Pentingnya Pemakanan Yang Sihat Untuk Anak-Anak | Mempunyai anak-anak yang sihat & ceria sememangnya menjadi impian semua ibu bapa. Lagi-lagi pada musim sekarang ni, selain COVID-19, bermacam-macam jenis penyakit berjangkit yang menyerang anak-anak seperti influenza dan penyakit kaki tangan dan mulut (HFMD) yang merisaukan ibu bapa.
Sebenarnya penyakit berjangkit ni mudah menyerang anak-anak yang mempunyai antibodi badan yang rendah. Maka, faktor pemakanan yang sihat penting untuk memastikan antibodi anak lebih kuat dan meningkat sesuai usianya. Anak yang sihat sememangnya akan mempunyai perkembangan yang positif dan ceria. Mereka akan ceria & seronok untuk belajar dan melakukan aktiviti.
Pentingnya pemakanan yang sihat untuk anak-anak |
Beberapa laporan daripada badan antarabangsa mengenai keperluan nutrisi sungguh membimbangkan. Berikut antara dapatan-dapatan kajian sahih:
"Laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendapati 17.7% kanak-kanak dan remaja di Malaysia berumur antara 5 hingga 19 tahun mengalami masalah pertumbuhan terbantut."
"Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) melaporkan kes kalangan kanak-kanak miskin bandar iaitu seramai 23% golongan itu mengalami masalah tumbesaran terbantut. Manakala 15% pula berdepan masalah kurang berat badan."
" Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan (NHMS) yang dijalankan oleh Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) pula menyebut kanak-kanak yang tumbesarannya terbantut meningkat daripada 17% pada 2006 kepada 20.7% pada tahun 2016 iaitu kira-kira dua daripada 10 kanak-kanak. Selain itu, bagi tempoh masa yang sama, kanak-kanak yang mengalami masalah kurang berat badan juga meningkat daripada 12.9% kepada 13.7%."
" Berdasarkan Kajian Nutrisi Kanak-Kanak Malaysia (SEANUTS Malaysia), satu daripada tiga keluarga Malaysia mengalami masalah kekurangan nutrisi penting terutamanya vitamin C, zat besi dan kalsium.
Daripada fakta-fakta di atas, ianya jelas menunjukkan isu kanak-kanak Malaysia yang kekurangan nutrisi sebenarnya agak serius. Tambahan pula lagi yang membimbangkan, ibu bapa membiasakan anak mereka dihidangkan dengan makanan segara (fast food) dan makanan-makanan yang tidak berkhasiat seperti jajan dan sebagainya.
Kita
perlu akui hakikat pemakanan yang baik berupaya untuk mengekalkan kesihatan
mental dan fizikal yang mendorong kepada perkembangan tubuh badan yang
sihat.
Sebagai
ibu bapa, kita wajib memberikan nutrisi dan gizi seimbang kepada anak-anak
dalam kuantiti yang tepat agar mereka membesar dengan sempurna. Kita juga mahu
anak-anak kecil ini terbiasa dengan pola hidup sihat pada masa sekarang dan
akan datang.
Tabiat
pemakanan yang sihat adalah penting bukan sahaja untuk kanak-kanak, tetapi
untuk semua peringkat umur. Anak kecil memerlukan nutrisi yang lengkap untuk
kekal sihat dan kuat. Ia juga membantu mereka untuk membesar dengan ceria. Anak
yang tidak mengamalkan pemakanan yang sihat akan lebih mudah mengantuk, lesu,
letih, kuat meragam dan hilang fokus. Paling teruk mereka akan merasa tidak
seronok belajar.
Kanak-kanak yang mengamalkan pemakanan tidak seimbang berisiko tinggi untuk mengalami masalah pembelajaran. Hal ini kerana kekurangan nutrisi boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami kekurangan tenaga untuk melakukan aktiviti. Malah mereka juga kebiasaannya tidak mempunyai ramai kawan akibat masalah tingkah laku mereka yang kuat meragam.
Pentingnya pemakanan yang sihat untuk anak-anak |
Anak-anak
CN sendiri kalau kurang makan, mereka akan nampak lesu dan tidak bermaya.
Lagi-lagi bila bulan puasa, kadang-kadang mereka tidak mahu bersahur. Akibatnya
mereka akan mengantuk di sekolah dan tidak berminat untuk belajar. Paling
menguji CN bila mereka moody dan meragam sebab lapar.
Oleh
sebab itu, kalau anak-anak CN berpuasa, CN akan pastikan mereka makan makanan
yang mengenyangkan dan berkhasiat. Almaklumlah, anak-anak CN ni memang tak suka
makan sayur. Selain itu, CN juga akan pastikan mereka mengambil suplemen untuk
kekal cergas sepanjang berpuasa.
Eskayvie i-Qids, Pelengkap Pemakanan Sihat Anak-Anak
Eskayvie i-Qids |
Pernah
dengar tentang Eskayvie i-Qids? Kalau korang nak tahu, i-Qids ni produk terbaru
dari Eskayvie yang viral sebelum ni dengan Eskayvie Diffenz & Eskayvie
Diffenz Junior semasa Pandemik Covid-19 dengan duta produknya iaitu Pak Nil.
Untuk
pengetahuan semua, Eskayvie i-Qids ini diformulasikan oleh doktor perubatan, Dr
Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi.
