Tokio Marine Malaysia tubuh “Dana Bantuan Perubatan Tokio Marine COVID-19” sebagai sokongan kepada para pelanggan pada waktu mencabar sekarang
March 26, 2021Demi meringankan beban pihak penjagaan kesihatan awam negara, kerajaan telah menyatakan niat mereka untuk menambahkan hospital swasta sebagai pusat rawatan COVID-19. Untuk mengakhiri pandemik COVID-19, kerajaan juga telah melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada 26 Februari 2021. Oleh kerana beberapa pelan perubatan Tokio Marine Malaysia tidak termasuk dalam polisi perlindungan COVID-19, pihak syarikat mengambil tindakan yang proaktif untuk merancang dan melancarkan "Dana Bantuan Perubatan Tokio Marine COVID-19" yang bernilai RM 5juta untuk menyokong inisiatif kerajaan dalam membantu pelanggan kami pada waktu yang sukar ini. Para pelanggan kami akan mendapat manfaat dari dana atau tabung ini sekiranya keaadan yang berkenaan menimbul.
Terdapat dua inisiatif di bawah tabung yang baru diwujudkan
ini. Inisiatif pertama adalah Bantuan Perbelanjaan
Perubatan COVID-19 yang bertujuan untuk membantu para pelanggan yang
memiliki polisi perubatan persendirian yang tidak merangkumi 'penyakit
berjangkit yang memerlukan kuarantin di bawah undang-undang'. Ia akan membayar
semula perbelanjaan perubatan akibat kemasukan ke hospital kerana COVID-19
dengan jumlah sehingga RM5,000 untuk pesakit COVID-19 kumpulan Kategori 3,
RM10,000 untuk pesakit Kategori 4, dan bayaran sehingga RM20,000 untuk pesakit
Kategori 5 sekiranya pemegang polisi dirujuk oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) ke mana-mana hospital swasta yang ditetapkan oleh kementerian
berkenaan di bawah inisiatif ini. Inisiatif kedua adalah Sokongan Vaksinasi
COVID-19, yang bertujuan memberi bantuan kepada para pelanggan yang memiliki
pelan perubatan persendirian dengan pengecualian klausa 'ubat pencegahan atau
rawatan'. Sekiranya mana-mana pelanggan
terpaksa dimasukkan ke hospital disebabkan oleh sebarang kesan serius akibat
vaksinasi COVID-19 yang diterima, inisiatif ini akan membayar semula
perbelanjaan kemasukan ke hospital sehingga RM 5,000. Bantuan Perbelanjaan
Perubatan COVID-19 ini boleh didapati sehingga 30 Jun 2021, sementara Sokongan
Vaksinasi COVID-19 boleh didapati sehingga 31 Disember 2021, atau sehingga
tabung RM 5juta telah digunakan sepenuhnya, bergantung kepada yang mana lebih
awal.
Ketua Pegawai
Eksekutif Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd., encik Toi See Jong berkata,
“Sejak permulaan pandemik ini, Tokio Marine Malaysia telah
ambil inisiatif untuk memberi sokongan kepada para pelanggan, rakan kongsi dan
juga masyarakat. Dana ini merupakan satu lagi usaha untuk terus memperkukuhkan
nilai ‘Good Company’ kami dan memandang lebih jauh
daripada sekadar keuntungan.”
Dalam pada itu, tambah Ketua Pegawai Eksekutif Tokio Marine
Insurans (Malaysia) Berhad, encik Ng Hang Ming, “Oleh sebab
situasi COVID-19 masih belum sembuh sepenuhnya, adalah penting bagi Tokio
Marine Malaysia untuk menyediakan para pelanggan dengan solusi dan perlindungan
untuk terus kekal selamat.”
Selain inisiatif-inisiatif tersebut, Tokio Marine Life
Malaysia turut memberi tumpuan untuk memastikan para pelanggan, rakan kongsi
dan keluarga mereka kekal selamat dalam usaha untuk mencegah penyebaran virus
ini. Dengan itu, syarikat sedang mengoptimumkan platform-platform digitalnya
bagi menyediakan akses yang senang kepada para pelanggannya untuk perkhidmatan
yang penting seperti perkhidmatan polisi, pembayaran tanpa tunai dalam talian
yang selamat, dan penyerahan tuntutan dalam talian. Sebahagian daripada
pengukuhan digital, Tokio Marine Life Malaysia juga telah melancarkan
"oneTokio", satu aplikasi mudah alih yang bertujuan untuk memberikan
penyelesaian sehenti bagi para pelanggan. Pelanggan kini dapat mengakses
perincian polisi seperti sejarah tuntutan perubatan, penyataan polisi dan
penyata pembayaran premium untuk tujuan pemfailan cukai pendapatan dengan
mudah. oneTokio juga memberikan maklumat yang berguna kepada pelanggan (if want to use awam, English copy must be “public” instead of “customer”), seperti pengesan hospital panel dan memeriksa wang
yang tidak dituntut.
Tokio Marine Malaysia bersimpati kepada mereka yang terkesan
oleh COVID-19 dan menggalakkan semua rakyat Malaysia berada dalam keadaan yang selamat,
dan memahami bahawa ini adalah waktu yang sukar dan mencabar. Dengan itu, Tokio
Marine Malaysia ingin meyakinkan bahawa syarikatnya komited untuk selalu
berusaha sedaya upaya untuk menyokong para pelanggan dan komuniti. Kami juga
ingin mengambil kesempatan ini memberi peringatan kepada anda agar mematuhi
prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan dan menjaga
kesihatan anda.
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
https://www.tokiomarine.com/my/en/personal/learn/articles/important-announcement-related-to-covid-19.html
Muat turun aplikasi mudah alih oneTokio menerusi pautan:
https://www.tokiomarine.com/my/en/personal/resources/self-service/your-policy-at-your-fingertips.html
0 comments
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.