Anak2 tersayang. Dari kiri : Tharanee, Najihah & Velonney
Salam mesra..
Sekarang ni CN agak buzi mengemas bilik sebab baru berpindah dari KL. Tak sangka lak bila mengemas, tudung & shawl sahaja 3 beg ! Tu belum lagi beg baju yang BESAR dan 3 beg ! Rasa2nya baju dan tudung CN tak berapa banyak sebab bila nk pakai jer, ada yang tak matching, tapi bila mengemas boleh pulak sampai berbeg-beg. Encik hubby pon terkezut gak tengok banyak giler barang2 wife dia. Yang kelakar, set kecantikan termasuk make up, losyen,supplemen dan aksesori pon 1 beg beso !
Bak kata CN kepada Encik Suami, " Ala yang, orang cantik memang banyak barang dia ! " Hahahaha !
Salam mesra..
CN selaku guru kelas 1R berbangga memberitahu bahawa kelas kitorang dapat KELAS TERBAIK Tingkatan 1 untuk Semester 2 ! Semester 1 kalah dengan Kelas 1A, tapi kitorang catch up kasi dapat banyak merit untuk menang Semester 2 ni. Memang BEST & BANGGA !. Yelah, tahun lepas kelas bawah jagaan CN dapat KELAS TERBAIK TINGKATAN 2 untuk kedua-dua semester lagi ! Tahun ni dapat untuk semester 2 jer, jadilah, janji ada menang kan? Hehehe
Untuk pengetahun u all, kelas tingkatan 1 - 3 tidak menggunakan sistem ukuran dari kelas terpandai sampai kelas tercorot. Di SMK St Mary, semua kelas tingkatan 1 - 3 ada pelajar bijak dan sengal ubi kayu kecuali kelas special 1S, 2S dan 3S untuk pelajar2 lemah yang terpilih. Tapi tu pun tahun depan akan dibubarkan kelas tersebut menjadikan semua kelas ada terpandai sampai tersengal ! Hehe
Salam..
Cikgu Norazimah berbesar hati berkongsi tentang 1 program anjuran Parlimen Batu, Kuala Lumpur. Program ini khas untuk pelajar2 cemerlang UPSR & PMR 2012 yang mendapat straight A di dalam kawasan Parlimen Batu. Aku pun tak berapa perasan berapa sekolah dalam kawasan parlimen ni. Yang aku duk tengok adalah wajah bersih, hensem, kacak & bergaya Raja Nong Chik !! hahahaha.
Macam mana ek aku boleh terlibat dengan program ni? Ala..ni lucky draw untuk cikgu2..nama aku naik, so kena la ikot bas teman budak2 ni. Rombongan dari skola kitorg 2 bas tau..sekolah-sekolah lain naik kereta or van jer. Kenapa? Sebab sekola kitorg 6+ yang dapat straight A dalam PMR. Confirm tak cukup 1 bas. [bangga jab dengan budak2 ni..hehe].
Nak pendekkan cerita..biarlah gambar berbicara .. hehe
~ Cikgu Norazimah dengan muka kontrol comei...hehe ~
Pejam celik pejam celik..28/12/2012 ni genap ler 3 tahun hidup aku sebagai CIKGU NORAZIMAH.
Tahun pertama (2010)
1. Bergelar Cik AZIE
2. Subjek : geografi (f2) , mathematics (f2), pjk (f1&f2)
3. Guru kelas 2A
4. Mula-mula mengajar dengan imej berselendang (digelar cikgu yuna..hehe)..berat 45kg..
5. Tugas2 lain : guru penasihat rumah Mc Neil, guru penasihat St. John Ambulance, penolong guru penasihat kelab bola tampar
Tahun kedua (2011)
1. Bertukar gelaran kepada PUAN NORAZIMAH sebab dah kahwin n MISS G tak bagi students panggil PUAN AZIE sebab tu bukan nama IC aku..adoyai, mcm ni pon pngtua ada ek? xper ler..pikir +ve..dah nama aku pon NORAZIMAH..so takde hal studnt panggil full name aku
2. Subjek : geografi f2, math f2, ictl f2
3. Masih imej berselendang, tp thn ni tgh in tudung syria..berat:?sebab aku happy dapat kwin, so berat bertambah menjadi 49kg..tp perut maintan flat..hehe
4. Guru kelas 2T (kelas special & aku ada students kesayangan dalam kelas ni..aku akan cerita dlm entry lain yer)
5. Tugas2 lain: penolong SU Kokurikulum, guru koperasi, guru penasihat kelab bola keranjang merangkap pengurus pasukan bola keranjang sekolah
Tahun ketiga (2012)
1. Bertukar gelaran kepada mak buyung..
2. Subjek : geografi f1&2, math f2, ictl f1
3. Dah malas nak belit bagai tgh preggy..so pakai jer tudung expres!! hehe..berat? max 60kg, tu pon masa bln 8 dah nk bersalin..
4.Guru kelas 2A (dapat anugerah KELAS TERBAIK TINGKATAN 2 2012)..bangga beb jadi guru kelas bdk2 ni..
5.Tugas2 lain: penolong SU Kokurikulum, guru koperasi, guru penasihat kelab bola keranjang merangkap pengurus pasukan bola keranjang sekolah, guru penasihat rumah pring, JU PBS Geografi f1&2
Tahun keempat 2013
1. Bertukar gelaran kepada mama HOT !! auwww
2. Subjek: tggu meeting br tau aku mengajar per..tp sure geo msti der
3. Target thn dpn nk melaram blk ngn shawl aku yang melambak2 tuh..kurung moden&kebaya tgh tempah baru..yela, byk baju dh tak leh pakai coz makin beso Cik B..hehe
4. Guru kelas: tak tau lg kelas per..semestinyer aku akan jd guru kelas lg ler
5. Tugas2 lain: JAWATAN TETAP&BERPENCEN yer (penolong SU Kokurikulum,guru penasihat kelab bola keranjang merangkap pengurus pasukan bola keranjang sekolah, JU PBS Geografi f1&2)
So ucapan untuk diri sendiri : SELAMAT BERTUGAS