Cermin Mata Murah | CN berkaca mata sejak darjah 6. Kos buat cermin mata bukan lah murah, mesti RM500 ke atas sebab rabun CN agak teruk, power lebih 400 dan silau lebih 200. Memang mahal lah kos nak buat sepasang cermin mata. Lagi-lagi CN ni jenis cerewet, mestilah nak kanta yang anti silau sebab kerja mengadap komputer kan. Sudah tentu harganya mahal bukan? Tapi, tapi..bukan di kedai cermin mata Eye Pro Vision Sungei Wang Plaza. Harganya, ya ampun, murah sangat!
Sebelum ni pun CN pernah buat cermin mata di sini. Sebab sukakan servis & harga yang sangat murah, mesti lah jadi pelanggan tetap kan? Hehehe..
Cermin Mata Murah di Sungei Wang Plaza |
Cermin Mata Murah di Eye Pro Vision
Cermin mata murah di kedai viral no. 1 Malaysia!
Pada mulanya CN agak pelik kenapa kedai cermin mata Eye Pro Vision ni boleh viral. Bukan calang-calang orang yang datang ke kedai ni tau, ada ramai artis & media social influencer. Vlog di youtube pun ada banyak dan kesemuanya bercerita perkara yang sama iaitu harga cermin mata murah sangat di Eye Pro Vision.
Selain harga cermin mata yang murah, CN suka sangat servis di sini. Tak sampai sejam dah siap cermin mata! Berbaloi datang dari Banting tau. Lagi pun, sementara tunggu cermin mata siap boleh jalan-jalan dalam mall. Ada macam-macam kedai dekat Sungei Wang Plaza ni. Memang tak perasan pun sejam tu berlalu dengan pantas.
Bersama Boss Eye Pro Vision, Mr. William yang sangat peramah & friendly |
Untuk pengetahuan anda, cermin mata di Eye Pro Vision menggunakan kanta jenis Alpha Blue 420. Apa yang menariknya tentang kanta Alpha Blue 420 ni adalah:
✅khas untuk tahan silau malam
✅khas untuk silau ( silau lampu LED kereta)
✅khas untuk kerja mengadap komputer dan handphone
✅ 100% uv 420, silau tak tembus
✅12 lapisan coating tahan silau !!
Antara bingkai yang menjadi kegemaran anak-anak muda. |
Pelbagai pilihan bingkai cermin mata untuk muka bulat seperti CN
Bukan sahaja kanta cermin yang berkualiti tinggi, ada pelbagai jenis bingkai di sini. Besi, plastik, design ala korea, design untuk muka bulat ke bujur ke, semua ada! Sebab CN ni jenis cepat rambang mata, CN minta staff tolong carikan bingkai yang sesuai untuk CN. Hah, tinggal pilih je design yang kita suka. Staff dekat sini memang peramah & profesional. Komen jujur lagi bila CN duk cuba pelbagai bingkai tau. Sis suka!
Kpop sangat kan design ni. Sis suka |
Bingkai jenis plastik kesukaan CN |
Lawa sangat design ni, tapi Encik Suami cakap tak sesuai dengan CN. Maka sis redha. |
Berapa harga cermin mata CN di Eye Pro Vision ini?
Untuk pengetahuan anda, cermin mata yang CN buat ini dengan power dalam 400, silau dalam 200, pakej kanta Alpha Blue 420 dan siap bingkai cuma RM125 sahaja. Hah, CN ulang, cuma RM125 sahaja tau! Mana nak dapat dekat tempat lain dek non oii!
Muka bahagia bersama cermin mata baru. |
Lokasi kedai cermin mata murah Eye Pro Vision
Kedai cermin mata murah Eye Pro Vision ini terletak di Sungei Wang Plaza. Bersebelahan dengan Imbi Plaza tu. Alamatnya seperti di bawah 👇🏻
Eye Pro Vision, G111, Ground Floor, Sungei Wang Plaza.
William : 016-3771304
#EyeProVision #CerminMataMurah #KedaiViralNo1Malaysia
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~