Ujian RTK virtual dengan eMedAsia

April 26, 2022

Anda pengembara? Travellers? CN ada berita gembira untuk anda. Kini mengembara lebih senang dan bahagia dengan eMedAsia. CN percaya jika anda pengembara sejati pasti sudah tahu keperluan membuat ujian RTK atau PCR sebelum menaiki kapal terbang. Ujian RTK atau PCR ni pulak bukan semua klinik tawarkan, agak susah bila perlu segera travel kan?

emedasia, cara buat rtk online, rtk test virtual, rtk test murah, rtk test klia, virtual rtk test, ujian rtk virtual

Ujian RTK virtual dengan eMedAsia


Tahu tak eMedAsia ada tawarkan ujian RTK virtual dengan harga serendah RM25? Murah sangat kan?

Untuk pengetahuan anda, eMedAsia adalah kepunyaan HS Bio yang berkolaborasi dengan Koperasi Persatuan Perubatan Malaysia (KOOP MMA), di mana ahlinya adalah dari Malaysian Medical Associations (MMA). MMA ialah badan perwakilan utama bagi pengamal perubatan berdaftar di Malaysia. eMedAsia mempunyai lebih 2,500 pengamal am (GP) yang diiktiraf oleh KKM seluruh negara di platform emedasia.com. 

Berbalik tentang ujian RTK virtual oleh eMedAsia, bila sebut tentang virtual maksudnya anda tak perlu ke klinik atau hospital untuk menjalani ujian RTK atau PCR test. Boleh buat dimana sahaja. Senang sangat! eMedAsia bekerjasama dengan CLEADOC untuk menjalankan ujian RTK secara virtual ni. Keputusan akan  disahkan oleh doktor perubatan dan dikemaskini terus ke MySejahtera. Harga yang ditawarkan cuma RM25 sahaja. 

Jika anda tidak yakin untuk membuat sendiri ujian RTK secara virtual, anda boleh melakukan ujian di klinik terpilih bawah eMedAsia. Bayarannya cuma RM70 untuk warganegara Malaysia dan RM90 untuk bukan warganegara Malaysia. 

eMedAsia Memudahkan Pengembara


Jika anda travel dari luar negara dan ingin pulang ke Malaysia pula, anda boleh skip Airport Test Queue dengan Online Pre-Booking untuk ujian RTK semasa ketibaan melalui MySafeTravel.gov.my



Mengapa Perlu Pilih eMedAsia?


1. Skip untuk beratur panjang dan elakkan orang ramai di airport
2. Mengurangkan risiko COVID-19 apabila terdedah dengan orang ramai ketika beratur 
3. RTK atau PCR test boleh dibuat di mana-mana tanpa perlu bersesak di airport
4. Lebih 2000 ahli berdaftar di lamanweb eMedAsia.
5. Harga mampu milik
6. Keputusan terus dikemaskini di MySejahtera. Tidak perlu kemaskini secara manual.
7. Doktor perubatan berdaftar yang boleh dipercayai dan diiktiraf serta diluluskan oleh KKM & KOOP MMA. 

Selain ujian RTK dan PCR, travel & health screening, eMedAsia juga ada menawarkan general blood test. Maklumat lanjut mengenai eMedAsia, layari lamanweb https://www.emedasia.com/


~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~


You Might Also Like

2 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.