CyberWira, didik anak digital dengan dunia siber yang selamat & bermanfaat
August 14, 2021CyberWira, didik anak digital dengan dunia siber yang selamat & bermanfaat | Di Malaysia, masih ramai yang tidak peka dengan keselamatan siber. Kita sering melihat golongan profesional sendiri terlibat dengan penipuan di internet. Tidak dinafikan apabila semuanya di hujung jari memang kehidupan menjadi lebih mudah! Tidak kira peringkat umur, semuanya sudah tahu dan gemar berkomunikasi menggunakan Internet. Namun, tidak semua sedar bahawa penggunaan Internet ini juga merbahaya jika tidak tahu etika & hak ketika menggunakan Internet.
CyberWira, didik anak digital dengan dunia siber yang selamat & bermanfaat |
CN sendiri sebagai cikgu Sains Komputer, sering mengingatkan pelajar supaya berhati-hati ketika di alam siber. Siber buli, penipuan internet dan macam-macam lagi masalah lain yang melibatkan Internet bukan sahaja merisaukan guru-guru malah ibu bapa kerana ketika ini semua pelajar di Malaysia sedang melalui pembelajaran & pengajaran di rumah. Penggunaan Internet sangat maksimum ketika ini.
CyberWira: Didik Anak Digital oleh LeapEd
CyberWira, didik anak digital |
Mujur LeapEd Services sebuah perusahaan sosial yang ditubuhkan pada bulan September 2020 telah memperkenalkan kursus Program CyberWira. LeapEd berkerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, Yayasan AMIR, Yayasan Hasanah dan pelbagai lagi organisasi dalam program transformasi pendidikan. Untuk pengetahuan semua, LeapEd pernah menerima anugerah sosial enterprise dan merupakan homegrown Education Service Provider.
Aktiviti transformasi pendidikan yang diperkenalkan adalah seiring dengan Malaysia Education Blueprint 2013 – 2025 (MEB) dan juga United Nation’s Sustainable Development Goals (SDGs). Sehingga artikel ini ditulis LeapEd Services telah berkerjasama dengan 164 sekolah kebangsaan yang melibatkan 166,000 pelajar dari seluruh negara.
Mengapa anak-anak remaja perlu menyertai Program CyberWira?
CN percaya, sebagai ibu bapa sememangnya amat sukar untuk mengawasi anak-anak ketika melayari Internet. Hakikatnya banyak perkara boleh terjadi jika anak tidak memahami isu keselamatan yang perlu diambil kira ketika berada di alam maya. Contohnya, apakah cara terbaik ketika membina password, apakah benda yang boleh dan tidak boleh dikongsi di media sosial dan banyak lagi. Paling risau jika anak kita sendiri terlibat dengan masalah buli siber!
Apakah itu buli siber? Ia merupakan perbuatan berulang dengan tujuan untuk menakutkan, mendatangkan kemarahan dan memalukan seseorang menggunakan kemudahan teknologi komunikasi seperti teks, chatting, emel, laman web sosial, telefon bimbit dan permainan internet.
Satu tinjauan telah dijalankan oleh syarikat tinjauan antarabangsa Ipsos mendapati Malaysia antara negara yang mempunyai masalah buli siber yang tinggi.
Ranking negara yang mempunyai masalah buli siber |
Bayangkan Malaysia berada di tangga ke-6 tertinggi di dunia dan ke-2 tertinggi di Asia. Baru-baru ini ketika Sukan Olimpik di Tokyo, rakyat Malaysia tidak terkecuali menjadi pembuli siber dengan menghantar komen-komen negatif kepada atlet sukan negara lain kerana tidak berpuas hati. Dan jangan terkejut kerana kebanyakan mereka yang menghantar komen negatif tersebut adalah anak-anak remaja!
Jadi bagaimana kita sebagai guru dan ibubapa dapat membantu anak daripada terjebak dengan masalah buli siber ini? Selain daripada berbincang dan berehat daripada penggunaan media sosial, kita juga boleh menggalakkan anak untuk menyertai program CyberWira dan seterusnya menjadi sebahagian daripada CyberWira Digital Citizenship.
Apakah itu CyberWira Digital Citizenship?
CyberWira Digital Citizenship dapat membantu kita memahami cara menggunakan teknologi digital sekaligus boleh berinteraksi dengan dunia dengan lebih yakin, bertanggungjawab dan positif. Ia juga dijadikan sebagai panduan bagi membantu kita menghindari banyak unsur negatif yang boleh mendatangkan kesan tidak baik ketika menggunakan teknologi digital.
Mengapa perlunya CyberWira Digital Citizenship?
Hidup dalam masyarakat kita perlu mengikut norma, peraturan dan undang-undang yang telah lama ditetapkan. Dunia dalam talian juga sebenarnya tidak banyak berbeza walaupun peraturannya kurang diambil berat. Setiap kali teknologi baru muncul, masyarakat sememangnya cepat menyesuaikan diri dengan penggunaannya namun sayangnya ramai juga yang telah menyalahgunakannya. Melalui program CyberWira Digital Citizenship ini dapat membantu kita menjadi individu yang bertanggungjawab serta dapat memanfaatkan sepenuhnya peluang luar biasa yang ditawarkan oleh dunia atas talian.
8 modul di dalam CyberWira Digital Citizenship
- Digital Footprint & Reputation - We are the product, our data is for sale, workforce readiness, social media awareness .
- Digital Etiquette - Viral spread of fake news, erosion of trust, engage through rage, cyberbullying
- Digital Security - Unhealthy digital behaviours, phishing, identity theft, lack of online financial scam awareness.
- Digital Literacy - Unreliable information sources, erosion of trust, critical thinking, workforce, social media awareness.
- Digital Communication - Workforce readiness, viral spread of fake news, cyberbullying
- Digital Health & Wellness - Unhealthy digital behaviours, addictive technologies, attention economy.
- Digital Commerce - Lack of entrepreneurial skills, workforce readiness, lack of basic financial literacy.
- Digital Rights and Responsibilities - Social media giants not held responsible, digital creativity, empowerment, plagiarism & copyright.
Pengalaman CN selepas menyertai Program CyberWira
CN sendiri telah menamatkan kursus Program CyberWira ini. Sebagai cikgu, CN merasakan kandungan program ini sangat menarik. Menggunakan ayat yang mudah difahami oleh anak remaja dan tidak membosankan. CN percaya, anak remaja yang menyertai program ini akan lebih berhati-hati selepas ini untuk menulis dan menjaga adab ketika berkomunikasi di atas talian. Menerusi program ini juga dapat memberi pendedahan kepada remaja betapa pentingnya menjaga privasi terutamanya dari segi maklumat diri dan keluarga.
Paling penting, anak-anak tahu menggunakan teknologi atas talian dengan cara yang betul dan bagi tujuan yang berfaedah sahaja. Lebih menarik jika modul CyberWira ini dimasukkan dalam salah satu pembelajaran di sekolah.
Sertai peraduan dan menangi kursus Program CyberWira secara PERCUMA
Kursus program CyberWira ini cuma berharga RM40 sahaja. Tetapi anda berpeluang untuk mendapatkannya secara PERCUMA dengan menyertai peraduan di bawah. Caranya amat mudah!
0 comments
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.