin memang amat mendebarkan. Walaupun ini pengalaman kali kedua CN, tapi disebabkan gap yang lama antara Irfan dan adiknya ini menjadikan pengalaman untuk bersalin kali kedua ini macam pengalaman pertama kali pulak. Serius memang CN lupa macam mana rasa sakit bersalin tu, tapi yang pasti memang sakit !
Sejak minggu lepas, tanda-tanda hendak bersalin itu sudah ada seperti kerap cirit-birit dan sakit perut. Tapi selagi belum mengalami kontraksi yang teratur dan turun tanda seperti air atau darah, memang CN tidak akan serah diri ke hospital. Lebih baik rehatkan dan tenang diri di rumah. Sekurang-kurangnya ada Encik Suami menemani. Disaat hendak bersalin inilah pentingnya kehadiran suami disisi tau.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Doa Untuk Mendapatkan Anak
Kita manusia hanya mampu berusaha, Allah SWT yang menentukan segalanya. Apa salahnya jika kita mencuba doa untuk mendapatkan anak ini dan jadikan sebagai amalan wajib setiap hari sebagai salah satu usaha untuk mendapatkan anak.
Sememangnya pengalaman hamil itu adalah sangat indah...
Doa untuk mendapatkan anak
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Gejala preeclampsia
Preeclampsia adalah suatu gangguan yang muncul ketika usia kehamilan lebih dari 20 minggu. Preeclampsia adalah suatu keadaan di mana tekanan darah meningkat ketika kehamilan.
2 jenis preeclampsia dan gejala-gejalanya
Preeclampsia ringan
: Tekanan darah yang tinggi
: Tubuh menahan air
: Protein terdapat dalam air kencing
Preeclampsia berat
: Sakit kepala
: Pandangan kabur, tidak dapat melihat cahaya yang terang
: Kelelahan
: Mual/muntah
: Buang air kecil yang sedikit
: Sakit di perut bahagian kanan atas
: Nafas pendek dan mudah cedera
Golongan berisiko mengalami preeclampsia
Berikut adalah senarai ibu hamil yang berisiko tinggi mengalami preeclampsia
: Pertama kali hamil
: Ibu hamil yang ibunya atau saudara perempuannya pernah mengalami preeclampsia
: Ibu hamil dengan kehamilan kembar
: Ibu hamil pada usia remaja dan ibu hamil berusia lebih dari 40 tahun
: Ibu hamil yang sebelum kehamilannya menghidapi penyakit darah tinggi atau penyakit ginjal
Cara rawatan preeclampsia
Rawatan preeclampsia bergantung kepada tempoh kehamilan pesakit. Jika tarikh sudah cukup hampir dan bayi dianggap cukup matang, doktor mungkin akan menyarankan untuk melahirkan bayi seberapa segera yang mungkin.
Tetapi jika mengidap preeclampsia sederhana dan bayi masih belum berkembang secara penuh, doktor akan mencadangkan beberapa cara seperti di bawah :
: Beristirehat atau berbaring secara mengiring pada sisi kiri tubuh agar janin tidak menindih salur darah
: Sering melakukan pemeriksaan sebelum kelahiran
: Mengurangkan pengambilan garam dalam makanan
: Minum 8 gelas air setiap hari
Tetapi jika mengidap preeclampsia yang berat pula, doktor akan merawat dengan memberikan ubat-ubat untuk mengawal tekanan darah sehingga perkembangan bayi sudah cukup untuk dilahirkan dengan selamat.
Sumber : Buku Panduan Lengkap Kehamilan terbitan Telaga Biru
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Tanda-tanda hendak bersalin
Dengan mengenali tanda-tanda hendak bersalin, anda akan mengetahui waktu yang tepat untuk ke hospital. Pengalaman CN masa hendak bersalinkan Irfan dulu, almaklumlah anak pertama, bila rasa sakit kontraksi yang memang menyakitkan terus diajak Encik Suami ke hospital. Bila check bukaan baru 2cm. Dah kena balik rumah 'melayan' sakit kontraksi yang kejab-kejab datang atau lebih dikenali sebagai braxton hicks.
Apakah 3 tanda hendak bersalin yang perlu ibu hamil tahu?
1. Kontraksi yang teratur
: Kontraksi yang dirasai pada kali ini tidak seperti kontraksi braxton hicks dimana ia timbul secara teratur. Pada permulaannya, kontraksi hanya sebentar dan lama kelamaan menjadi bertambah lama dan kuat serta selang masa adalah singkat. Ketika kontraksi sudah teratur, mulalah kira waktunya. Kelahiran akan terjadi apabila kontraksi menjadi semakin dekat iaitu 40 saat antara satu sama lain.
