Setelah sekian lama tak berkelah
September 15, 2021Setelah sekian lama tak berkelah | Alhamdulillah, Selangor kini telah memasuki ke Fasa 2. Banyak aktiviti boleh dilakukan di luar. Tapi perlu ingat, SOP jangan dilupa. Memang agak terkejut bila keluar nak beli barang, terpaksa mengadap jammed di Banting! Ya, Banting hokay. Ramai betul pelancong berpusu-pusu ke Pantai Morib. Jadi taknak meramaikan keadaan, CN dan suami bawak anak-anak berkelah di tasik rahsia masih di daerah Kuala Langat. Bahagia betul ke sini, tak ada orang, tenang je picnic sambil teman Encik Suami memancing. Tak perlu pakai face mask tau!
Berkelah di tasik rahsia di Kuala Langat
Mak buyung muka excited dapat berkelah di tasik rahsia |
Pengalaman baru bagi anak-anak teman ayahnya memancing. Biasanya ayahnya tunjuk gambar memancing je, kali ni bawak anak-anak. Cukup limit 2 jam, si kecik Dhia Zahra dah ajak balik! Adoi, sebijik perangai mak dia, tak boleh berlama-lama tengok orang memancing ni. Cepat bosan!
Anak-anak happy dapat berkelah dan berlari-lari di tepi tasik. p/s: Dhia Zahra tengah sibuk menggaru sebab kena attack dengan nyamuk..hehe |
Irfan pulak agak excited dapat join memancing sekali dengan ayahnya. Tapi bila suruh pegang ikan, geleng-geleng tak nak. Geli katanya.
Gegurl memang kerjanya asyik bergambar jela, hehehe |
Alhamdulillah, rasa release dan tenang dapat tengok persekitaran tasik yang tenang dan menghijau. Semoga covid-19 ni cepat lah hilang dari muka bumi ni. Letih asyik terperuk di rumah.
Irfan pun jenis suka bergambar gak, hasil pengaruh mamanya |
Suka anak-anak dapat bebas berlari |
Dhia Zahra lepas penat berlari terus parking depan CN mintak handphone! Adoi lah anak... |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
2 comments
Sekali sekala keluar rumah ambik udara luar bestnya. Berkelah di tempat orang tak ramai. Handsome lah irfan! Dhia muka sebijik ya mcm ibunya 😍
ReplyDeleteselamat bercuti CN. Baguslah pergi tempat tak ramai orang. yang penting anak-anak seronok
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.