5 Makanan Tingkatkan Imuniti Badan Di Musim Endemik Covid-19
March 04, 2022Musim Covid-19 yang melanda negara sekarang ini
menyebabkan kita dihantui dengan rasa kerisauan dan ketakutan dek kerana trend
peningkatan kes jangkitan harian yang tiada tanda-tanda penurunan.
Minggu ini sahaja kita telah saksikan
peningkatan kes harian yang sangat-sangat tinggi dan tidak mustahil CN boleh
katakan angka-angka ini akan terus meningkat jika kita tidak menjaga SOP yang
ditetapkan oleh kerajaan.
Kelas anak-anak CN pun terpaksa ditutup
sementara waktu gara-gara ada pelajar yang positif Covid-19. Mujur lah cuti
sekolah minggu hadapan, rasa tenang sikit apabila anak-anak di rumah
je. Nak keluar ke mana-mana pun sekarang ni takut.
Keluarga Terdekat CN Dijangkiti Covid-19
Covid-19 is real |
Bila cerita tentang virus Covid-19 ni, adik CN
sendiri serta suami dan kedua anaknya sudah dua kali dijangkiti virus Covid-19.
Memang menyakitkan, lagi-lagi adik CN dan anak-anaknya mempunyai penyakit asma
yang perlu sentiasa pantau tahap oksigen dalam badan, suhu dan BP.
Masa tu pulak adik CN sekeluarga kuarantin di
rumah. Memang terlepek baring je tak boleh nak buat apa-apa aktiviti kata adik
CN. Nasib baik ada ahli keluarga lain yang bantu berikan sokongan dan
jiran yang datang berikan bantuan bahan makanan. Part paling leceh tu hari-hari
kena isi borang kaji selidik di MySejahtera mengenai perkembangan terkini kita.
Dari pengalaman adik CN sendiri, paling penting
untuk lawan virus ni adalah dengan meningkatkan sistem imun badan selain
daripada makan ubat. Jika sistem imun badan kita tinggi, tubuh badan kita dapat
melawan virus jahat ni.
Untuk pengetahuan anda, ada banyak cara untuk meningkatkan imuniti
badan kita ni, antaranya adalah dengan pengambilan makanan yang sihat dan
berkhasiat. Tapi, tahukah anda ada beberapa jenis makanan yang dapat
meningkatkan imuniti badan?
5 Makanan
Tingkatkan Imuniti Badan
Disini CN kongsikan 5 makanan tingkatkan imuniti
badan.
1.
Bawang putih
Pengambilan dua ulas bawang putih mentah sehari
atau mencampurkannya dalam masakan boleh memberi kebaikan pada tubuh. Ini
kerana bawang putih memiliki bahan aktif alisin yang boleh melawan jangkitan
dan bakteria.
2.
Teh hijau
Teh hijau kaya dengan vitamin c dan flavonoid
yang membantu tubuh melawan pembentukan radikal bebas. Ia juga mengandungi
epigallocatechin gallate iaitu sejenis antioksida yang sangat berkesan untuk
mempertingkatkan daya ketahanan tubuh badan.
3.
Bayam
Bayam antara sayur yang kaya dengan antioksida
dan beta karoten yang dapat meningkatkan kemampuan memerangi jangkitan sistem
imun kita.
4.
Halia
Halia dipercayai boleh mengurangkan kolestrol
dalam badan seseorang. Ia juga boleh membantu mengurangkan keradangan, sakit
tekak dan menghilangkan mual.
5.
Buah-buahan jenis masam (sitrus)
Buah-buahan sitrus kaya dengan vitamin c yang
dipercayai membantu meningkatkan pengeluaran sel darah putih. Untuk pengetahuan
anda, sel darah putih amat penting dalam membantu tubuh melawan jangkitan
virus dan bakteria.
Sebenarnya banyak lagi makanan-makanan yang
boleh tingkatkan imuniti badan. Tapi biasa la. Ramai diantara kita ni tak rajin
nak makan makanan berkhasiat setiap hari. Kadang-kadang tu makan pun main
langgar je dan terlalu ikut nafsu. Pantang je nampak makanan dan minuman yang
viral hehe…
Kita sebenarnya kena amalkan makan makanan yang
berkhasiat setiap hari kerana tubuh badan kita ni tidak dapat menghasilkan
vitamin-vitamin penting seperti vitamin C dan D. Namun begitu, kekurangan kedua
dua vitamin C dan D ini dapat diatasi dengan kemajuan sains dan teknologi kini
iaitu melalui pengambilan makanan tambahan.
Pernah dengar tentang Cendawan Susu Harimau?
Siapa yang pernah dengar atau tahu Cendawan Susu
Harimau ni? Mesti ramai yang 1st time dengar kan?
