Sukanya Si Kotak Pink Cosmoderm Perfect Balanced
February 07, 2021Kotak Pink Cosmoderm Perfect Balanced | Bagi peminat warna pink, pasti teruja bila dapat kotak pink dari Cosmoderm ini. Produk baru dari Cosmoderm iaitu Cosmoderm Perfect Balanced didatangkan dengan design kotak yang sangat menarik di tambah dengan produk yang superb mestilah menjadi pilihan CN. Jom baca sampai habis untuk tahu apa yang menariknya produk baru dari Cosmoderm ini.
Video Review Cosmoderm Perfect Balanced
Si Kotak Pink, Cosmoderm Perfect Balanced
Apa yang menariknya tentang produk baru dari Cosmoderm ini adalah ianya telah diuji secara klinikal dan bebas paraben, pewangi dan pewarna tiruan. Selain itu, ianya kaya dengan Calamine dan Prebiotik yang membantu:
>> Seimbangkan mikrobioma kulit sehingga menghidrat
& meningkatkan perlindungan permukaan kulit
>> Memastikan penghalang kulit tetap utuh dan lebih
sihat daripada sebelumnya
>> Mengurangkan kegatalan kulit dan melegakan
kemerahan
Cosmoderm Perfect Balanced |
Sudah tentu paling CN suka adalah kotaknya yang unik dan berwarna pink! Sis suka ! Hokay, bahan utama dalam Cosmoderm Perfect Balanced ini adalah prebiotik & calamine yang membantu melegakan kemerahan pada kulit wajah. Diuji secara dermatologi, sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
Tahukah anda, prebiotik dikenali sebagai makanan untuk bakteria baik untuk ekosistem kulit mikro anda yang membantu:
>> Menstabilkan pertahanan semula jadi kulit
>> Meningkatkan cahaya kulit menjadikan kulit lebih glowing
>> Dan pastikan mikrobioma kulit anda seimbang!
Manakala calamine pula digunakan untuk manfaat kulit yang menenangkan termasuk:
>> Melegakan kegatalan pada kulit
>> Mengurangkan kegatalan & kemerahan kulit
>> Menenangkan selaran matahari
Cosmoderm Perfect Balanced |
4 Produk Cosmoderm Perfect Balanced Yang Mesti Anda Cuba
Rangkaian Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced terdiri daripada 4 produk iaitu foaming cleanser, toning lotion, soothing wow cream dimana boleh digunakan sebagai krim malam dan siang dan yang keempat adalah sunmilk SPF 25 PA ++.
Cara penggunaan rangkaian Cosmoderm Perfect Balanced ini sangat mudah, anda hanya perlu menggunakannya mengikut nombor.
1. Perfect Balanced Foaming Cleanser (120ml)
Perfect Balanced Foaming Cleanser |
Diformulasikan untuk semua jenis kulit, Perfect
Balanced Foaming Cleanser adalah langkah terbaik untuk membantu kulit yang sihat dan
menenangkan. Ia membersihkan pori-pori anda dengan mendalam dan membersihkan
kulit sambil melegakan kemerahan.
2.Perfect Balanced Toning Lotion
Perfect Balanced Toning Lotion |
Diformulasikan untuk semua jenis kulit, Perfect
Balanced Toning Lotion adalah yang kedua dan paling penting untuk kulit yang
lebih sihat dan cantik. Dengan Prebiotik dan 20,000 ppm Calamine, jumlah yang
lebih tinggi membantu menenangkan dan melegakan kemerahan sambil meningkatkan
keupayaan penyerapan kulit anda.
3. Perfect Balanced Soothing WOW Cream
Perfect Balanced Soothing WOW Cream |
Diformulasikan untuk semua jenis kulit, Perfect
Balanced Soothing WOW Cream adalah langkah ketiga untuk menyihatkan dan
menenangkan kulit. Dengan 30,000 ppm prebiotik dan calamine, jumlah yang lebih
tinggi membantu soothe and calm kulit sambil meredakan noda pada permukaan
kulit. Menggunakan WOW (Air-dalam minyak dalam air) dan triple Moisture Boost
Complex, ia juga membantu mengembalikan kelembapan kulit anda.
4.Perfect Balanced SUNMILK SPF 25PA++
Perfect Balanced Sun Milk SPF 25PA++ |
Diformulasikan untuk semua jenis kulit, Perfect
Balanced SUNMILK SPF 25PA ++ adalah langkah terakhir ke arah kulit yang lebih
sihat dan lebih cantik. Diperkaya dengan nutrien seperti Vitamin dan Mineral yang
membantu melegakan kulit yang terbakar dan kering serta melindungi kulit anda
dari UVA dan UVB. Selain itu, ia meningkatkan perlindungan permukaan
kulit anda dari bahan-bahan berbahaya di persekitaran anda.
Nak beli Cosmoderm Perfect Balanced di mana?
Hokay, anda boleh beli di semua rangkaian farmasi seluruh Malaysia. Maklumat lanjut, layari :
Website: www.cosmoderm.com.my
Facebook: @Cosmoderm
Instagram: @Cosmoderm
Cosmoderm Perfect Balanced |
#Cosmoderm #CosmodermPerfectBalanced
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
2 comments
Akak pun dah mula guna dah..dah nak seminggu dah..memang best dan selesa sangat kulit muka..kena pakai konsisten ni sebab kulit muka akak breakout..semua sebab pakai face mask..jahanam jadinya kulit muka
ReplyDeleteRamai yang review produk ni.. betul ke berkesan? Berapa total utk semua tu?
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.