2. Lendir bercampur darah
: Pengeluaran lendir bercampur darah terjadi disebabkan oleh sumbatan yang tebal pada mulut rahim terlepas sehingga menyebabkan terkeluarnya lendir yang berwarna kemerah-merahan kerana bercampur dengan darah. Pengalaman CN sendiri, lendir bercampur darah ini telah keluar sehari sebelum bersalin.
3. Air ketuban pecah
: Kantung ketuban yang mengelilingi bayi pecah sehingga menyebabkan air ketuban terkeluar. CN pula ketuban dipecahkan ketika di dalam labour room. Untuk pengetahun anda, air ketuban ini berbentuk bersih, jernih dan tidak berbau.
Sudah mempunyai salah satu tanda hendak bersalin ini?
Apa tunggu lagi, cepatlah menyerah diri di hospital ye. Tapi sebelum itu, pastikan anda makan terlebih dahulu kerana proses bersalin adalah memenatkan dan memerlukan tenaga yang banyak. Untuk anak kedua ini harap-harap CN lebih bertenang dan dapat makan sebelum bersalin kerana ketika Irfan dulu, CN langsung tak boleh makan disebabkan mual dan loya. Akibatnya memang semput dan tidak bermaya la semasa proses bersalin. Syukur alhamdulillah, walaupun tenaga tidak berapa kuat, mental yang kuat membolehkan CN bersalin secara normal.
p/s: Serius CN memang lupa rasa sakit bersalin tu macam mana. Cuak pula menunggu kelahiran kali kedua ini.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Batuk Ketika Hamil
Pejam celik pejam celik, sudah 32 usia kandungan CN ini. Mengandung kali kedua ini sememangnya amat berbeza dengan yang pertama dulu. Paling seksa adalah CN mengalami batuk berterusan sehingga sebulan lebih pada usia kandungan masuk trimester ketiga. Bayangkan bagaimana sukarnya untuk CN mengajar pelajar ketika batuk menyerang. Perut yang membesar menyebabkan CN menjadi semput bila batuk.
Paling menakutkan bila refer ke Hospital Banting, boleh pulak suspect tibi kerana batuk berterusan tanpa demam. Seminggu CN berulang-alik ke Hospital Banting untuk hantar sample kahak. Ujian darah pula hampir sama dengan pesakit tibi tetapi tidak boleh dipastikan kerana CN mengandung.
Alhamdulillah, setelah diberikan antibiotik, perubahan positif berlaku dimana batuk CN semakin berkurang dan sakit pada dada akibat batuk juga agak berkurang. Cuma CN perlu kembali ke Hospital Banting pada minggu depan untuk mengetahui hasil ujian kahak dan ujian tibi dengan inject 'sesuatu' pada lengan kiri.
Sememangnya bahaya jika mengalami batuk yang teruk di trimester ketiga ini. Akibat batuk yang teruk ini boleh menyebabkan kelahiran bayi pramatang kerana tekanan yang kuat pada perut.
Doakanlah ujian kahak CN nanti negatif tibi ye.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Scan Ultrasound 3D4D
Sememangnya sebagai ibu yang hamil, pasti berasa teruja untuk melihat keadaan bayi yang dikandung. Lebih-lebih lagi bila dapat melihat bayi tersebut dengan lebih jelas melalui scan ultrasound 3D iaitu gambar berwarna oren dan 4D melalui video 3 dimensi. Jika anak pertama dulu CN tidak berkesempatan untuk scan 3D-4D ini, tapi untuk anak kedua CN tidak melepaskan peluang untuk scan 3D-4D ini kerana perasaan teruja itu dikongsi bersama Irfan Hensem.
Semasa proses scan ultrasound 3D4D tersebut, Irfan memang teruja bila paparan di skrin yang pada mulanya berwarna hitam putih iaitu 2D bertukar menjadi 3D. Memang jelas muka adik Irfan, cuma masa scan tersebut, usia kandungan CN telah 31 minggu, jadi muka si kecil terlindung dengan uri.
Ok, meh CN belanja 2 gambar adik Irfan iaitu gambar atas dengan muka yang masam dan gambar bawah dengan muka yang senyum. Sepanjang proses scan ultrasound tersebut, si kecil ini memang tidur jer. Bila dikejut oleh sonographer, Pn Suraya, dia cuma menguap dan kembali tidur ! Memang sebijik abang dia si Irfan Hensem tu. Susah betul dikejut kalau tengah tidur. Mujur jantina si kecil boleh nampak, tapi rahsia....CN takmo beritahu ! Hehehe. Tapi serius servis scan 4D di sini memang terbaik.
