Jom cantik dengan 10Drs Probiotic Acne Series
February 23, 202310Drs Probiotic Acne Series | Pernah dengar tentang jenama 10Drs? Jenama ni mengandungi pelbagai produk dari skincare hingga ke penjagaan badan harian seperti shower oil & lotion. CN suka skincare 10Drs Probiotic Acne Series yang dirumus khas untuk membantu mengurangkan masalah kulit jerawat, warna kulit tidak sekata & liang pori tersumbat. Almaklum la, bila sudah berumur ni, banyak masalah kulit datang menyinggah, kena la jaga dengan skincare lengkap tau.
Jom cantik dengan 10Drs Probiotic Acne Series |
Review 10Drs Probiotic Acne Series
Skincare 10Drs Probiotic Acne Series ni sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit jenis normal hingga ke berminyak. CN sendiri dah gunakan set lengkap Probiotic Acne Series ni, memang best! Rasa berangin dan segar je lepas guna. Lagi-lagi sekarang ni tengah musim panas, memang kulit senang rasa panas dan merah, jerawat kecil pun senang singgah, sangat sesuai kalau anda gunakan skincare 10Drs Probiotic Acne Series ni.
10Drs Probiotic Acne Series |
Apa yang perlu anda tahu, produk 10Drs Probiotic Acne Series ni adalah water-based. Jadi ianya mudah meresap ke dalam kulit. Tidak melekit dan menggunakan teknology water-lock yang membantu melembabkan kulit. Selain itu, skincare ini juga membantu mengawal pengeluaran serum dan menguatkan pertahanan kulit dari sinar UV bahaya.
10Drs Probiotic Acne Series |
Skincare Terbaik Untuk Masalah Jerawat
Apa yang perlu anda tahu, produk 10Drs Probiotic Acne Series ni adalah water-based. Jadi ianya mudah meresap ke dalam kulit. Tidak melekit dan menggunakan teknology water-lock yang membantu melembabkan kulit. Selain itu, skincare ini juga membantu mengawal pengeluaran serum dan menguatkan pertahanan kulit dari sinar UV bahaya.
Jom cantik dengan 10Drs Probiotic Acne Series |
1. Probiotic Gel Cleanser (RM68)
Mengandungi Niacinamide, AHA, BHA, Lactobacillus yang membantu membersihkan liang roma tersumbat, sel kulit mati & mengurangkan masalah white & black head. Selepas penggunaan cleanser ni, kulit muka rasa 'sejuk' dan menyegarkan. Kulit rasa lembab dan selesa.
10Drs Probiotic Gel Cleanser |
2. Probiotic Renewing Toner (RM68)
Mengandungi 3 jenis AHA & BHA yang membantu membersihkan & melembutkan sel kulit mati. Pada masa yang sama, ia membantu mengekalkan PH kulit normal. Ianya tidak berminyak dan meresap terus ke dalam kulit.
10Drs Probiotic Renewing Toner |
3. Probiotic Gel Hydrator (RM88)
Selepas toner sebati ke dalam kulit, anda boleh lah menyapu gel hydrator ke kulit secara lembut. Gel ini membantu menguatkan dan melindungi kulit wajah dari bakteria berbahaya serta melembabkan kulit. Mempunyai teknologi water-lock yang membantu mengekalkan kelembapan kulit. Gel ni best sebab tidak melekit. Terus meresap ke dalam kulit.
10Drs Probiotic Gel Hydrator |
4. Probiotic Sun Protector (RM78)
Pada waktu siang, CN cadangkan untuk anda menyapu sun protector ini selepas penggunaan gel hydrator. Untuk melindungi kulit dari sinar UV & mengurangkan masalah liang tersumbat. Probiotic Sun Protector ini mengandungi SPF30 PA+++. Didatangkan dalam pack kecil, memang mudah untuk dibawa ke mana-mana.
10Drs Probiotic Sun Protector |
5. Probiotic Acne Cream (RM48)
Jika mempunyai jerawat kecil, sapukan acne cream ini pada kawasan jerawat sahaja. Ianya cepat mengecilkan jerawat baru, membunuh bakteria penyebab jerawat dan menenangkan. Jika mempunyai jerawat baru, CN akan sapu secara kerap dekat kawasan jerawat. Saiznya yang kecil boleh dibawa ke mana-mana.
10Drs Probiotic Acne Cream |
Beli Trial Set 10Drs Probiotic Acne Series di Shopee
Bagi anda yang ingin mencuba 10Drs Probiotic Acne Series ni, boleh lah beli dalam bentuk trial set di Shopee dengan harga cuma RM88 sahaja. Dalam trial set ini mengandungi Probiotic Gel Cleanser, Probiotic Renewing Toner, Probiotic Gel Hydrator & Probiotic Sun Protector.
Maklumat lanjut 👇
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
0 comments
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.