Resepi Kacang Pool guna Ayam Brand Kacang Panggang Keju
August 28, 2021Resepi Kacang Pool Mudah Tapi Sedap | Musim sekarang memang susah nak keluar untuk makan kacang pool. Jadi CN cuba resepi mudah membuat kacang pool menggunakan Ayam Brand Kacang Panggang Keju. Serius, sedap sangat dengan rasa lemak-lemak dari kacang panggang keju ni. Resepi CN ni agak derhaka dari resepi biasa sebab CN cuma menggunakan satu jenis kacang sahaja. Tapi serius, rasanya memang tidak lari dari original. Sedap tau! Cuba lah!
Resepi Kacang Pool guna Ayam Brand Kacang Panggang Keju
Bahan-bahan membuat kacang pool
>> satu tin Ayam Brand Kacang Panggang Keju dihancurkan
>> satu sudu butter
>> 2 sudu besar serbuk kari daging
>> daging cincang
>> bawang besar dipotong dadu
>> bawang putih dicincang halus
>> telur mata untuk hiasan
>> cili padi dipotong halus untuk hiasan
>> roti bakar. Paling sedap guna roti perancis, tapi dekat rumah tak ada. Jadi CN guna roti gardenia je.
Cara-cara membuat kacang pool
>> Masukkan butter dan tumis bawang putih dan merah sehingga kekuningan.
>> Kemudian masukkan daging cincang dan goreng sehingga masak.
>> Selepas itu, masukkan serbuk kari daging dan air. Tumis sehingga pecah minyak.
>> Masukkan air dan masukkan satu tin Ayam Brand Kacang Panggang Keju yang telah dihancurkan tadi.
>> Perasakan dengan garam dan sedia dihidang.
Kacang pool ini sedap sangat dimakan bersama telur mata goyang dengan taburan bawang merah & cili. Cicah bersama roti bakar. Selamat mencuba!
Video Cara Buat Kacang Pool
Boleh tengok video di bawah cara buat kacang pool menggunakan Ayam Brand Kacang Panggang Keju. Mudah sangat! Yang penting rasanya sedap dimakan bersama roti bakar dan telur mata.
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
1 comments
Alaaaa...sedapnya...sana sini tgok ada yang up pasal kacang pool ni....
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.