Best ke Safi Hydra Glow?
November 05, 2020Safi Hydra Glow | SAFI Malaysia tidak perlu diperkenalkan lagi kerana sentiasa upgrade dengan pelbagai produk baru yang lebih berkualiti. Kali ini rangkaian Safi Hydra Glow khas buat mereka yang ingin mempunyai kulit yang lembab & berseri-seri tapi mempunyai kulit yang sensitif. Safi Hydra Glow lah jawapannya!
CN sudah jatuh cinta dengan Safi Hydra Glow, anda bila lagi? |
Diperkayakan dengan Hydra Active Technology yang mengandungi Fermented Rice Extract, Vitamin B5 dan Hyaluronic Acid membantu melembabkan kulit, mencerahkan serta menjadikan kulit lebih berseri-seri.*
Menariknya rangkaian Safi Hydra Glow ini tiada SLS/SLES, tiada alcohol, tiada paraben, tiada minyak mineral, tiada minyak silikon, tiada pewarna, tiada phthalate, tiada bahan dari haiwan, tiada ujian pada haiwan dan sudah tentu dermatologically tested di Safi Research Institute.
Jadi, rangkaian Safi Glow ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit yang sensitif.
Mulakan 5 Langkah Mudah Dengan Safi Hydra Glow
1. Cuci muka anda dengan Safi Hydra Glow Hydrating Water Cleanser.
Safi Hydra Glow Hydrating Water Cleanser |
2. Keringkan wajah. Sapu Safi Hydra Glow Toning Essence.
Safi Hydra Glow Toning Essence |
3. Kemudian, sapu beberapa titik Safi Hydra Glow Water Bank Serum. Boleh juga dicampur toning essence & serum bersama-sama.
Safi Hydra Glow Water Bank Serum |
4. Jangan lupa Safi Hydra Glow Water Drop Moisturizer untuk kulit kekal lembab & glowing sepanjang hari.
Safi Hydra Glow Water Drop Moisturizer |
5. Akhir sekali, spray kan muka dengan Safi Hydra Glow Water Lock Mist. Tara! Wajah anda kini lebih lembab & glowing.
Safi Hydra Glow Water Lock Mist |
Best ke Safi Hydra Glow?
Pertama kali CN guna full set Safi Hydra Glow ni, terus muka rasa walla gituw! Rasa lembab je kulit. Menariknya set ni tak berminyak dan terus meresap ke dalam kulit. Rasa ringan je muka walaupun pakai full set tau.
Anda boleh lihat video di bawah, macam mana CN pakai & kesannya! Terus muka jadi glowing. Best sangat!
Video Review Safi Hydra Glow
Nak beli di mana Safi Hydra Glow?
Anda boleh dapatkan set Safi Hydra Glow ini di mana-mana pasaraya di Malaysia, Guardian, Watson atau pun @safimalaysia untuk maklumat lanjut.
Dengan setiap pembelian rangkaian Safi Hydra Glow ini, anda berpeluang mendapat barangan PERCUMA iaitu Eye Mask, Glass Water Bottle ataupun Safi Jade Roller bergantung kepada keberadaan stok ye.
*Bergantung kepada jenis kulit masing-masing.
#SafiHydraGlow #SafiMalaysia #GlowUpWithHydratedSkin #HealthyBeautyAddict
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
0 comments
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.