Kelas Terbuka 3 KRK 1
Sambutan Hari Raya peringkat sekolah pada Sabtu lepas agak meriah dengan komitmen pelajar2 CN menyediakan makanan walaupun perancangan last minute. Memang awesome budak2 3 KRK 1 ni ! Yela, CN baru tahu tarikh confirm masa hari Khamis. Tapi kebetulan hari Khamis CN cuti sebab ayah saudara Encik Suami meninggal dunia. Datang sekolah hari jumaat terus arahkan dorang buat ala2 potluck. Jimat duit kelas ! Bila student tanya "Cikgu nak bawak apa??" Dengan muka relax dan confiden, "Cikgu bawak air la esok. Don worry, air sunquick yer." Dalam hati CN, fuhh ! Buat air senang jer...hehehehe
Salam mesra..
Pada 24/1/2014, Kejohanan Merentas Desa SMK Telok Panglima Garang telah berjalan dengan lancarnya. Alhamdulillah. Cuaca pada hari tersebut redup dan sejuk jer. CN pertama kali bertugas di check point memang excited sebab 4 tahun di sekolah lama, tak pernah kena jaga checkpoint, biasanya CN bahagian buku program, hadiah & dokumentasi. Memang satu pengalaman yang baru dimana selain mengambil nombor pelajar yang hadapan, CN juga perlu sentiasa mengingatkan pelajar supaya berada di tepi jalan raya dan menjaga keselamatan diri. Ini kerana, trek merentas desa agak sibuk dengan pelbagai lori2 yang keluar masuk.