Ha… Bagi yang tak pernah dengar, Cendawan
Susu Harimau ni tumbuh di kawasan hutan tebal terutamanya di Banjaran
Titiwangsa dan sangat susah dicari. Tapi, cendawan ni dah viral tau sebab boleh
membantu menguatkan paru-paru dan sembuhkan masalah pernafasan seperti batuk
kronik, asma, resdung, demam dan juga selesema.
Cendawan susu harimau |
Dengan kemajuan sains dan teknologi yang kita
ada sekarang, penghasilan Cendawan Susu Harimau telah dikultur dan
dikomersialkan untuk memudahkan orang ramai mendapat kebaikannya. Malah, kajian
mendapati Cendawan Susu Harimau yang dikulturkan mempunyai kandungan nutrisi
yang lebih tinggi berbanding yang tumbuh meliar.
Cendawan Susu Harimau ni kalau anda nak tahu,
harganya boleh mencecah ribuan ringgit untuk setiap gram. Mahal tu!
Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri, doktor perubatan dan pakar formulasi yakin bahawa pengambilan makanan tambahan atau suplemen memainkan peranan yang penting untuk membekalkan sumber nutrisi mencukupi kepada badan. Beliau juga percaya pengambilan suplemen tidak boleh dipandang remeh terutamanya pada musim wabak yang melanda dunia sekarang. Lebih-lebih lagi jika anda sudah mengalami penyakit seperti diabetes, darah tinggi dan masalah jantung.
Untuk pengetahuan semua, Cendawan Susu Harimau,
Vitamin C, Vitamin D dan buah Camu-Camu merupakan gabungan bahan yang terbaik
untuk tingkatkan sistem imuniti badan.
Cuba bayangkan jika anda mengambil 4 jenis
suplemen ini secara berasingan, pasti harganya akan mencecah RM499 dan ke atas,
tetapi Eskayvie Diffenz menyediakan anda pilihan yang lebih
berpatutan dengan hanya RM60 bagi satu botol. Berbaloi kan? Harga mampu milik tapi
khasiatnya kayangan!
Apa Kata Mereka Yang Dah Gunakan Eskayvie Diffenz ni?
En. Muhammad dari Bukit Canggang telah berkongsikan
pengalaman beliau dijangkiti Covid-19 tahap 5 hingga dimasukkan ke ICU selama 2
hari kerana radang hati, jangkitan kuman dalam darah, batuk berdarah dan
jangkitan kuman pada paru-paru. Seluruh keluarganya juga turut dijangkiti.
Beliau makan sehari 2 biji Diffenz pagi dan
malam sebelum tidur. Beliau merasakan kesan yang sangat baik daripada amalan
pengambilan Diffenz yang konsisten sehingga beliau cepat sembuh. Kawan-kawan
yang pernah dijangkiti Covid-19 mengambil masa lebih kurang 2 minggu untuk
dapat balik deria rasa dan deria bau, tetapi beliau hanya ambil masa 3 hari
sahaja.
Beliau sangat bersyukur kerana Diffenz ni
sangat membantu beliau sekeluarga.
Pentingnya
Pengambilan Eskayvie Diffenz & Diffenz Junior Untuk Perlindungan Seisi
Keluarga
Eskayvie Diffenz & Eskayvie Diffenz Junior |
Menariknya Eskayvie Diffenz ni, bukan
sahaja membantu meningkatkan sistem imuniti badan, ianya diperbuat 100%
daripada bahan semulajadi, kaya antioksidan, membantu memberi tenaga dan
melindungi paru-paru. Makanan tambahan ini sangat sesuai di amalkan seisi
keluarga di musim endemik sekarang ni.
Untuk pengetahuan anda, Eskayvie juga ada
perlindungan untuk anak-anak di bawah 5 tahun yang masih belum menerima vaksin
iaitu Diffenz Junior. Anda boleh cuba Eskayvie Diffenz
Junior untuk si kecil yang membantu melindungi paru-paru serta
meningkatkan sistem imun badan.
Ingat ya! Kes tengah meningkat dan di sekeliling
kita ramai yang telah dijangkiti. Jadi, kita perlu persiapkan diri dengan
meningkatkan kekuatan sistem imun badan dengan pengambilan makanan tambahan
yang boleh membantu. Ada yang cakap, kalau nak kena tu kena. Betul… Tapi
sekurang-kurangnya kita ikhtiar dan berusaha yang terbaik untuk diri dan
keluarga. Selebihnya kita tawakal kepada yang Maha Esa.
Eskayvie Diffenz & Eskayvie Diffenz Junior |
Berminat nak dapatkan Eskayvie Diffenz? Layari
laman web dan media sosial dibawah.
Maklumat
lanjut:
Laman web: www.eskayvie.com
Facebook: https://www.facebook.com/diffenz_nexus
Instagram: https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
0 comments
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.