Penulisan bahagian pendahuluan untuk kerja kursus ASK Tingkatan 3
April 06, 2020
Kerja Projek ASK Tingkatan 3 | Kerja Projek ASK Tingkatan 3 telah bermula Mac lalu dan akan berakhir pada Ogos nanti. Sangat penting untuk calon PT3 yang mengambil matapelajaran ASK untuk menyelesaikan kerja projek yang memberi 30% markah untuk matapelajaran ASK. Berikut merupakan panduan penulisan untuk bahagian PENDAHULUAN kerja kursus ASK Tingkatan 3.
Kerja Projek ASK Tingkatan 3 |
Format pelaporan kerja projek ASK Tingkatan 3
Panduan untuk penulisan PENDAHULUAN
: Tajuk kajian ini ialah (pilih topik pilihan anda)
: Kajian ini mengintegrasikan mata pelajaran (pilih
matapelajaran pilihan kamu)
: Standard Pembelajaran (Standard Pembelajaran 2.5.2 :
mengaplikasikan prinsip keabadian momentum dalam pelanggaran) - rujuk buku
teks. Setiap topik ada Standard Pembelajaran)
: Kajian ini dijalankan bagi menunjukkan (beri alasan kenapa
topik tersebut dipilih)
: Pelbagai sumber telah dirujuk seperti laman sesawang, buku
teks, akhbar, majalah, sesi temuramah dan soal selidik.
: Fokus kajian ialah penggunaan teknik pemikiran
komputasional dalam setiap fasa pembangunan atur cara yang terdiri daripada
fasa analisis masalah, fasa reka bentuk atur cara, fasa pengekodan, fasa
pengujian dan penyahpepijatan serta fasa dokumentasi.
: Kajian akan membincangkan empat teknik pemikiran yang
telah dipelajari iaitu teknik leraian, teknik pengecaman corak, teknik peniskalaan
dan teknik pengitlakan. Kajian ini juga menggunakan satu teknik pemikiran
komputasional yang lain iaitu logical reasoning.
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
0 comments
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.