Setiap orang pasti mengidamkan berat badan ideal. Berbanding menggunakan suplimen yang dapat mengurangkan berat badan dengan cepat tapi tidak kekal, apa kata cuba 14 petua turun 20 kg secara semulajadi ini. Bak kata orang, biar lambat asal selamat. Ini kerana, apabila anda mengikut 14 petua ini, badan akan secara semulajadi adapt dengan perubahan. Masalah utama CN adalah petua yang ketiga, seksa tau tak makan nasi, lagi-lagi bila menyusukan anak ni, mau ketaq lutut !
14 Petua Turun 20 kg Secara Semulajadi
1. Tidak mengambil gula atau sebarang air manisan
2. Tidak mengambil minuman sejuk dan berais
3. Jauhi pengambilan makanan karbohidrat termasuk roti, biskut, kek, donat dan nasi.
4. Amalkan pengambilan air kosong 2 liter setiap hari
5. Tidak mengambil makanan berat selepas jam 7 malam
6. Bahagikan portion makanan kepada 4 bahagian. Guna pinggan kecil. 1/4 nasi, 1/4 protein (ayam, ikan). Elakkan makanan laut dan daging. Ambil lauk sahaja tanpa kuahnya selain lebihkan sayur dalam pinggan hidangan.
7. Minum air 30 minit sebelum dan selepas makan. Jangan terus minum. Ini bagi membiarkan makanan dapat turun sepenuhnya terlebih dahulu. Jika makan makanan pedas, sebaiknya tahan dulu dari minum sebarang air.
8. Makan buah sebelum makan tetapi pastikan hadkan mengambilnya kerana buah juga mengandungi gula dan karbohidrat
9. Sekali sekala makan apa sahaja yang diingini tetapi pada hujung minggu sahaja
10. Pastikan minum air detox atau clenx tea kerana ia membantu melawaskan sistem penghadaman dan pencernaan
11. Amalkan bangun awal pagi dan mandi sebelum subuh
12. Jangan terus mandi lepas makan
13. Disiplin
14. Disiplin
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~