Resepi biskut lemak 4 bahan
April 27, 2022Biskut lemak 4 bahan sahaja | Biskut lemak adalah antara biskut klasik yang mesti ada di rumah CN ketika raya. Rasanya yang berlemak, cair di mulut, memang sedap! Nak buat pun senang sahaja. CN percaya anda juga mampu menghasilkan biskut lemak yang sedap ni.
Biskut lemak 4 bahan sukatan cawan
Resepi biskut lemak 4 bahan sukatan cawan |
Bahan-bahan membuat biskut lemak sukatan cawan
- 1 pek salted butter (CN guna Salted Anchor Pure Butter 227g)
- 3 cawan tepung gandum
- 2 biji kuning telur
- 1 sudu esen vanila
- gula kastor untuk hiasan
Biskut lemak 4 bahan sahaja |
Cara-cara membuat biskut lemak
- Pukul manja butter, esen vanila & telur.
- Masukkan tepung sediki demi sedikit. Uli ikut acuan kegemaran.
- Bakar pada suhu 170c selama 20 minit (bergantung kepada oven masing-masing)
Selamat mencuba!
Video cara membuat biskut lemak
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
0 comments
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.