Dimanakah 3D4D scan ultrasound terbaik di Lembah Klang?
Bagi pendapat CN, tempat 3D4D scan ultrasound terbaik di Lembah Klang adalah My Sonoworld. Servis yang diberi memang superb. Sonographer yang berpengalaman seperti Pn. Suraya memang sabar melayan keletah si kecil supaya dapat memberi posing yang menarik dalam gambar yang akan diprint kepada customer. Terdapat pelbagai pakej scan yang ditawarkan dan sudah semestinya CN mengambil pakej Detail Scan + Scan 3D4D yang merangkumi pemeriksaan imbasan bunyi secara terperinci dan scan 3D4D serta CD dan gambar. Masa scan juga melebihi 30 minit dimana sonographer akan cuba mencari posisi terbaik untuk mendapatkan capture yang menarik untuk customer.
Memang best ! Sayangnya sepanjang 30 minit tersebut, si kecil CN langsung takmo bangun dari tidur. Bila digerak-gerak, cuma menguap dan tiba-tiba, "Eh, dia senyum!" Serentak CN, Encik Suami dan Pn. Suraya menjerit eksited. Dapatlah juga capture moment si kecil ketika senyum.
Untuk ibu hamil yang ingin membuat scan ultrasound 3D4D, CN cadangkan anda cuba My Sonoworld ini. Service yang diberi memang tiptop !
Hubungi :
Sonoworld Centre
BG 14, Residensi Bistaria Apartment
Ukay Bestari, Ulu Klang,
68000 Ampang, Selangor
Telefon : 03 - 4162 2754
Hp : 010 - 2256 224
Website : http://mysonoworld.com/
Email : sonoworldmalaysia@gmail.com
Facebook : 3D/4D Sonoworld
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
29 Minggu Kehamilan
Alhamdulillah, pejam celik pejam celik sudah masuk minggu ke 29 kehamilan kedua CN. Kehamilan kali ini amat mencabar kerana berat CN naik banyak berbanding yang pertama dulu. Jalan sikit pun dah mengah dan kaki senang cramp. Inilah dugaan mengandung. Setiap anak lain cara kehamilannya.
Jika Irfan dulu, CN preggy 9 bulan pun boleh shopping di Sogo berjam-jam. Kehamilan kali ini baru shoping 30 minit di GM Klang sudah penat ! Tanda penuaan kot...hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
26 Minggu Kehamilan
Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah masuk minggu ke-26 kehamilan. Dah makin besar perut tapi baju preggy tak beli lagi ! Hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hb Rendah Ketika Kehamilan
Hb rendah ataupun kekurangan sel darah merah sering dialami oleh wanita hamil dan amat bahaya jika dibiarkan berterusan. Mengikut World Health Organization (WHO), Hb rendah iaitu di bawah paras 11 g/dL dikategorikan kepada 3 peringkat.
Peringkat Hb Rendah
Ringan : Hb 9 - 11 g/dL
Sederhana : Hb 7 - 9 g/dL
Teruk : Hb kurang daripada 7 g/dL
Faktor Hb Rendah
1. Ibu yang hamil lagi dalam tempoh yang singkat
2. Hamil anak kembar
3. Mengalami muntah terlalu kerap dan alahan mengandung yang teruk
4. Ibu yang tidak atau kurang mengambil makanan yang kaya dengan zat besi
5. Ibu mengalami haid dalam kuantiti yang banyak sebelum hamil dan ini menyebabkan zat besi dalam badan berkurangan semasa hamil
6. Ibu yang hamil pada usia remaja
7. Ibu mempunyai sejarah anemia
8. Ibu yang mengambil alkohol ketika hamil
Faktor utama CN mengalami Hb rendah semasa check up bulan lepas iaitu 10.8 adalah kerana faktor nombor 4. CN kurang mengambil makanan yang kaya dengan zat besi. Apakah makanan yang kaya dengan zat besi ini? Next entry CN akan berkongsi pula dengan anda cara mengatasi Hb rendah ini. Tunggu ye...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Berpantang Selepas Bersalin Versi Tradisional & Moden
Seiring dengan peredaran zaman, cara berpantang selepas bersalin juga mengalami evolusi. Banyak pantang larang nenek moyang kita diketepikan dan dimodenkan. Tidak salah mengikut peredaran zaman, tetapi cara tradisional ada juga yang sangat bermanfaat dan mesti diamalkan sekarang.
