Salam Syawal..
Masih lagi di bulan syawal dan mood raya masih lagi hangat membara sebab open house sana sini ada. Jenuh gak berdiet semoga berat yang berturun 3KG sempena puasa hari tu tidak kembali kepada asal [bangga gitew]. Hokay..pasti ramai pembaca blog CN lahir tahun 80-an dan ke bawah. Cepat ngaku ! Kalau u all perasan, raya dulu dan sekarang banyak sangat bezanya ! CN terjumpa artikel kelakar tentang perbezaan raya dulu dan sekarang dari MAJALAH UJANG bumper raya. Jadi apa salahnya berkongsi dengan pembaca tersayang sebab bukan semua orang suka beli MAJALAH UJANG ni..EA jer yang dari dulu sampai sekarang suka benor beli majalah ni..hehe
BEZA RAYA DULU DAN RAYA SEKARANG
1. Kampung Halaman
: Dulu raya kita mesti nak berkumpul kat umah atuk dan nenek di kampung. Masa ni la nak jumpa sepupu sepapat yang lama tak jumpa. Sekarang ni, budak2 mana nak balik kampung dah..macam2 alasan dorang bagi. Panas la, line tenet takde la..dll...