Premiere Hotel Bufet Ramadan | Santai Santai Ramadan
March 17, 2023Bufet Ramadan 2023 di Hotel Premiere Klang | Hotel Premiere Klang adalah sebuah hotel yang mempunyai 250 bilik dan suite, termasuk 4 Kelab Eksekutif. Terletak di sebuah Bandar moden di Bandar Bukit Tinggi, ia terletak di berhampiran dengan pusat membeli-belah dan pusat perniagaan. Hotel Premiere Klang adalah sebahagian daripada Kumpulan Syarikat WCT.
Premiere Hotel Bufet Ramadan | Santai Santai Ramadan |
Santai Santai Ramadan di Hotel Premiere Klang
Sambutan bulan Ramadan yang bakal menjelma diserikan lagi dengan sajian berbuka puasa yang lazat di Hotel Premiere mulai pada 24 March 2023 hingga 19 April 2023. Menampilkan konsep Santai Santai Ramadan @ Premiere, bufet Ramadan pada kali ini mengetengahkan selera kampung dan signature menu makanan Melayu popular yang diterajui oleh Chef Eksekutif Hotel iaitu Chef Noor Hisham.
CN di Preview Bufet Ramadan Hotel Premiere Klang |
Bertempat di The Buzz Café, konsep ini menggabungkan hidangan yang terdiri daripada masakan tempatan dan antarabangsa yang mana turut dimeriahkan lagi dengan dekorasi ala-kampung.
Dekorasi yang menarik di Bufet Ramadan Hotel Premiere |
Selain itu, The Buzz Café turut menyediakan stesen - stesen masakan secara langsung seperti Kuey Teow Goreng, Roti Canai, Pisang Goreng, Popiah Basah, Satay, Apam Balik dan Murtabak.
Stesen satay antara yang menjadi tumpuan |
Bagi memastikan para tetamu menikmati hidangan yang disajikan, Bufet Ramadan kali ini menggunakan bahan dan rempah ratus yang segar dan berkualiti bagi membangkitkan lagi aroma dan rasa dalam masakan.
Ayam Bakar Kuzi Premiere Special |
Sajian baru chef adalah Grilled Chicken In Pot with Special Javanese Spicy Soya Sauce & Baked Red Snapper Mediterranean Style. Antara sajian utama Hotel Premiere kali ini adalah Gulai Kawah Pak Long, Ayam Bakar Kuzi Premiere Special, Ayam Masak Kantan, Udang Bakar BBQ, Sotong Lemak Cili Api dan pelbagai lagi.
Gulai Kambing |
Sotong Lemak Cili Padi |
Daging Salai Percik |
Ayam Masak Kantan |
Ikan Pari Asam Pedas |
Udang Masak Berlada |
Aneka seafood |
Ulam-ulaman dan pelbagai jenis sambal |
Pelbagai jenis air balang yang sedap |
Pelbagai juadah pencuci mulut yang akan disajikan, di antaranya adalah kuih muih tempatan, kek, pastri, buah-buahan dan pelbagai lagi yang pastinya membuatkan para tetamu rambang mata untuk mencuba.
Aneka dessert |
Aneka kuih muih tempatan |
Antara dessert pilihan CN. Belakang tu adalah air coconut shake & strawberi shake yang sedap sangat! Bercawan-cawan CN minum |
Antara dessert kegemaran CN, recommended! |
Jangan terlepas Première Special Assorted Milkshakes kegemaran kami adalah Kelapa, Mangga, Assam Boi, Strawberry dan lain lain yang unik - yang dihasilkan dengan penuh semangat. Sorotan yang menyegarkan adalah Durian Buffet yang bergantung pada musim.
CN dihadapan stesen pelbagai jenis tropical fruit |
Nampak tak durian tu, nom nom nom... |
Yeah, durian! |
Anak-anak CN suka stesen ice shaver ni, duk ulang ke sini je selain stesen ice cream |
Persembahan Asilimasi Band di Buffet Ramadhan Hotel Premiere Klang
Apa yang CN paling suka di Buffet Ramadhan Hotel Premiere Klang adalah persembahan dari Asilimasi Band. Mereka sangat berbakat tau. Dengan lagu moden sehingga lah ke lagu klasik, semua best. Paling best, lagu rock dikeroncongkan, unik tau. Memang bahagia sambil makan sambil layan live band gituw.
Video Preview Buffet Ramadan 2023 di Hotel Premiere Klang
Harga buffet Ramadhan di Hotel Premiere Klang
Harga untuk tempahan awal Santai Santai Ramadan @ Premiere adalah RM103+ seorang bermula dari 3 March 2023 hingga 26 March 2023 manakala harga biasa yang ditawarkan adalah RM123+ (dewasa) dan RM80+ bagi kanak-kanak dan warga emas. Hidangan berbuka puasa ini akan berlangsung pada setiap hari di Bulan Ramadan bermula jam 7.00 petang hingga 10.00 malam.
Akhir sekali ialah sesi Cabutan Bertuah yang akan diadakan pada 31 March, 7 April dan 14 April 2023. Anda berhak mendapat satu (1) penyertaan cabutan bertuah untuk setiap pembelian 9 Baucar Buffet Ramadan.
Hubungi untuk tempahan:
☎️03-3325 6828 / 03-3325 6879📱012 449 6258 (Mazlina Manaf)
📧 mazlina.manaf@premiere-hotel.wct.my
2 comments
Air balang tu menganyam tengok warnanya. Haha sabar jela.
ReplyDeletehotel buat air balang? hahaha.. santai sungguh..
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.