Seperti pengalaman CN ketika berpantang masa Irfan dulu, CN gabungkan cara tradisional dan moden kerana terdapat beberapa kaedah tradisional yang tidak sesuai dengan CN. Mujur arwah mak mertua yang menjaga CN ketika itu sangat memahami dan supportive. Tempoh berpantang tidak 'menakutkan' seperti yang sering diuar-uarkan.
Jom kita lihat perbezaan berpantang selepas bersalin dulu & kini.
1. Tradisional : Bersama suami selepas 100 hari
Moden : Bersama suami selepas 30 hari
[ Ini penting ye, 100 hari je dear. Relax la. Ini untuk memastikan supaya sistem kewanitaan kita betul-betul telah sembuh dan sedia untuk bekerja ! ]
2. Tradisional : Berehat secukupnya
Moden : Sibuk dengan media sosial
[ Ini memang CN ikut cara moden sebab sudah terbiasa dengan media sosial. Almaklumlah, kononnya CN ni kan media social influncer. Itulah cara CN nak dapat duit lebih...hehe ]
3. Tradisional : Keluar rumah selepas 40 hari
3. Tradisional : Keluar rumah selepas 40 hari
Moden : Keluar rumah selepas 2 minggu
[ Cara tradisional 40 hari kerana bayi terlalu kecil untuk berdepan dengan orang ramai yang mempunyai pelbagai jenis penyakit. Biarlah si kecil di rumah je. Pengalaman CN sendiri walaupun Irfan di rumah sahaja, itu pun terkena batuk sampai menjadi pneumonia dan terpaksa 'bercuti' di hospital 14 hari dalam tempoh berpantang ]
4. Tradisional : Menyusukan bayi
Moden : Memberi susu formula
[ Sememangnya tidak dinafikan bahawa susu ibu itu adalah rezeki masing-masing. Bukan semua orang mampu menyusukan anaknya. Tapi sayang seribu kali sayang jika anda diberi rezeki susu yang banyak, tetapi 'malas' untuk diberikan kepada si kecil atas faktor sibuk dan takut perubahan fizikal badan. Hello ! CN mampu maintain selim selepas bersalin sampai Irfan umur 2 tahun sebab full breastfeed. Kalori terbakar dengan banyak bila anda menyusukan bayi anda. Tak perlu workout tau.. ]
5. Tradisional : Bengkung herba
Moden : Bengkung moden
[ CN pilih bengkung herba kerana lebih panjang dan kain tahan lasak. Lagi pun masa memakai bengkung herba ini, boleh bermanja dengan Encik Suami minta dia pakaikan. Yela, orang lelaki bila pakaikan memang best sebab ikatan lagi kuat..haip ! 100 hari jangan lupa ye...hehe ]
6. Tradisional : Minum air akar kayu/jamu
Moden : Minum kolagen
[ Ok, ini CN mengalah. Memang CN pilih minum kolagen yang lagi sedap dan mudah. Air jamu CN cuma minum air pegaga+kunyit hidup masa hujung berpantang je. Air akar kayu langsung tak sentuh sebab Irfan terberak-berak bila CN minum air ni. Yela, masa tu menyusukan si kecil, jadi jika tidak serasi, si kecil yang akan kena. ]
7. Tradisional : Bertungku
Moden : Ubat-ubatan
[ CN gabungkan bertungku dengan menggunakan batu sungai yang dicari oleh ayah mertua bersama supplemen dari Shaklee. Memang superb ! ]
8. Tradisional : Memakai tempel/herba
Moden : Memakai barut/minyak urut
[ Ini pun CN gabungkan je sebab tidak boleh selalu pakai herba di perut dan dahi. Berbintik-bintik perut CN dek kepanasan herba tu. Losyen mustajab memang sahabat terbaik menggantikan herba ini. ]
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kehamilan Minggu ke-14
Pejam celik pejam celik, kehamilan CN dah masuk minggu ke-14. Ini bermakna CN telah memasuki fasa trimester kedua. Alhamdulillah, mabuk-mabuk yang dasyat lagi-lagi mabuk sampai muntah tengok laptop telah berakhir. Masih lagi mabuk, tapi telah banyak berkurang. Jika sebelum ini CN langsung tak boleh bau tumisan masakan menyebabkan CN tidak boleh memasak, kini CN dengan bahagia boleh memasak masakan idaman hati.
Perut CN pula membesar dengan jayanya walaupun baru 14 minggu. Berat pulak sudah mencecah 56 kg ! Pergh ! Dasyat juga mengandung kali ini. Berat naik dengan cepat. Masa mengandungkan Irfan dulu, CN cuma naik 10kg je, kali ini tak tahu la berapa kg nak naik. Its ok, lepas bersalin wajib workout untuk kembalikan berat badan asal 48 kg ! Mampukah? Hehe...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kehamilan Tanpa Janin
Kehamilan Tanpa Janin ataupun Blighted Ovum terjadi apabila persenyawaan antara sperma dan ovum telah berlaku namun embrio terbentuk gagal berkembang menjadi janin.