Ianya halal, selamat dan berkesan. 6 bahan nutrisi utamanya adalah Phosphatidylserine
(Serine), Alpha Linolenic Acid (ALA), 22 Buahan & Sayuran, Moringa,
Prebiotik, Multivitamin & Mineral yang membantu untuk kecerdasan minda dan
otak yang sihat.
Dibawah
ni CN kongsikan manfaat dan kebaikkan 6 bahan nutrisi utama Eskayvie i-Qids.
Semoga bermanfaat.
Phosphatidylserine
(Serine)
bagus untuk meningkatkan memori dan pembelajaran, menyokong fungsi otak dan
menajamkan minda, membantu perkembangan otak yang cerdas, membantu lebih fokus
dalam pembelajaran dan membantu pembetukan sel-sel otak.
Alpha-Linolenic
Acid (ALA)
merupakan bahan asas kepada pembentukan EPA dan DHA yang berfungsi untuk
merangsang sel-sel otak untuk berhubung, meningkatkan kesihatan otak, membantu
meningkatkan kesihatan dan membantu meningkatkan daya ingatan.
22
Ekstrak Buahan dan Sayuran yang mengandungi lebih daripada 125 polifenol dan ia
mempunyai kandungan antioksidan lebih tinggi berbanding 5 hidangan buah dan
sayur. Ia memenuhi keperluan nutrisi kanak-kanak yang kurang makan sayur dan
mempunyai kesan anti-radang dan antioksidan yang kuat serta penyerapan fenolik
dan polifenol yang optima.
Moringa Oleifera mampu meningkatkan tenaga dan sistem imun badan, menyokong kesihatan buah pinggang dan hati. Ia juga kaya dengan asid amino dan serat yang menyokong kesihatan mata dan melindungi otak dari kesan stres dan kerosakan.
Prebiotik adalah makanan kepada
bakteria baik di dalam usus di mana ia membantu menyihatkan usus untuk
penyerapan nutrien yang efisien, membantu masalah sembelit, membantu mengawal
selera makan dan mengelakkan obesiti serta membantu mengurangkan kolesterol di
dalam badan.
Multivitamin
dan Mineral
berfungsi menyediakan keseimbangan pemakanan dan melengkapkan keperluan nutrisi
kanak-kanak, menggalakkan penyerapan pencernaan dan nutrien yang lebih baik. Ia
juga untuk kesihatan gusi, gigi dan kulit yang sihat dan membantu kesihatan
tulang serta memelihara sistem saraf dan fungsi otot.
Daripada manfaat bahan utama i-Qids diatas ni kita dapat lihat bahan-bahan yang
digunakan dapat melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh anak-anak kita agar
lebih sihat, cergas dan ceria. Jadi kepada ibu bapa yang ada masalah anak
kurang gemar makan sayur dan buah-buahan, Eskayvie i-Qids ni memang sesuai
untuk dijadikan suplemen tambahan untuk melengkapkan nutrisi yang berkurangan
di dalam badan.
Kunyah-kunyah
2 kali sehari dah cukup untuk memberikan manfaat yang luar biasa buat
anak-anak. Apa yang anda perlu tahu, Eskayvie i-Qids ni dihasilkan dengan rasa
coklat yang bukan saja sedap dan disukai kanak-kanak, malah ia membantu
menguatkan daya ingatan anak-anak untuk menjadi lebih fokus dalam pembelajaran
mereka.
Eskayvie
i-Qids juga merupakan mood booster yang boleh bantu tenangkan anak-anak yang
kerap tantrum. Kunyah-kunyah 2 kali sehari dah cukup untuk memberikan manfaat
yang luar biasa buat anak-anak.
Testimoni Eskayvie i-Qids
Kalau
produk bagus mesti ada banyak testimoni dan maklum balas pengguna kan? Ha.. di
bawah ni CN ada kongsikan beberapa testimoni pengguna yang dah cuba dan amalkan
Eskayvie i-Qids. Banyak maklum balas yang positif daripada ibu bapa yang dah
mencubanya.
Eskayvie i-Qids membantu perkembangan pembelajaran anak-anak. Anak-anak juga lebih ceria dan berkeyakinan untuk pergi ke sekolah. |
Anak-anak tidak meragam dan kurang tantrum selepas amalkan Eskayvie i-Qids. |
Anak semakin petah bercakap lepas cuba Eskayvie i-Qids. |
Eskayvie i-Qids jadikan anak lebih berselera makan. |
Dapatkan Eskayvie i-Qids Hari Ini!
Sebagai
ibu bapa pastinya kita nak anak kita sihat, ceria, cerdas dan minat dengan
pelajaran kan? Dengan Eskayvie i-Qids, ia adalah salah satu ikhtiar untuk kita
sebagai ibu bapa untuk melengkapkan nutrisi yang kurang untuk anak-anak kita.
Dengan
hanya RM65 sebotol Eskayvie i-Qids, korang dapat pelbagai kebaikkan dan manfaat
yang ada didalamnya.
Berminat
nak dapatkan Eskayvie i-Qids? Layari laman web dan media sosial Eskayvie
dibawah.
Maklumat lanjut:
Laman web: www.eskayvie.com
Facebook: https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official
Instagram: https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/
#EskayvieDiffenz #EskayvieDiffenzJunior #KitaIkhtiar
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~