'SIGNATURE DISH' DI HOTEL PREMIÈRE KLANG SEMPENA PROMOSI BULAN MEI & JUN 2022
May 01, 2022'Signature Dish' di Hotel Première Klang | Hotel Première Klang terletak di Bandar Bukit Tinggi, Klang merupakan hotel 4 bintang dengan 250 bilik dan suites. Untuk pengetahuan semua di Hotel Première terdapatnya restoran serta kafe seperti The Buzz, Royal Gourmet dan Ichi PoolBar. The Buzz menawarkan hidangan masakan tempatan dan antarabangsa, manakala Royal Gourmet menyajikan hidangan asli Cina yang unik dan Ichi Pool Bar pula adalah restoran-bar yang menawarkan makanan ringan, burger dan pizza. Kafe ini juga terletak berhadapan dengan kolam renang.
Promosi istimewa bulan Mei & Jun Hotel Première Klang |
Promosi Hebat Untuk Bulan Mei dan Jun di Hotel Première Klang
Chef Eksekutif Hotel Première Klang iaitu Chef Noor Hisham dan pasukannya telah menawarkan pelbagai hidangan enak dan hebat yang sentiasa menjadi pilihan rata-rata pengunjung hotel sempena bulan Mei dan Jun ini.
Promosi istimewa bulan Mei & Jun Hotel Première Klang |
Hidangan yang mesti anda cuba adalah Ayam Bakar Pasu dan Mini Beef Wellington. Ayam Bakar Pasu dimasak dalam pot dengan bau arang yang sangat menyelerakan. Ayam Bakar Pasu yang lembut ni dihidangkan sekali dengan nasi, sayur & sos istimewa. Harga set Ayam Bakar Pasu ni adalah RM28 sahaja.
Set Ayam Bakar Pasu Hotel Première Klang |
Set Ayam Bakar Pasu Hotel Première Klang |
Hidangan kedua adalah Mini Beef Wellington. CN sendiri amat sukakan menu ni. Memang sedap! Nampak simple tapi sangat mengenyangkan. Aus Beef Terderloin dibalut dengan filo pastry yang dibakar, memang ngam! Hidangan ini didatangkan sekali dengan fluffy creamy mashed potatoes dalam satu set yang berharga RM50 sahaja.
Set Mini Beef Wellington Hotel Première Klang |
Set Mini Beef Wellington Hotel Première Klang |
Set Mini Beef Wellington Hotel Première Klang |
Semua hidangan ini boleh didapati dari bulan Mei hingga Jun 2022 dan jangan lepaskan peluang ini untuk mencubanya sendiri.
Untuk pertanyaan atau tempahan, sila hubungi :-
+603 3325 6828 / 03-3325 6800
E-mel :fnb@premiere-hotels.wct.my atau
Whatsapp : 012 449 6258
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
0 comments
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.