Bufet Ramadan SACC 2023 | Cita Rasa Muhibah
March 01, 2023Bufet Ramadan SACC 2023 | Pusat Konvesyen Shah Alam (SACC), satu lokasi sinonim dan popular dengan majlis bufet Ramadan kembali lagi dengan tradisi bufet Ramadan bertemakan "Cita Rasa Muhibbah" bermula 25 Mac hingga 19 April 2023.
![]() |
Kerabu mangga |
![]() |
Pelbagai pilihan pencuci mulut seperti dodol, kuih-muih tradisional, pastri, kuih raya, buhulu dan bread pudding |
![]() |
Gerai Apam Beratur, menyediakan apam SACC pelbagai perisa. |
![]() |
Gerai Sup Periuk, menyediakan aneka sup ayam, daging, kambing dan perut. |
![]() |
Gerai Mamak, menyediakan murtabak, roti canai, capati, kari dal, putu mayam dan vadey. |
![]() |
Gerai Chowrasta, menyediakan deep fried prawn fritters & kakiage tempura |
![]() |
Gerai Abe We, menyediakan air katira, teh tarik madu dan pelbagai air balang |
Berbuka Sambil Beramal
Menyedari unjuran agama Islam untuk perbanyakkan ibadah di bulan Ramadan, SACC mengambil inisiatif mulia bekerjasama dengan pihak MyFundAction dalam membantu mengumpul dana untuk penambahbaikan Program Pendidikan Kanak-Kanak B40 di Selangor. Program CSR ini memberi peluang kepada pengunjung SACC untuk "Berbuka Sambil Beramal".
![]() |
CN di Bufet Ramadan SACC 2023 | Cita Rasa Muhibah |
Mekanisma yang digunakan adalah melalui setiap boucher pembelian awal Bufet Ramadan yang dijual dengan harga RM88, RM1 akan disalurkan bersama-sama dengan sumbangan lain kepada program yang telah diamanahkan oleh MyFundAction ini.
Harga Bufet Ramadan SACC 2023
Harga biasa untuk dewasa adalah RM98++ manakala RM58++ untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun. Manakala kanak-kanak bawah 6 tahun adalah PERCUMA.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan harga promosi iaitu RM78++ dewasa bagi promosi pembukaan 6 hari awal di laman sesawang SACC.
![]() |
Dewan yang besar dan selesa |
Sementara itu, bagi pelanggan korporat, Pakej Korporat ditawarkan dengan harga bermula RM98++ lengkap dengan penggunaan ruang dewan, seleksi menu, sistem audio dan visual khas buat tetamu anda. Untuk pakej ini, anda boleh menghubungi SACC dan berbincang dengan pegawai jualan untuk memastikan sambutan Ramadan anda berjalan lancar.
![]() |
CN dan keluarga di Bufet Ramadan SACC |
1 comments
tengok pagi2 terus rasa lapar. hihih
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.