Jika dalam budaya Melayu biasanya disebut bayi 'hilang' dalam kandungan sedangkan pada awalnya memang tiada bayi walhal hormon b-hCG tetap dikeluarkan, ujian UPT menjadi positif tetapi kehamilan berakhir dengan keguguran. Ia dikaitkan dengan hormon tidak seimbang.
Memang menakutkan, tetapi itulah kepentingan ujian ultrasound diawal kehamilan untuk menentukan 'kewujudan' bayi di dalam kandungan.
Berikut merupakan tanda-tanda kehamilan tanpa janin :
1. Walaupun mengalami Brighted Ovum, anda mungkin akan mengalami tanda-tanda kehamilan, misalnya tidak datang bulan dan ujian UPT positif
2. Kemudian anda akan mengalami tanda-tanda keguguran seperti kejang perut (seperti senggugut), pendarahan faraj dan haid yang lebih banyak dari biasa
3. Janin tidak berkembang apabila anda tidak merasakan adanya gerakan janin. Meskipun janin tidak berkembang terjadi kehamilan trimester pertama, ia tidak menutup kemungkinan terjadinya trimester kedua dan ketiga
4. Hilang alahan. Jika janin tidak berkembang anda tidak lagi mengalami mual dan muntah selama tempoh kehamilan minggu pertama
5. Namun tidak semua pendarahan pada trimester pertama berakhir dengan keguguran. Ada juga kes di mana doktor akan menasihatkan untuk datang selepas dua hingga tiga minggu dan menggunakan kaedah transvaginal (vaginal scan) dan ada sesetengah kes di mana janin dapat dikesan baru berkembang. Banyakkan berdoa dan pengambilan suplemen serta makan berkhasiat adalah perkara yang baik.
Sumber : Majalah Wanita Januari 2015
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Avokado Untuk Wanita Hamil
Avokado merupakan buah yang bebas kolestrol, mempunyai kandungan sodium, vitamin & mineral termasuk folat, potasium & lemak yang sihat untuk jantung. Disebabkan kandungan pelbagai mineral dalam buah ini, disarankan supaya wanita hamil mengambil hidangan ini sekurang-kurangnya sekali seminggu dalam tempoh kehamilan. Dah makan lebih pun takper. Lagi2 sedap jika dibuat jus. Perghh !
Berikut merupakan kelebihan mineral dalam avokado untuk wanita hamil :
1. Kandungan FOLAT yang jauh lebih banyak daripada buah2 lain
: Penting untuk wanita hamil dari segi kesihatan sel & tisu janin terutamanya ketika janin sedang membesar
2. Kandungan POTASIUM yang tinggi
: Dapat mengimbangi elektrolit tubuh badan yang sememangnya penting ketika tahap jumlah darah wanita hamil yang mengandung meningkat kepada 50%
3. Kandungan Vitamin B6
: Meningkatkan sistem imun dan membantu meningkatkan kadar metabolisme badan
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Amalan Baik Untuk Ibu Hamil
Sememangnya ibu hamil perlu melakukan amalan-amalan yang baik supaya kandungan yang dikandung mendapat tempiasnya. Bacaan Al-Quran dan zikir oleh ibu hamil amat digalakkan dalam Islam supaya anak yang dikandung mendengarnya selain melindungi kandungan dari 'benda-benda' yang tidak baik.
Berikut merupakan amalan baik yang digalakkan dilakukan oleh ibu hamil :
1. Banyakkan zikir dan istifar.
2. Membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq & An-Nas 3 serta ayat kursi selepas solat dan sebelum tidur.
3. Khatam Al-Quran dimana bukan fokus kepada beberapa jenis surah sahaja.
4. Banyak membaca kalimah “Laa haula walaa quwwata illaa billaah”
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Surah-surah Amalan Ibu Mengandung
Dah macam blog kehamilan pulak asyik cerita tentang hamil je kan? Jangan la bosan ye wahai pembaca tersayang www.cekgunorazimah.com. Anda masih lagi berada di blog CN yang berniche lifestyle. Dah empunya blog sedang hamil, jadi banyaklah perkongsian tentang kehamilan. Boleh dijadikan panduan ye. CN sengaja simpan dalam blog agar mudah dicari nanti. Almaklumlah, CN memang sangat obses dengan blog sendiri. Jadi apa-apa tips pun kalau boleh biar semua dalam blog ni ! Hah gituewww
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~