Salam Ramadhan..
Sabtu lepas di adakan Hari Bertemu Pelanggan atau Report Card Day di mana ibubapa diminta datang ke sekolah untuk mengambil report card anak2 dan berbincang dengan guru kelas tentang anak mereka. Alhamdulilah, kelas 1R mencatatkan 91% kehadiran ibubapa pada hari tersebut di mana cuma 4 orang pelajar dari 46 sahaja yang tidak datang bersama ibubapa atas pelbagai alasan. Itu termasuklah kes seorang pelajar yang cuti seminggu lebih ke India atas urusan sembahyang. Boleh dibanggakan sebab ada kelas lain yang separuh sahaja ibubapa yang datang.
Apakah rahsianya Cikgu Norazimah berjaya 'memaksa' ibubapa bebudak 1R ni datang ke sekolah pada hari Sabtu tu?
1. Pelajar Tingkatan 1 kan omel2..dorang ni still macam bebudak sekolah rendah, apa yang cikgu cakap adalah betul ! So bila cikgu cakap ibubapa mesti datang sabtu ni..dorang pun paksa ler ibubapa dorang datang sabtu ni..hehehehe
2. Cikgu Norazimah telah berpesan kepada pelajar, kalau ibubapa tak datang sabtu ni, ibubapa dorang kena datang sekolah dan jumpa Cikgu Norazimah minggu depan untuk amik report card. Kalau datang minggu depan, masa yang ada adalah BANYAK berbanding masa lebih kurang 3 minit untuk seorang ibubapa pada hari sabtu ! Jika mereka nk Cikgu Norazimah bercerita banyak tentang mereka, boleh ler datang minggu depan. Kalau takut, datang ler sabtu ni, Cikgu Norazimah tak kan larat bercerita banyak ! [pandai kan cikgu?]