Anak demam?

July 01, 2022

Cara kurangkan panas badan anak | CN jarang bawa anak pergi klinik kalau demam. Pantau dulu keadaan anak, kalau 'semacam' terus bawak hospital. Sebab pernah ada pengalaman teruk masa anak sulung bila dibawa ke klinik. Tobat betul 😅

anak demam, cara mengurangkan demam, mandi ketika demam, mandi lemon, cara kurangkan panas badan
Anak demam? 

Cara kurangkan panas badan anak


📌 Jika anak demam, pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. 

📌 Bila selsema, tetap mandikan 3 kali sehari supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar.

📌 Bila batuk pun tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar. Kerap sapukan minyak telon atau krim panas dibelakang badan anak. InsyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Selepas sapu minyak tu, boleh tepuk manjah belakang anak. 

📌 Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya dada tidak mudah sejuk & diserang selsema.

Boleh cuba mandikan anak guna lemon untuk kurangkan panas badan.Hiris2 lemon, kemudian letak dalam tab mandi atau baldi.

Selamat mencuba 😉

Jangan lupa sediakan benda wajib di setiap rumah👇

✅ Ear infrared thermometer

✅ Forehead thermometer

✅ Cool fever

✅ Minyak telon 

✅ Youbaby Baby Cream (paling suka krim panas baby ni)


anak demam, cara mengurangkan demam, mandi ketika demam, mandi lemon, cara kurangkan panas badan
Dhia Zahra demam baru-baru ni


~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~


 

You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.