Scan Baby 3D Banting
October 04, 2021Scan Baby 3D Banting | Sememangnya sebagai ibu yang hamil, pasti berasa teruja untuk melihat keadaan bayi yang dikandung. Lebih-lebih lagi bila dapat melihat bayi tersebut dengan lebih jelas melalui scan ultrasound 3D iaitu gambar berwarna oren dan 4D melalui video 3 dimensi. Masa Irfan dulu CN tak berkesempatan untuk scan 3D/4D, tapi Dhia Zahra sempat dan seronok tengok bersama Irfan ketika tu yang masih berumur 4 tahun. Pregnant kali ketiga ni CN juga agak teruja untuk berkongsi dengan abam & kakaknya untuk tengok perkembangan si kecil sekali gus nak tengok jantina. Yela, sudah 2 kali scan tak dapat tengok jantina tau.
Tempat pilihan untuk scan baby 3D kali ni adalah di Banting sahaja. Senang, 5 minit je dari rumah. Klinik Siti cawangan Banting adalah pilihan CN dan Encik Suami untuk scan baby 3D/4D.
Scan Baby 3D Banting
Scan Baby 3D Banting |
Pengalaman Scan Baby 3D di Klinik Siti Banting
CN nasihatkan jika anda hendak scan baby 3D/4D di Klinik Siti, lebih baik booking dulu. Senang tak perlu tunggu lama. Siap dapat panggilan telefon lagi remind kita untuk datang ke klinik tau.
Irfan dan Dhia Zahra yang excited |
Suasana menunggu di klinik selesa, wall klinik cantik dan mesra instagram tau. Laju je CN snap gambar Irfan dan Dhia Zahra sementara tunggu nak masuk jumpa doktor.
Sempat posing dulu sementara tunggu dipanggil doktor |
Hokay, suasana dalam bilik scan memang selesa. Ada TV besar, kusyen dan bantal peluk lagi untuk suami dan anak-anak yang menemani. Pada mulanya si adik baby taknak bagi kerjasama. Boleh dia tidur tau! Padahal CN dah minum air kopi ais lagi sebelum scan nak bagi dia berjaga. Tapi doktor memang penyabar, dia pujuk si kecik ni sampai lah dapat snap momen tengah menguap!
Antara wall yang cantik untuk bergambar |
Si abang Irfan dan kakak Dhia memang excited dapat tengok adik baby. Disebabkan Irfan dah besar, dia lebih faham untuk tengok hasil scan berbanding Dhia yang terpinga-pinga. Abang Irfan siap cakap lagi, "banyaknya tulang baby!" masa scan 2D. Memang jenuh nak snap muka si kecil ni, dia asyik sorok dengan tangan je. Sabar jela.
Gambar baby print out color |
Okay, setle part snap muka, tiba lah masa untuk tengok jantina baby. Agak mencabar jugak, tapi lega selepas dipujuk akhirnya si kecil ni terkangkang besar. Dapat lah tengok! Alahai lah anak, tak sabar nak tunggu awak keluar tau! Pemalu sangat macam abang Irfan dia.
Snap by Dhia Zahra sebelum balik |
Harga Scan Baby 3D/4D Klinik Siti Banting
Untuk pakej scan baby 3D/4D ni berharga RM160 sahaja. Dapat gambar baby yang diprint color. Gambar dan video dihantar ke telegram kita, boleh lah simpan buat kenangan kan. Ada 2D growth scan dan gender scan. Memang berbaloi!
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
0 comments
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.