Althea | Eh korang, tahu tak dekat Althea ada banyak sale tau hujung-hujung tahun ni? CN ingat nak topup skincare & makeup alang-alang ada sale kan. Best sangat shopping dekat Althea ni. Bukan sahaja produknya berkualiti, malah paling CN suka kotak pinknya yang lovely gituw. CN simpan tau pelbagai saiz kotak pink tu. Cantik hokay.
10 Barang Mesti Beli di Althea
Ada orang tanya CN, barang apa boleh beli di Althea? Ada banyak weiii! Ini CN share 10 barangan idaman CN di Althea. Ikutkan ada banyak lagi, cukuplah 10 barangan dulu untuk entry kali ni ye.
1. POBLING Pore Sonic Cleanser
Sudah lama CN mengidam nak beli POBLING Pore Sonic Cleanser ni. Senang je cuci muka pakai benda ni tu. Lembut je pada kulit muka kita tau berbanding pakai tangan sendiri hokay.
2. LANEIGE Milky Cleanser
CN memang suka sangat dengan brand Laneige. Milky Cleanser Laneige ni antara pembersih muka faveret CN. Creamy formulanya memang lembut pada wajah. Paling best, ianya membantu mengurangkan dark spot pada wajah seterusnya menjadikan muka cerah berseri.
3. LANEIGE Essential Power Skin Refiner
Selepas cuci muka, dab dab wajah mulus tu dengan LANEIGE Essential Power Skin Refiner. Kulit bukan sahaja segar, malah lebih anjal gituw.
4. LANEIGE Water Sleeping Mask
Nak cantik macam artis Korea? LANEIGE Water Sleeping Mask lah jawapannya. Pakai sebelum tidur & biarkan. Cuci bila bangun pagi esoknya. CN suka LANEIGE Water Sleeping Mask ini sebab ianya melembabkan serta mencerahkan kulit.
5. COS.W O2 Bubble Volcanic Black Mask
CN ni memang pencinta sheet mask. COS.W O2 Bubble Volcanic Black Mask antara sheetmask yang teringin CN nak guna. Ramai review cakap best. Tazabar nak cuba!
6. MISE-EN-SCENE Perfect Repair Serum
CN sudah cuba serum rambut ni & recommended. Best tau. Rambut kembang macam Hantu Kak Limah terus bertukar jadi macam Maya Karin! Try lah.
7. RIRE Bubble Bubble Lip Mask
Hah, ingat wajah sahaja ke yang pakai mask? Bibir pun kena pakai mask tau untuk sentiasa lembab & berkilau. Lip mask ni juga membantu mencerahkan pigmentation tau. Saiya suka!
8. LANEIGE Glasstick
Jenama LANEIGE ni memang best & menggoda tau. Glasstick ni macam lip balm disapu pada bibir menjadikan bibir uolss seksi gituw.
9. ETUDE HOUSE Tiny Blooming Lips Mini Kit
10 mini lips matte & light yang sangat menggoda dalam 1 kotak. Boleh pilih nak pakai yang mana tau. Syok ada banyak pilihan ni !
10. TOO COOL FOR SCHOOL Art Class By Rodin Blusher
Tergoda tak tengok blusher ni? Cantik tau kalernya. Elok je pada pipi uolss tu.
Hokay, ini sahaja 10 barang mesti beli di Althea dari pandangan CN. Korang pulak macam mana? Ada yang sama tak pilihan kita?
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~