Bila sesekali bertemu di hari raya, memang meriah ! Raya tahun ini CN beraya sebelah suami. Bila sebelah suami, maka dekat dengan saudara-mara belah ibu CN yang rata-rata tinggal di Klang. Bila sesekali bertemu memang riuh. Berbaju hijau tu ibu CN dan sebelah ibu adalah adiknya yang beza setahun iaitu Makteh manakala hujung sekali tu Pakcik iaitu adik ibu second bongsu. Ibu CN ni ada 10 orang adik beradik, 3 orang dah meninggal dunia dan tinggal 7. Semuanya tinggal area Lembah Klang. Meriah tau bila bertemu.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~