Berbaloi staycation di Tamarind Suites, Cyberjaya

October 11, 2021

Staycation di Tamarind Suites, Cyberjaya | Alhamdulillah, sebelum CN mula ke sekolah setelah berbulan-bulan work at home, sempat staycation di Tamarind Suites yang terletak di Cyberjaya. Bersebelahan dengan SK Cyberjaya je. Happy sangat anak-anak sebab lama sangat terperuk di rumah. Banyak kali dorang cakap "terima kasih mama, terima kasih ayah!" dengan ciuman bertalu-talu. Seronok sangat! Walaupun dekat je Cyberjaya ni dengan rumah CN, tapi bila dapat keluar rumah dan buat benda lain dari kelaziman memang bahagia! Rasa release je.  


Staycation di Tamarind Suites, Cyberjaya 


tamarind suites cyberjaya, staycation di tamarind suites, review studio room tamarind suites, tempat makan best tamarind square,

Studio Room di Tamarind Suite, Cyberjaya


Rate harga studio room di Tamarind Suites, Cyberjaya dalam lingkungan RM135 hingga RM190. CN beli voucher dengan harga RM135 dekat agent. Memang senang sangat urusan. Tak ada receptionist bagai, cuma tunggu di waiting area dekat tempat parking. Inform agent melalui whatsapp yang kita dah sampai, tara, tak sampai 15 minit dah dapat kunci. 

tamarind suites cyberjaya, staycation di tamarind suites, review studio room tamarind suites, tempat makan best tamarind square,
Sempat selfie sementara tunggu agent datang hantar kunci

tamarind suites cyberjaya, staycation di tamarind suites, review studio room tamarind suites, tempat makan best tamarind square,
Waiting area di tempat parking


CN dapat bilik di tingkat 11. Bilik studio ni memang selesa. Anda boleh masak tau, disediakan dapur elektrik dan perkakasan untuk masak. Ada 2 katil saiz king, sesuai untuk kami sekeluarga. Disediakan 4 tuala mandi dewasa dan sabun mandi. Sabun basuh pinggan mangkuk pun ada. Macam biasa, ada peti ais kecil, iron dan iron board serta hair dryer. Lengkap lah macam stay dekat hotel tu. Best! 

tamarind suites cyberjaya, staycation di tamarind suites, review studio room tamarind suites, tempat makan best tamarind square,
Hiasan dinding di bilik kami

tamarind suites cyberjaya, staycation di tamarind suites, review studio room tamarind suites, tempat makan best tamarind square,
Irfan dan Dhia yang excited

tamarind suites cyberjaya, staycation di tamarind suites, review studio room tamarind suites, tempat makan best tamarind square,
Tandas bersih. CN suka.

tamarind suites cyberjaya, staycation di tamarind suites, review studio room tamarind suites, tempat makan best tamarind square,
Ada rak tepi tv boleh letak handbag kata Dhia Zahra



tamarind suites cyberjaya, staycation di tamarind suites, review studio room tamarind suites, tempat makan best tamarind square,
Budak muka happy dapat keluar staycation gituw


Kolam mandi di Tamarind Suites, Cyberjaya memang best!


Tarikan utama Tamarind Suites sudah tentu kolam renangnya yang menyajikan pemandangan indah Cyberjaya. Anda boleh memilih kolam renang di tingkat 7 atau tingkat 17. Sudah tentu pilihan CN tingkat 17, memang best view! Rasa tenang je sambil tengok anak-anak mandi berjam-jam sampai kecut jari. 

tamarind suites cyberjaya, staycation di tamarind suites, review studio room tamarind suites, tempat makan best tamarind square,
Encik Suami konon-konon tak nak mandi katanya

tamarind suites cyberjaya, staycation di tamarind suites, review studio room tamarind suites, tempat makan best tamarind square,
Cantik kan view kolam mandi dekat sini?

tamarind suites cyberjaya, staycation di tamarind suites, review studio room tamarind suites, tempat makan best tamarind square,
Best je tengok view Cyberjaya dari kolam mandi ni


Video Review Staycation di Tamarind Suites, Cyberjaya




Pelbagai pilihan kedai makan di Tamarind Square, Cyberjaya


Tamarind Suites terletak di bahagian belakang Tamarind Square yang terkenal dengan tempat bergambar yang cantik di Instagram. Tapi CN tak berkesempatan untuk bergambar di sana disebabkan oleh kekangan masa. Encik Suami nak balik cepat, mungkin lain kali akan kesini lagi untuk bergambar, hehehe..

Okay, walaupun nampak macam dekat je, bagi preggy mom macam CN ni kena naik kereta jugak untuk ke Tamarind Square dari Tamarind Suites ni. Ada banyak pilihan kedai dari tekak melayu, western, Korea dan Jepun. 

Pilihan CN sudah tentu kedai makan Korea yang glamer iaitu Dokebi Chicken yang terletak di D3 manakala anak-anak memilih Burger King, sebelah Dokebi Chicken je. 

Level yang sama ada juga Tealive, cantik sangat kedai Tealive dekat sini. Tak sempat pula CN nak ambil gambar. 

Ramai cadangkan untuk cuba menu di Restoren Lauk Kampung yang terletak di blok B. Mungkin lain kali CN cuba ye. 

tamarind suites cyberjaya, staycation di tamarind suites, review studio room tamarind suites, tempat makan best tamarind square,
Anak-anak teman CN tapau makanan di Dokebi Chicken. Lawa sangat interior design dekat sini. 



~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~

You Might Also Like

1 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.