8 Sebab Baik Kenapa Perlu Cuba Servis Penghantaran Barangan
March 12, 2021Perkhidmatan penghantaran runcit dalam talian semakin popular. Sama ada anda tinggal di pinggir bandar atau bandar, servis grocery delivery sangat membantu. Anda boleh memilih dan memesan barang runcit anda dan membayarnya secara dalam talian, dan ia akan dihantar ke rumah. Dalam kes ini, perkhidmatan penghantaran barang runcit dapat membawanya terus ke dapur anda.
Pada waktu pagi, para suri rumah selalunya akan bersiap ke market, tapi tidak untuk mereka yang berkerja. Tanpa ada pilihan, jika barang dapur habis, dengan rasa penat terpaksa juga pergi ke pasar raya utama.
Sebagai pembeli, perlu juga bijak berbelanja dan perlu sediakan senarai barang runcit yang perlu dibeli. Senarai ini sangat membantu ketika ingin memilih dan memasukkan barang yang betul ke dalam troli.
Kelebihan Menggunakan Servis Grocery Delivery
1. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk memenuhi anggaran runcit, mungkin kerana list barang yang dirancang sudah menjadi tersasar dari anggaran sebenar, pihak penghantaran barangan runcit ke rumah memang sangat membantu.
2. Sebilangan besar laman web mempunyai keupayaan untuk menapis atau melabel produk berdasarkan keperluan umum, seperti halal, organik, bebas gluten, atau bebas gula.
3. Invois anda disimpan dalam talian untuk pengambilan cepat, yang membolehkan anda melihat dengan cepat berapa banyak perbelanjaan yang anda belanjakan dari
4. Bagus untuk mereka yang tidak dapat pergi sendiri untuk beli barang keperluan di pasar dan pasaraya.
5. Punya ibubapa di kampung yang sudah tidak terlalu kuat seperti dulu lagi? Walaupun anda tinggal di pantai Timur, dan ibu bapa anda tinggal di pantai Barat, anda masih boleh memastikan mereka makan dengan baik dan tidak perlu membeli barang runcit di sekitar mereka.
Buat pesanan dan pihak grocery delivery akan jalankan amanah yang diberi.
6. Ada perancangan untuk pergi bercuti setelah isu Covid-19 reda nanti? Tidak kira di mana ingin bercuti, boleh buat survey tentang perkhidmatan grocery delivery. Anda boleh buat pesanan barang dan minta dihantar barang tersebut terus ke lokasi. Tak perlu lagi buang masa beli sendiri dan tak perlu juga bawa banyak hingga penuh bonet dari rumah.
7. Dapat jimat tenaga dan kos minyak petrol. Dapat juga jimat masa. Buat pesanan dan biarkan saja pihak penghantaran hantar setiap barangan yang dipesan terus ke rumah. Tak perlu lagi susah payah berkejar sana berkejar sini semata-mata untuk beli barangan keperluan rumah disamping jalankan urusan kerja yang sibuk selalu.
8. Servis grocery delivery seperti Pandamart contohnya, boleh menjadi penyelamat di saat kecemasan. Andai takdir, anda mengalami kecederaan sementara dan tidak boleh terlalu bergerak.
Servis begini sangat membantu. Gunakan perkhidmatan penghantaran barang runcit buat sementara waktu dan biarkan orang lain membawa barang yang berat dan besar untuk anda sehingga ke depan pintu rumah.
Jika dulu Foodpanda hanya ada servis penghantaran makanan tapi kini sudah ada servis penghantaran barangan runcit juga. Pandamart mempunyai stok barangan mereka sendiri khusus untuk pembeli peribadi seperti anda.
Stok barangan kedai runcit agak kecil dan kadang sekadar di isi dengan bahan asas biasa. Di sinilah khidmat seperti Pandamart diperlukan. Tidak kira mahukan makanan dalam tin, barangan alat pencuci, sayur segar, daging, lampin pakai buang dan sebagainya, semuanya boleh dihantar mengikut pesanan yang dibuat.
Semua jenis barangan termasuk harga ada dipamerkan melalui aplikasi Pandamart, menunggu bila-bila masa untuk bantu anda di saat mereka diperlukan. Dengan Pandarmart oleh Foodpanda ini, di mana saja boleh buat pesanan barangan runcit, ubat dan sebagainya secara atas talian. Sangat mudah. Sangat berbaloi. Sangat membantu.
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
1 comments
Senang ada di mane2 tempat. Dpt kurangkan jangkitan
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.