McDonald’s Malaysia menyumbang mesej pencegahan COVID-19 di sekolah
September 11, 2020
Program #KitaJagaKita McDonalds | McDonald’s Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan berganding bahu melalui Program #KitaJagaKita bagi menyebarkan mesej pencegahan COVID-19. Program
ini mendekati lebih 35,000 murid, melibatkan 30 sekolah terpilih sekitar Lembah
Klang yang berhampiran dengan restoran McDonald’s.
Program #KitaJagaKita McDonalds dekati lebih 35,000 murid sekitar Lembah Klang
Majlis pelancaran program #KitaJagaKita yang
diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keramat Wangsa, Kuala Lumpur itu menyaksikan McDonald’s Malaysia menyumbang lebih 1,000 mesej pencegahan
COVID-19 untuk diletakkan di persekitaran sekolah-sekolah ini. Mesej-mesej yang
disumbangkan adalah dalam bentuk poster, papan tanda, dan juga pelekat yang
bertujuan memberi kesedaran tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu
diambil bagi mencegah penularan COVID-19.
“Inisiatif yang dilaksanakan ini merupakan cara kami memberi sokongan terhadap usaha berterusan kerajaan menangani penularan COVID-19. Sebagai sebuah syarikat terkemuka, kami ingin memberi impak positif kepada masyarakat di sekitar lokasi operasi kami, terutama ketika kita masih berada dalam saat sukar dengan pandemik ini yang masih berleluasa. Semoga sumbangan mesej-mesej ini di sekolah mampu meningkatkan semangat #KitaJagaKita di kalangan murid, guru, ibu bapa dan pihak pengurusan sekolah agar saling prihatin dan mengambil berat antara satu sama lain. Sama-samalah kita beringat dan memastikan diri dan persekitaran kita sentiasa selamat daripada jangkitan wabak ini,” kata Hajjah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia.
“Pihak sekolah sangat menghargai sumbangan yang dilaksanakan oleh McDonald’s Malaysia. Ini merupakan satu penambahbaikan yang cukup penting bagi kami, terutamanya bagi mendidik dan mengingatkan murid tentang kepentingan amalan keselamatan COVID-19. Besar harapan saya agar mesej yang disumbangkan ini dapat diikuti oleh semua murid,” kata Mustafa Kamal bin Musa, Pengetua, SMK Keramat Wangsa, Kuala Lumpur.
Selain mengenengahkan pentingnya mendengar arahan
guru, mesej pencegahan yang disumbangkan McDonald’s Malaysia kepada
sekolah-sekolah ini turut menekankan amalan penjarakan sosial, pembersihan
tangan, pemakaian pelitup muka dan pemeriksaan suhu badan. Mesej-mesej
pencegahan COVID-19 yang ditaja oleh McDonald’s Malaysia ini akan mula diletakkan
secara berperingkat bermula bulan Ogos sehingga September ini.
“Sumbangan mesej-mesej pencegahan COVID-19 ini secara langsung membolehkan kami sebagai ibu bapa menarik nafas lega, memandangkan ia dipaparkan secara jelas di sekitar kawasan sekolah. Tidak dinafikan terdapat kerisauan setiap kali anak pergi ke sekolah. Mereka ini perlu sentiasa diingatkan, kadang-kadang apabila seronok berjumpa kawan-kawan, mereka boleh lupa apa yang kita pesan. Peranan guru di sekolah sangat penting untuk memantau langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan,” kata Mejar Jeneral Dato' Ahmad Hadiatullah Maknun bin Haji Ridzuan (Bersara), Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SMK Keramat Wangsa, Kuala Lumpur.
Sebagai seorang guru, CN turut berasa teruja dengan inisiatif dari McDonalds ini. Ini kerana tempoh PKPP telah dilanjutkan sehingga hujung tahun ini. Program seperti ini amat diperlukan untuk sekolah supaya pelajar dapat sentiasa diingatkan tentang pencegahan COVID-19 ini.
Tahniah di atas usaha murni ini! 😍
#KitaBoleh #JagaJarakFizikal #TerimaKasihMekdi #TerimaKasihMcDonalds
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
0 comments
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.