PERTUKARAN GURU : Surat Rayuan
Dalam entry SINI, CN telah berkongsi dengan anda Surat Sokongan Pengetua. Kali ini, CN berkongsi dengan anda pula Surat Rayuan yang merupakan dokumen sokongan semasa rayuan pertukaran guru selepas keputusan keluar jika anda gagal. Dokumen yang perlu ada dalam rayuan anda adalah :
1. Salinan borang permohonan pertukaran online
: Sertakan sekali surat izin suami, sijil nikah, geran rumah (jika ada) sebagai bukti anda ada rumah di tempat dipohon, salinan laporan polis jika ancaman keselamatan macam CN
2. Surat rayuan pertukaran beralamat KPM di Putrajaya
3. Surat sokongan Pengetua kepada KPM di Putrajaya
Ini adalah perkongsian CN setelah 7 kali memohon. Dan permohonan ke-7, CN telah berjaya. Alhamdulillah.
SURAT RAYUAN
(letterhead sekolah)
Rujukan Kami :
Rujukan Tuan :
Tarikh :
Tn. Pengarah Bahagian Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 3 & 4 Blok E2
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
Melalui,
Pengetua
NAMA SEKOLAH
ALAMAT SEKOLAH
Tuan,
RAYUAN PERPINDAHAN BAGI nama anda (no. kp),
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH GRED DG41
Dengan segala hormatnya saya
menarik perhatian tuan merujuk perkara di atas.
2. Untuk makluman pihak tuan, saya merupakan guru yang telah
bertugas di sekolah ini sejak 28
Disember 2009 dan telah momohon pertukaran sebanyak 6 kali. Berikut dinyatakan beberapa sebab saya memohon
berpindah :
2. Untuk pengetahuan pihak tuan,
permohonan pertukaran saya adalah kerana :
2.1
Saya ingin mengikut suami yang menetap di daerah xxxx,
Selangor.
Berikut ialah butir-butir peribadi
suami :
Nama Suami :
No.K/P :
Alamat Rumah :
( Alasan anda)
2.2 Ancaman keselamatan kerana rumah yang didiami saya
beralamat xxxxxxx telah sering kali di pecah masuk. Saya telah mengalami
kerugian harta benda mencecah lebih dari RMxxxx. Selain itu, saya khuatir
perkara yang sama akan berulang kerana kawasan tersebut memang sering menjadi
sasaran pencuri seperti yang dikata oleh pihak polis dan sehingga kini kes
tersebut masih dalam siasatan.~
2.3
Mempunyai anak yang masih menyusu badan (10 bulan) dan
saya sering mengalami masalah kesihatan sehingga menyebabkan tekanan emosi
kerana terpaksa berulang-alik dari xxxx ke xxxx.
2.4
Telah berkhidmat hampir 4 tahun di (daerah sekolah
sekarang).
4. Bersama-sama
ini disertakan dokumen-dokumen berkaitan untuk perhatian dan tindakan pihak tuan selanjutnya.
4.1 Borang
Permohonan Pertukaran Tempat Bertugas (No. Permohonan Wxxxxxxx)
4.2 Surat
Sokongan Pengetua
6. Saya berharap pihak tuan
akan mempertimbangkan permohonan pertukaran saya ini. Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai.
Sekian, terima kasih
Yang benar,
_______________________________
(nama anda)
No. kp
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~