Salam mesra..
CN telah diberi tugas menggantikan seorang guru yang bercuti bersalin untuk mengajar matapelajaran Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan Tingkatan 3. Pokok Wawasan merupakan salah satu cara untuk menunjukkan cita-cita pelajar melalui cabang-cabang pokok. CN pernah buat Pokok Wawasan ni masa kursus CPD di Melaka tahun lepas. Tema 1 bertajuk pencapaian kendiri dimana mengajar pelajar cara-cara memilih kerjaya yang sesuai dengan minat masing-masing. Apabila pelajar diminta menyediakan Pokok Wawasan, memang tersangatlah kreatif dengan cita-cita yang mencuit hati. Dibawah CN kongsikan dengan pembaca tersayang hasil kerja pelajar kelas pertengahan tentang Pokok Wawasan.
Cuba tengok kanan bawah tu : mempunyai isteri menawan..hebat cita2 adik kita sorang ni..hehe