Jom makan-makan di Red Spice | Quayside Mall
February 28, 2024Red Spice, Quayside Mall | Anda pernah ke Quayside Mall? Mall yang cantik dengan dekorasi flamingo ni menawarkan banyak tempat makan best. Antara tempat makan pilihan CN dan keluarga adalah Red Spice.
Jom makan-makan di Red Spice | Quayside Mall |
Pelbagai Makanan Fusion di Red Spice, Quayside Mall
Red Spice menawarkan pelbagai jenis makanan dari local sehingga ke western. Ada juga aneka pastry dan kek serta pilihan kopi yang sedap. Boleh santai bersama keluarga dan kawan-kawan mengopi ataupun boleh je makan nasi!
Artisan & Fusion gituw |
Family time di Red Spice, Quayside Mall |
Portion makanan dekat sini memang besar, berbaloi dengan harga. Selain makanan yang sedap, dekorasi di Red Spice ni memang cantik. Menawarkan tempat makan open air atau aircond. Vibe dekat sini memang best untuk bersantai bersama tersayang sambil menikmati makanan sedap.
Antara menu pilihan CN sekeluarga |
Antara pilihan pastry dan kek di Red Spice |
Antara makanan dan minuman pilihan CN dan keluarga seperti di bawah.
✅ Nasi Pandan Delight
Nasi Pandan Delight |
: Gabungan nasi pandan dengan satay dan sambal memang ngam! Portion besar. Ayam goreng crispy tu besar-besar tau. Terpaksa makan berdua dengan Encik Suami. Sambal tak berapa pedas, sesuai untuk anda yang tak makan pedas.
✅ Spaghetti Aglio Olio
Spaghetti Aglio Olio |
✅ Crispy Caribbean Chicken Chop
Crispy Caribbean Chicken Chop |
✅ Grilled Chicken Burger
Grilled Chicken Burger |
Aqil suka sangat set ni |
✅ Havana Salad
Havana Salad |
✅ Caffe Latte
Caffe Latte |
✅ Vanilla Caramel Frappe
Vanilla Caramel Frappe |
: Tak minum kopi? Boleh je try pelbagai jenis frappe dekat sini. Antara yang sedap adalah vanilla caramel frappe. Dhia dengan Aqil suka sangat! Duk berebut dua orang tu.
Vanilla Caramel Frappe ni kegemaran Dhia dan Aqil |
✅ Honey Lychee Tea
Honey Lychee Tea |
✅ Aqua Blue
Aqua Blue |
: Anak bujang CN si Irfan pun pilih aqua blue. Air soda biru dengan gabungan biji selasih. So refreshing orang jawa cakap!
✅ Pavlova
Pavlova |
: Portion pavlova ni besar betul! Jenuh nak menghabiskan kalau makan sorang tau. Rasa manis dengan lemak whipped cream dan masam buah memang ngam! Rasa bahagia makan dessert ni.
Video CN & keluarga di Red Spice, Quayside Mall
Lokasi Red Spice Quayside Mall
~ Sharing is caring from Cekgunorazimah ~
#RedSpice #QuaysideMall #Cafe #FusionFood #Coffee #food #foodporn #foodie #instafood #foodphotography #foodstagram #yummy #foodblogger #foodlover #delicious #foodgasm #tasty #restaurant #beranda #picoftheday #fyp #foodpics
3 comments
pernah jugaklah dtg Quayside mall ni tapi belum lagi makan di red spice ni. Nanti kalau pi sana bolehla singgah
ReplyDeleteRestaurants ni Belum Ada certificate halal Jakim. Harap2 akan ada nanti.
ReplyDeletewah....sedapnya nampak setiap menu tu. Boleh cuba singgah kalau ke sana nanti.
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.