Resepi biskut lemak 4 bahan

April 27, 2022

Biskut lemak 4 bahan sahaja | Biskut lemak adalah antara biskut klasik yang mesti ada di rumah CN ketika raya. Rasanya yang berlemak, cair di mulut, memang sedap! Nak buat pun senang sahaja. CN percaya anda juga mampu menghasilkan biskut lemak yang sedap ni. 

Biskut lemak 4 bahan sukatan cawan


resepi biskut lemak sukatan cawan, biskut lemak sukatan cawan, biskut lemak homemade, resepi biskut lemak, cara membuat biskut lemak
Resepi biskut lemak 4 bahan sukatan cawan



Bahan-bahan membuat biskut lemak sukatan cawan


  • 1 pek salted butter (CN guna Salted Anchor Pure Butter 227g)
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu esen vanila
  • gula kastor untuk hiasan
resepi biskut lemak sukatan cawan, biskut lemak sukatan cawan, biskut lemak homemade, resepi biskut lemak, cara membuat biskut lemak
Biskut lemak 4 bahan sahaja


Cara-cara membuat biskut lemak

  1. Pukul manja butter, esen vanila & telur.
  2. Masukkan tepung sediki demi sedikit. Uli ikut acuan kegemaran.
  3. Bakar pada suhu 170c selama 20 minit (bergantung kepada oven masing-masing)

Selamat mencuba! 

Video cara membuat biskut lemak



~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~


You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.